Presidennya, Mohamad Sabu mendakwa, kajiselidik dan tinjauan menunjukkan partinya mempunyai sokongan yang SANGAT KUAT di kalangan para pengundi di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.
"Kami amat yakin akan memenangi kedua-dua kerusi tersebut, sekalipun berlaku pertandingan tiga penjuru. Kami yakin kerana para pengundi di kedua-dua kawasan tersebut adalah penyokong kuat Amanah dan Pakatan Harapan," katanya. (RUJUK SINI)
Katanya lagi, Amanah mempunyai akar umbi yang kuat untuk membantu parti tersebut menewaskan Barisan Nasional.
"Kami mempunyai orang dan pekerja. Mereka sangat cekap. Kami boleh menempatkan para petugas kami mungkin antara 3000 sehingga 4000 orang di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar," kata Mat Sabu lagi.
Ketika ditanya tentang kepimpinan Pakatan Harapan yang akan memutuskan siapa bakal calon kedua-dua PRK tersebut, Mat Sabu berkata, Amanah sepatutnya dipilih untuk memenuhi kekosongan tersebut memandangkan Amanah telah pun menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan.
1 comment:
pan konfiden? mcm raja lawak je bunyinya.
Post a Comment