Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 1, 2016

NAIB KETUA PEMUDA PAN GESA RAKYAT MEMBERONTAK DAN MELANCARKAN REVOLUSI UNTUK JATUHKAN KERAJAAN!!!



Di kalangan pemegang jawatan dalam parti-parti yang pelbagai di dalam negara ini, nama Naik Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, sememangnya agak terkebelakang. Malah kalau dia berjalan depan orang ramai sambil mengenakan name tag sebesar papan plywood sekalipun, kalau ada yang kenal pun, mungkin akan buat-buat tidak kenal.

Berbekalkan title 'Mantan Presiden PMIUPM', Shazni Munir yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda PAN cuba menimbulkan polemik yang kesannya amat luar biasa. Shazni mencadangkan rakyat Malaysia untuk melakukan revolusi dan kekacauan bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang telah dipilih oleh majoriti rakyat di Parlimen.

Shazni sebagaimana yang dilaporkan berkata, demokrasi tidak lagi boleh diharapkan untuk mengalahkan Barisan Nasional. Sebaliknya rakyat perlu berkorban dengan mengadakan perarakan dan demonstrasi besar-besaran di jalanan bagi menekan dan membuatkan Barisan Nasional memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PAN. (RUJUK SINI)


Sama ada dia bercakap di luar kesedaran atau kewarasan atau barangkali juga kerana memang sifatnya begitu, Shazni Munir sebenarnya sedang mendedahkan dirinya kepada satu situasi yang jauh lebih sukar memandangkan kenyataannya itu adalah satu hasutan dan ancaman kepada kedamaian serta kedaulatan negara.

Maka dia perlu bersedia untuk berhadapan dengan konsekuens daripada kata-katanya kerana kenyataan tersebut bukan sahaja dipetik dan disiarkan semula oleh Netizen tetapi juga menjadi tajuk perbincangan hangat yang menjurus kepada anarki dan elemen subversif.

Dia juga perlu bersedia dengan jawapan-jawapan taichi yang mampu menyelamatkannya daripada dikenakan tindakan undang-undang kerana menghasut rakyat negara ini untuk melakukan perbuatan bughah sekaligus meletakkan dirinya setaraf dengan para penjenayah yang lain, termasuklah lanun-lanun Sulu.

Sudah bersediakah Naib Ketua Pemuda PAN untuk itu?

Atau ianya merupakan satu troll dan gurau senda kasar yang ditujukan kepada Shazni bagi mewujudkan satu gelombang dan sesi perkenalan diri dengan publisiti yang amat murah?

Jawapan pasti akan menyusul!!!

Kita hanya mengharapkan ini hanyalah satu 'gurauan' semata-mata kerana natijahnya kepada Shazni amat besar...






23 comments:

Anonymous said...

Tahu pun tidak boleh menang dengan cara demokrasi..tunggu saja pru14 pasti kecundang lagi..

Anonymous said...

Tangkap dia. Apa! dia ingat negara ini kepala bapak dia yang punya. 1 kali dia kurang ajar 100 kali orang boleh kurang ajar dengan dia.

Anonymous said...

budak kencing bercabang sembang kencang
nak ngajak orang merusuh... piiirah mabuk
jari tercucuk duri pokok pun ngadu kat mak

Anonymous said...

Sembang bikin bimbang.. klu rentap muka ko tu dulu lari.. pigi dahh

Anonymous said...

TAK LAMA LER TU,DUA TIGA HARI KENA USONG LER

Anonymous said...

Nak buat mcm ARAB SPRING tengok apa dah jadi dengan Arab di beberapa tempat , Rakyat yg susah , Teruk sangat ke keadaan di MALAYSIA sekarang ni sampai nak jatuhkan kerajaan dengan cara rusuhan , Fikir fikir kan semula

Anonymous said...

Mana kewarasan dia. ...dan elok mendalami ilmu...wajarkah dan apa pendekatan islam kiranya dia rasa kerajaan sekarang zalim.

Ini bezanya orang politik... pendekatan bersandarkan agenda politik tidak dapat dipisahkan.

Anonymous said...

