Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 29, 2016

ORANG BUKAN ISLAM TAK PERLU MENYIBUK DAN MASUK CAMPUR, KATA HADI AWANG!!!



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar segelintir pihak yang mempertikai usul Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibentangkannya di Parlimen, kelmarin.

Katanya, orang bukan Islam sepatutnya tidak masuk campur.

“MIC dan MCA lebih faham dan DAP pula tidak faham, ia sangat mendukacitakan. PAN pula tidak faham sempadan,” katanya dalam satu sidang media di Markas PAS, Simpang Lima malam tadi.

Mengulas lanjut Hadi berkata, DAP sebenarnya mempunyai agenda untuk memburukkan agama Islam.

“Ada agenda di belakang DAP yang cuba hendak memburukkan Islam. Mereka bimbang sekiranya akta itu dilaksanakan, ia akan mendapat respon positif daripada penganut bukan Islam,” katanya lagi.

Ini dibuktikan apabila DAP dengan lantang menyatakan bangkangan selepas Hadi membentangkan RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyifatkan bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa Abdul Hadi tidak mengikut Perlembagaan.

Begitu jugan dengan Timbalan Setiausaha Agung DAP, P. Ramasamy menganggap RUU yang dibentangkan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan perasaan orang bukan Melayu di negara ini.

Dalam perkembangan lain, Hadi semalam turut membidas segelintir pihak yang mempersoalkan pemilihan Dr Abdul Rani Osman sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana pemilihan orang luar bukan sesuatu yang luar biasa.

“Lim Guan Eng (Ketua Menteri DAP) bertanding di Pulau Pinang, walhal dia bukan orang Pulau Pinang. Jadi tidak ada masalah,” katanya.

PAS mengumumkan untuk mempertaruh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad, sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. (ISMAWEB)


1 comment:

Anonymous said...

Hudud versi PAS ni semua auta

 
Blogger Templates