Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 9, 2016

ISU KEDATANGAN DR. ZAKIR NAIK: KENYATAAN KERAS PERKASA KEPADA HINDRAF SUPAYA JANGAN USIK ISU UMAT ISLAM, DISOKONG!!!



1. Hindraf Makkal Sakthi, NGO hak asasi manusia Hindu dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan umat Islam apabila mereka menggesa agar kerajaan Malaysia membatalkan siri jelajah ceramah  Dr. Zakir Naik yang dijadualkan tidak lama lagi.

2. PERKASA memberi amaran keras kepada Hindraf agar tidak menuduh Dr. Zakir Naik sebagai “deviant foreign preacher” (pendakwah luar yang sesat). Sayugia diperingatkan, Dr. Zakir Naik pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2014. Beliau juga mempunyai kredibiliti sebagai tokoh dakwah yang teristimewa mutunya di peringkat antarabangsa.

3. Tuduhan bahawa Dr. Zakir sebagai fanatik dan “...a virus in a pluralistic society. He’s a plague.” juga adalah tidak berasas, prejudis dan biadab. Kedatangannya ke Malaysia adalah atas undangan pihak berkuasa agama dan memberi banyak manfaat kepada umat Islam dari segi pemantapan dan kefahaman Islam.

4. Pengerusi Hindraf,  P. Waythamoorthy dinasihatkan agar tidak bermain dengan api. Berikan bukti yang benar dan kukuh jika anda menyatakan Dr. Zakir mempersenda  agama Hindu, dan bahawa beliau memperlekeh agama agama lain serta mazhab mazhab dalam Islam.

5. Hindraf juga dinasihatkan agar tidak membuat tuduhan yang melulu dan membabi buta. Wahai Waitha! Tolong berhati hati dalam membuat kenyataan yang menyentuh hal ehwal Islam dan umat Islam. Bila pula ajaran ajaran Dr. Zakir tidak selari dengan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA)? Sejak bila Whyta pula menjadi ulama dan menghukum Dr. Zakir dengan hukuman sedemikian?

6. Pelabelan oleh Darul Ulum bahawa Dr. Zakir adalah Ghair Muqallid bukanlah bermaksud bahawa beliau sesat. Ghair Muqallid bermaksud tidak bertaklid iaitu beliau tidak mengikut secara semborono mana mana pandangan mazhab kerana beliau boleh memahami asas pembentukan hukum berasaskan disiplin ilmu ilmu yang penting dalam Islam. Wahai Whyta, adakah anda faham apa yang anda perkatakan?

7. Whyta juga amat keliru apabila beliau menuduh Dr. Zakir Naik sebagai "was noted for encouraging and promoting sectarianism within Islam besides having acquired a reputation for making insensitive and disparaging remarks about other religions including mocking Hindu beliefs."  Kata Whyta lagi: "He chose Terengganu, which is almost all Muslim, probably because he wants to create a sectarian following in the state and spread out from there.” Perkasa ingin menasihatkan Whyta agar tidak menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam dengan membuat tuduhan yang tidak tepat seperti di atas. Apakah Hindraf tidak mempunyai intelektual yang mempunyai intellectual honesty?

8. Whyta juga menuduh Dr. Zakir dengan tuduhan: "He is notorious for spewing hatred, condemning and ridiculing, and carrying out rhetorical attacks on other religions and other sects in Islam.” Bila pula Dr. Zakir mempersenda, dan menyerang agama lain dan mazhab mazhab dalam Islam? Perkasa sekali lagi memberi amaran keras kepada Hindraf agar berhati hati membuat kenyataan mengenai Dr. Zakir dan hal ehwal Islam. Berilah perhatian kepada kebajikan ahli ahli Hindraf yang terbiar. Hindraf perlu tanya kepada diri sendiri, adakah kewujudan mereka memberi kebaikan kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum dalam negara Malaysia yang kita cintai ini. Kenapa Hindraf selalu membuat masalah dalam negara ini? Apakah Hindraf sudah kehilangan modal, lantas bermain dengan isu picisan sebegini?_

DR. AMINI AMIR ABDULLAH
PENGERUSI BIRO HAL EHWAL ISLAM (BIHALIM)
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
8.4.2016

6 comments:

Anonymous said...

Waytha is a fucking asshole?

Anonymous said...

Dr zakir Naik terbaik. Argue with him with your brain.

Anonymous said...


Mengapa orang-orang kafir terlalu takut pada Dr Zakir Naik sedangkan Dr Zakir Naik bercakap tentang kebenaran? Adakah orang-orang kafir takut mendengar dan melihat kebenaran?

Wahai orang-orang kafir bukalah minda kamu dan dengarlah ceramah Dr Zakir Naik semoga Allah memberi petunjukNya kepada kamu!

Anonymous said...

waytha takut ramai orang Hindu Malaysia convert ke Islam kot.. sebab selain dari kristianiti Dr Zakir juga faham sangat sangat Hindu dan kitab-kita mereka.. ayoo tambi, goyang ka.? hahaha

Anonymous said...

Jelaslah bahawa mereka tersangat takut dengan Dr. Zakir disebabkan olih ilmu dan maklumat benar ttg ugama Hindu yg dimiliki olih Dr. Zakir. Jika ugama mereka adalah benar dan bolih berani utk disoal selidik kenapa perlu takut tahap gaban?

Dulu kita di ajar semua "ugama" adalah baik dan sekolah juga mengajar kita bahawa ugama yg tertua adalah ugama Hindu, tetapi siapa berani untuk berkata bahawa ajaran Hindu adalah ugama yang benar dan tidak sesat?

Anonymous said...

aku tunggu sami2 hindu dr india datang aku pon nk buat repot polis bg diorg kena banned semua...

 
Blogger Templates