Sebenarnya kamu admin pun boleh di katakan bughah dan memberontak sebab megambarkan BN itu kerajaan. Kamu admin kena paham kita ni bukan republik. Dalam republik boleh sebut ruling party. Di malaysia kita tak ada ruling party cam China dan peranchis misalnya. Di malaysia kita ada rulers MAJLIS RAJA RAJA dan rulers itu memerintah dan rulers itu juga ialah KERAJAAN. Akan tetapi rulers dalam perlaksanaan pemerintahannya tidaklah baginda sekelian buat sendiri melainkan melantik goverment yang mana ahlinya dari MP yang di pilih oleh rakyat. Bezakan dengan Brunei dan samakan Malaysia dan Thailand (cuma di thailand rajanya bosan dengan rakyatnya yang bangang berebut nak kuasa mentadbir terus raja thailand ambil alih government bagi kat tentera)
Dari atas kita patut faham bahawa yang memerintah Malaysia ialah raja raja bukannya BN. Kerajaan juga ialah majlis raja raja (pada yang bagang tu kata akar kerajaan pun ialah raja.. maka sah lah BN bukan kerajaan .. sejak bila BN tu jadi raja). BN hanyalah mempunyai wakil dalam PENTADBIRAN yakni omputeh cakap GOVERNMENT. GOvernment pun boleh di tukar di malaysia samada cara demokrasi atau bukan cam thailand. Kesimpulannya BN bukanlah kerajaan maka nak jatuhkan BN bukanlah memberontak tetapi memandangkan BN MENGUASAI GOVERMENT mamat PAN di atas boleh lah dikenakan seksyen 124 (B) yang di baca bersama seksyen 130(A)(a) kanun kesiksaan.

Yang bugah dan memberontak mengikyt artikel di atas nampaknya admin laman ni sendiri sebab kata BN ITU PEMERINTAH WALHAL PEMERINTAH ITU MAJLIS RAJA RAJA. ingat.. kita bukannya republik

Anonymous said...

Harapkan kopiah je tp dah sekongkol dgn geng haprak makan pemikiran pon haprak juga

Anonymous said...

Anak kurang ajar akan lakukan perkara kurang ajar lah.

Anonymous said...

Tunggu apa lagi kalau sudah terang lagi bersuluh...SKMM dan Polis kena cepat bertindak dengan si penghasut yang tidak sedar diri ini.

Anonymous said...

Dakwa dia di bawah akta hasutan. Jngn tangguh2 nanti lemau.

Anonymous said...

Tangkap aje

Anonymous said...

budak mentah...fikiran pun mentah...biar dia dgn ahli pan sajalah yg melalak berguling di jln raya.

amanasyanti said...

Kalau dah tak percaya demokrasi mengapa tubuhkan parti politik? Tubhkan gerombolan bawah tanah sahaja!

Harapnya satu guruan.

Anonymous said...

Terlebih makan najis babi kali mamat ni..
Babi kopiah putih

Anonymous said...

Bodoh budak ni...

Dahlah tak faham undang undang , lepas cakap mcm org bodoh

Mcm mana org bodoh boleh jadi naib ketua pemuda PAN??

Hampehhhh!!

Anonymous said...

nak buat ala2 arab spring konon. cer buat macam pemuda tunisia. bakar diri kamu dulu. baru rare. nanti baru bolih ikut rusuhan ke kejadah ape pun lah...ade berani? sembang jer....

Anonymous said...

Kah kah nnpk budak kopiah nk buat gempak... tgk muka pun tahu muka suka mengopek kat mak dia.. klu nok publisiti dlm parti sendiri tak yah nok gebang lelebih

Anonymous said...

Parti ni mmg PANxxx.

Anonymous said...

mamat ni masa kat UM ada kes conteng dinding.

Anonymous said...

Mcm rafizi la nih..gurau2 mcm funny sgt . Bila dah jadi seperti d syria dgn rumah kena bom tiada pekerjaan boleh ketawa lagi kah selepas tu. Lidah tiada insuran.

Anonymous said...

Engkau ni biar betul sikit..paham ke apa itu perlembagaan yang sedang berkuatkuasa. Kau tanyalah BN, apa diorg dah buat pada Kuasa Raja2 time Tun Mahathir dulu atau saja kau buat ngong?

 
Blogger Templates