Nga Kor Ming bertanya, adakah menjadi satu kesalahan baginya untuk berkongsi kasih sayang bersama-sama rakyat Sarawak. Katanya, dia sayangkan Sarawak dan sanggup berkongsi pilihan alternatif dengan rakyat Sarawak.
Barangkali Nga Kor Ming terlupa, dua bulan lalu, dia telah menfitnah Adenan Satem dengan teruk dan langsung tidak beretika. Dia sengaja memutarbelitkan kenyataan Adenan Satem dan cuba menyemarakkan perangai perkauman yang sudah sebati dengannya apabila menyiarkan berita kononnya, Adenan Satem menghalau orang Cina balik ke Tongsan!
Nga Kor Ming berhadapan dengan beberapa saman fitnah terutama membabitkan Perdana Menteri dan isterinya. Pada 15 Jun 2015, Perdana Menteri dan isterinya telah menyaman Nga Kor Ming selepas Ahli Parlimen Taiping itu memuatnaik gambar berunsur fitnah ke atas mereka di Facebook pada Mac tahun yang sama.
Penghujung 2014, Nga Kor Ming didedahkan bersama-sama dengan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham memiliki kawasan pembalakan yang luas di Hulu Kelantan yang terlibat dalam banjir besar. Banjir besar lumpur dan kayu balak itu telah melanda kawasan berhampiran lokasi pembalakan syarikat yang dimiliki oleh Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.
Ketika bantuan daripada pelbagai pihak khususnya Barisan Nasional dan UMNO dihantar ke Hulu Kelantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir lumpur dan balak, Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham sekadar membuat penafian syarikat mereka adalah penyebab banjir lumpur dan balak itu. Malah mereka mengancam akan menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkan mereka dan syarikat mereka dengan malapetaka itu.
No comments:
Post a Comment