Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 10, 2016

AZMIN PUJUK PAS BERSAMA DAP-PKR SEMATA-MATA NAK LETAKKAN CALON PAN DI PRK SUNGAI BESAR?



Taktik dan helah Azmin Ali meminta agar PAS kembali menyertai Pakatan sebenarnya mudah dibaca. Apatah lagi dengan pergayutan kuasa PKR di Selangor yang semakin longlai walaupun masih lagi didokong oleh DAP dan PAS dalam pentadbiran negeri.

Berbanding negeri-negeri lain, PKR tidak memutuskan hubungan dengan PAS di Selangor. Walaupun beberapa kerusi PAS kini telah bertukar menjadi kerusi PAN, namun penguasaan dan pengaruh PAS tetap kuat sehingga kini.

Justeru, Azmin Ali melihat satu persekitaran yang lebih baik menerusi kerjasama dengan PAS seperti yang pernah mereka nikmati sebelum ini. Tanpa PAS, PKR tidak akan berkuasa di Selangor. Dan tanpa PAS juga, DAP akan kehilangan pengaruh yang lebih besar.

PAS menerusi Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, menolak tawaran tersebut, sebaliknya mengusulkan tawaran yang 'lebih baik'.

Kata Tuan Ibrahim, PKR sepatutnya meninggalkan DAP dan PAN untuk menyertai PAS, bukannya membawa PAS untuk menyertai mereka.

Walaupun ada yang tergedik ekor seperti Mahfuz Omar yang berbadan hijau berhati oren menyatakan, PAS lebih baik menyertai Pakatan Harapan, namun akar umbi pula menunjukkan indikasi sebaliknya. Akar umbi PAS yang selama ini pasif, menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada saranan Tuan Ibrahim Tuan Man sekaligus mematuhi arahan Presiden PAS yang meminta agar segala tumpuan diberikan untuk menentang dan menghalang DAP.

PRK Sungai Besar merupakan medan terbaik buat Azmin Ali untuk menjadi pengatur yang terbaik. PAS awal-awal lagi sudah menyatakan yang mereka akan bertanding di kerusi tersebut. PAN pula bersuara sayup-sayup untuk turut mencalonkan diri dala PRK Sungai Besar.

Azmin Ali memerlukan PAS tetapi pada masa yang sama, Azmin Ali juga didesak oleh PAN yang merupakan proksi DAP dalam usaha DAP untuk mengurangkan pengaruh PAS di Selangor.

Jadi, apa yang akan Azmin Ali lakukan?


3 comments:

Anonymous said...

Assmin banyak duit... syarikat rm2 hengget noleh telan 32 anak perbadanan dan glc nrgeri selangor melalui DIEG bernilai 32 billion. .. matematik orang PAS mudah saja... jolok jer pemimpin PAS dng projek atau duit rasuah ok la semuanya.... org PAS ni islam jer kat bibir klu ada masyuk baiknya yg haram adalah nnti keluar fatwa utk dihalalkan..... PAS for all n always 'SUCKS'

Anonymous said...

Azmin tau PAN hanya melukut di tepi gantang. Ada pun macam tak de. Tak ada penyokong, tak ada akar umbi. Top heavy omputih kata. DAP pun dah meluat kat PAN. Suruh bertanding kat Sarawak semua calon kalah wang pertaruhan. Dah tak larat DAP nak bagi fund.

Anonymous said...

klu pan tanding tentu dap bgi sokongan padu wlpun sukar dan payah utk menang. bn juga yg untung.

 
Blogger Templates