Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 9, 2016

PEMANDU-PEMANDU TEKSI KUALA LUMPUR SEMAKIN MELAMPAU... TINDAKAN MENYESAKKAN JALANRAYA, SEPATUTNYA MENGHARAMKAN MEREKA DARIPADA MENJADI PEMANDU SEUMUR HIDUP!!!



Semakin lama, gelagat pemandu teksi di Kuala Lumpur semakin menambahkan rasa meluat, jelek dan meloyakan. Tindakan ala samseng mereka tidak dapat diterima langsung walaupun mereka beralasan kononnya mereka bertindak begitu atas hak mereka. 

Hak mereka yang dimaksudkan ialah, hak monopoli perkhidmatan teksi dan kereta sewa walaupun pada masa yang sama, hak-hak pengguna yang kerapkali mempersoalkan mutu perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur, langsung tidak dipertingkatkan. Malahan pengguna pula dianggap sebagai mangsa mudah yang tidak boleh mempersoalkan apa-apa sahaja tindakan pemandu teksi.

Cerita-cerita tidak enak tentang mutu perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur, bukannya cerita-cerita kuno atau bersifat dongeng. Malahan cerita-cerita tersebut sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa dengan pelbagai masalah melibatkan mutu perkhidmatan teksi Kuala Lumpur.

Sekarang, pemandu-pemandu teksi marahkan Uber dan Grabcar. Sedangkan kedua-dua sistem itu wujud kerana kelemahan mereka sendiri. Dan para pengguna pula memberikan sambutan yang lebih baik untuk Uber dan Grabcar kerana pengguna lebih berpuas hati dengan kedua-dua perkhidmatan tersebut berbanding teksi.

Dan sekarang, pemandu teksi tidak berpuas hati kerana pengguna lebih memilih Uber dan Grabcar dan kemudian menyalahkan Kerajaan?

Minggu lepas, mereka menyesakkan jalanraya dengan demonstrasi dan mogok bodoh di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Kononnya mereka berbuat begitu untuk mendapatkan perhatian daripada Kerajaan dan pihak berkuasa. Mereka mempersoalkan kewujudan Uber dan Grabcar yang lebih sofistikated dan mesra pengguna berbanding kaedah kuno yang mereka masih amalkan.

Semalam, mereka menyesakkan lagi jalanraya di Kuala Lumpur. Tujuannya sama, untuk menunjukkan mereka adalah samseng di mana Kerajaan perlu mengikut kehendak mereka, Uber dan Grabcar perlu ditamatkan dan perkhidmatan teksi serta kereta sewa kekal dimonopoli oleh mereka.

Kononnya, tindakan mereka semalam menyesakkan jalanraya-jalanraya utama di Kuala Lumpur adalah untuk mendesak resolusi membabitkan Uber dan Grabcar.

Menurut Kamaruddin Mohd Hussain, Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu-Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM), para pemandu teksi telah memandu dari KL Central ke Bukit Bintang melalui Jalan Tun Razak.

Mereka bergerak perlahan dan kemudain memberhentikan kenderaan mereka di mana-mana mereka mahu, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang dua lorong daripada tiga lorong di Jalan Bukit Bintang berhampiran Pavilion.

Sekitar jam 8:00 malam, para pemandu kemudiannya 'berehat sebentar' apabila beberapa orang pegawai polis dengan trak polis mengawal jalan di hadapan Pavilion.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Kamaruddin berkata, mesej tentang mogok tersebut telah disebarkan menerusi WhatsApp dan mencetuskan kemarahan para pemandu, telah bersetuju untuk terlibat dalam mogok tersebut.

"Besar kemungkinan, mogok akan diteruskan setiap minggu di lokasi yang berlainan."

Menurutnya lagi, para pemandu telah memilih untuk memprotes di laluan tersibuk pada waktu malam hujung minggu kerana mereka mahu menarik perhatian kerajaan agar konflik tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Sekiranya kerajaan memutuskan untuk membenarkan perkhidmatan Uber dan Grabcar, kami bersedia untuk menyerahkan teksi-teksi kami dan memandu kereta sendiri."

Dalam masalah ini, PERSIM mencadangkan agar diwujudkan kuota membolehkan pemandu-pemandu teksi berkongsi perkhidmatan permintaan penumpang dengan Uber dan Grabcar.


4 comments:

Anonymous said...

Aku dh lama boikot teksi

Anonymous said...

WA MAU KASI LANCAU SAMA TEKSI. LU ORANG BOLIH JALAN PAKAI METER? TAK ADE PILIH TEMPAT? TAK IKUT JALAN JAUH?
WA PILIH UBER ATAU GRABCAR. SEBAB DRIVER STEADY DAN SMART. TAK ADA SAMSENG PUNYA. WA KASI TAU LU....

Unknown said...

Teksi Bandar 95% samseng, X mau pakai meter, itu jalan saya x pegi, balik kosong, klcc ke sentral $30, teksi bau rokok, aircond problem, itulah rakyat tukar selera..

Anonymous said...

Apa beza Grab/Uber dgn kereta sapu?

 
Blogger Templates