Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 24, 2016

MUKHRIZ MAHATHIR TERUS DIASAK PERSOALAN MUDAH TETAPI SUKAR DIJAWAB SELEPAS BERBOHONG!!!



23 April 2016

1. Dato' Seri Mukhriz Mahathir dalam semua akhbar asing semalam berkata bahawa beliau tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi kenapa beliau bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2013?

2. Setiap orang dalam politik Malaysia tahu bahawa hanya seseorang yang mahu menjadi Presiden UMNO, sekaligus dilantik sebagai Perdana Menteri, akan menduduki kerusi sebagai Naib Presiden. Ia merupakan satu langkah utama untuk menjawat jawatan tertinggi tersebut.

3. Mungkin kerana beliau sudah kalah dalam pertandingan maka Dato 'Seri Mukhriz memilih jalan yang sebaliknya dengan berkata beliau tidak mahu menjawat jawatan tersebut. Atau mungkin kerana beliau telah diberitahu untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian oleh bapanya, Tun Mahathir Mohamad. Tetapi kita semua tahu bahawa beliau sendiri mahupun ayahnya mahukan beliau untuk menjawat jawatan tersebut, kerana beliau telah bertanding dalam pilihan raya sebagai Naib Presiden.

4. Semalam, Dato 'Seri Mukhriz juga berkata beliau akan menyaman saya jika saya tidak menarik balik komentar saya mengenai ayahnya menjanjikan Tan Sri Muhyiddin Yassin jawatan Perdana Menteri, dengan pemahaman bahawa beliau akan menyerahkannya kepada Dato' Seri Mukhriz .

5. Tetapi ada cara yang lebih cepat untuk Dato 'Seri Mukhriz dan bapanya untuk menghentikan semua spekulasi mengenai Tun Mahathir sedang 'membuka jalan' untuk anaknya. Tun Mahathir hanya perlu mengumumkan siapa yang beliau mahu sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Mengapa beliau selalu mengelak daripada menjawab satu soalan mudah tetapi penting ini? Kenapa beliau secara konsisten mengelak untuk menyatakan perancangannya bagi masa depan politik Dato 'Seri Mukhriz?

6. Jika Tun Mahathir mahu usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri mempunyai kredibiliti, beliau sekurang-kurangnya mesti memberi jawapan yang kukuh mengenai siapa yang layak untuk calon alternatif. Jika beliau masih enggan, beliau perlu menghentikan kekacauan seperti ini kepada Malaysia dan menjalani tempoh persaraan beliau sepertimana yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bekas negarawan.

7. Ia adalah berkenaan semua rakyat, bukan hanya seorang lelaki, yang di letakkan di bawah Perlembagaan dan berhak secara demokrasi untuk memilih Kerajaan dan Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.


DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI


NOTA: 

Untuk apa Mukhriz Mahathir bertanding jawatan di dalam UMNO kalau alasannya, dia ingin menyumbang kepada parti kerana kebanyakan penyumbang utama kewujudan dan keutuhan UMNO adalah dari kalangan mereka yang tidak berjawatan di dalam parti. 

Dengan usia yang terlalu mentah di dalam politik UMNO, Mukhriz melepasi semua orang yang lebih senior dan lebih lama berjuang, sekarang ini Mukhriz ingin mengungkit budi dan jasanya? Jasa apa yang telah diberikan oleh Mukhriz kepada UMNO, khususnya di Kedah? Mukhriz hanyalah anak patung yang diarak semasa PRU-13 di Kedah tanpa dia berbuat apa-apa pun, manakala semua kerja, sama ada dari kempen mahupun perancangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang lain yang diketuai oleh Ahmad Bashah.

Kejatuhan dan kehilangan jawatan Mukhriz akan menyebabkan UMNO akan kehilangan kerajaan di Kedah? Sepanjang Mukhriz berada dan berjawatan di Kedah pun, dia tidak cuba untuk mengembangkan kuasa serta mengukuhkan pengaruh UMNO-BN di Kedah. Mukhriz hanya menjual dirinya dengan kehidupan yang berpura-pura dan jauh dari realiti berbanding ketika dia berada di Kuala Lumpur atau di luar negara. 

Kini Mukhriz bertukar rupa menjadi pejuang rakyat? Hanya setelah kehilangan jawatan dan tidak lagi disediakan karpet merah sepertimana sebelum ini?

Mukhriz elok jawab sahaja soalan-soalan Tengku Sariffudin atau menumpukan perhatian kepada keluarga atau perniagaannya tanpa bergantung kepada kontrak GLC lagi kalau betul dia berkebolehan. Dunia dan kerjaya politiknya bolehlah dianggap sudah jahanam kerana perbuatan dan sikapnya sendiri. 



3 comments:

Anonymous said...

Seterusnya DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN sendiri mengakui bahawa TSMY dan Shafie Afdal adalah Timbalan Presiden dan Naib Presiden yg sah.

Soalan saya kepada DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN.
1. Kenapa kedua2nya di lucut jawatan dlm kabinet Malaysia sedangkan kedua2nya berpotensi menjadi PM?
2. Apakah jaminan Naib Presiden utk melangkah jauh dan akhirnya menjadi Presiden parti dan PM Malaysia?

Jangan menghentam kalau tau akan kena hentam.

Jawab soalan saya ni. Kalau saya dan rakyat puas hati..ok saya terima kenyataan DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN dgn hati yg terbuka.

Anonymous said...

SOKONG DATUK SERI TENGKU SARIFFUDIN!
Kalau nak layan setiap kerenah pembangkang, sampai kiamat pun mereka tak kan berpuas hati. Soalan2 pendedak pembangkang hanya bertujuan mengalih alih 'goalpost'!

Saya sebagai rakyat berpendapat mukhriz adalah seorang kaki penipu yang sanggup berkata apa saja sebagaimana bapaknya yang sanggup buat apa saja demi kelangsungan 'dinasti' KELING KERALA!

Anak betina amacam? Dah masuk Masjid ke baru2 ni? Ataupun masih sebuk keluar masuk GEREJA???

Anonymous said...

memang pada mulanye tsmy seorang tpm... yg telah menang betanding pada masa yg telah lepas... tidak kah sebelum ni ada jugak tpm yg kecundang tidak berjaya menjadi PM.... dan mereka semua berada dalam keadaan itu disebabkan oleh kesilapan yg sama.. tidak bersyukur dgn apa yg ada... mengejar jawatan yg lebih tinggi sehingga sanggup buat ape pun.. pertaruhkan kepentingan parti .. kepentingan yg lebih utama bebanding dgn kepentingan peribadi...tsmy.. melangkah sumbang...dlm gelanggan petarungan yg berisiko sebegini... dgn hanya melakukan kesilapan sumbang ini.. pasti nyawa jadi galang ganti nye...
naib presiden.... sudah cukup utk berbakti... mengapa impian PM yg tinggi ini yg direbutkan...
tak perlu lagi dibangkitkan... niat yg kotor hanya menjadikan impian menjadi angan2...

 
Blogger Templates