Namun perkara paling menarik yang turut disentuh dan ia bukanlah kali pertama menimbulkan persoalan ialah, BAGAIMANA SURAT ANWAR begitu mudah diseludup keluar dari penjara sedangkan banduan-banduan lain terpaksa berhadapan dengan saringan yang ketat sebelum surat mereka dilepaskan untuk keluarga masing-masing.
Siapakah di dalam Penjara Sungai Buloh yang menjadi talibarut dan macai Anwar Ibrahim?
Kalau surat lapan mukasurat boleh diseludup keluar tanpa sebarang masalah dan Ketua Pengarah Penjara pula sehingga kini terus mendiamkan diri, bagaimana dengan dadah dan bahan-bahan terlarang lain? Adakah ianya boleh diseludup masuk dengan mudah kerana penguatkuasaan dan disiplin kakitangan Penjara Sungai Buloh yang terbabit boleh dipertikaikan?
Sebelum ini, banyak persoalan ditimbulkan berhubung keistimewaan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim oleh Penjara Sungai Buloh. Jawapan klise yang diberikan adalah, segala kemudahan tersebut adalah atas budi bicara pihak penjara.
Mengapa banduan-banduan lain tidak menerima keistimewaan tersebut?
Sudah tentu kerana budi bicara juga!
Jadi, atas dasar apakah budi bicara yang sebegitu istimewa diberikan kepada Anwar Ibrahim?
Ketua Pengarah Jabatan Penjara perlu menerangkan secara panjang lebar dan terperinci bagaimana keadaan sebegini berlaku kepada rakyat Malaysia. Ketua Pengarah Penjara dan Pengarah Penjara Sungai Buloh tidak boleh terus bersembunyi dan mendiamkan diri seperti sekarang.
4 comments:
Banduan anugerah tuhan mestilah dapat layanan kelas pertama. Mana2 staf Jab Penjara apabila pencen nanti dpt jadi adviser atau coffeeboy. KDN pun masih blur lagi sedangkan isu ini bukan pertama kali berlaku.
BUNGKUS lah minda kau tu kerana UMNO akan berkubur juga akhirnya dgn Najib Rosmah dipenara dan disebat kerana meipu Rakyat!
Sebab tu Anwar minta dipenjarakan di penjara Sungai Buloh berbanding dengan penjara Kajang. Ada sebab tu.
Mohon NGO buat laporan polis keatas pegawai penjara
Post a Comment