Malah kepentingannya mengatasi segala-gala.
Dek kerana itulah, semua pihak politik di negara ini akan berusaha mengambil hati pengundi Cina dengan apa-apa cara sekalipun, termasuklah mempertaruhkan teras kewujudan negara ini mahupun Perlembagaan Persekutuan.
Melihat dan mengkaji Perlembagaan Persekutuan, memang akan membuat kita berasa cukup aman dan yakin namun apabila melibat kepada situasi politik masakini, kita sedang melibat penyanjungan berlebihan ke atas sebuah kumpulan kaum yang mempunyai juzuk dalam kuasa politik di negara ini.
Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 baru sahaja berlalu semalam dengan kemenangan besar menjadi milik Barisan Nasional Sarawak yang menggabungkan parti-parti tempatan Sarawak yang cuba disaingi oleh parti-parti pembangkang dari Semenanjung iaitu PAS, PKR dan DAP.
Walaupun DUN Sarawak mengalami penambahan kerusi menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 82 namun Barisan Nasional kali ini berjaya menguasai 72 kerusi DUN sekaligus menjadikan kuasa Adenan Satem dan Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pentadbirannya, tidak dapat digegarkan kalau setakat suara Chong Chien Jien menyalak dari seberang Sungai Sarawak.
Bersandarkan kepada kuasa dan autonomi Sarawak sendiri, mana-mana unsur dari Semenanjung yang cuba menjadi mahaguru sepatutnya, mentertawakan diri mereka sendiri kerana dalam keadaan sekarang, Adenan Satem dan Barisan Nasional Sarawak adalah SANGAT KEBAL!
Ini adalah kerana para pengundi Sarawak memilih PARTI-PARTI SARAWAK yang membentuk Barisan Nasional Sarawak berbanding menyerahkan tengkuk mereka kepada parti-parti Semenanjung yang cuba berlagak lebih Sarawak dari orang Sarawak.
Adenan Satem mempunyai perancangannya yang tersendiri. Kemenangan 100% parti pimpinannya iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam PRN kali ini, jelas menunjukkan kuasa yang tidak boleh dikesampingkan dengan sekadar memetik masalah-masalah Semenanjung untuk dijadikan modal politik di Sarawak.
Kerajinan Najib sendiri turun padang ke Sarawak, terutama di kawasan-kawasan yang dianggap pedalaman dan jauh dari Kuching, merupakan petunjuk jelas bagaimana, hasutan dan fitnah terhadap batang tubuh Perdana Menteri Malaysia itu langsung tidak menjejaskan mode kemenangan Barisan Nasional.
Selebihnya, DAP yang berjaya merampas 7 kerusi pada tahun 2011 menjadikannya 12 kerusi walaupun PRN sebelum itu, DAP sudah pun menguasai 5 kerusi DUN. Jadi, berbanding tahun ini di mana BN dilihat menjadi juara kerana kejayaan merampas '5 kerusi kubu kuat DAP', sebenarnya DAP hanya menguasai kerusi-kerusi berkenaan selama dua penggal sahaja iaitu pada PRN ke-9 tahun 2006 dengan kemerosotan prestasi BN telah diperlihatkan pada tahun 2001.
Justeru, keseronokan kerana berjaya merampas lima DUN kubu kuat DAP, tidaklah perlu diagung-agungkan sangat kerana yang jelas, kemerosotan jumlah pengundi yang turun membuang undi, menjadi salah satu pemangkin kemenangan tersebut. Dan pada masa yang sama, isyarat sekali lagi diberikan oleh kelompok yang diberikan terlalu banyak perhatian dan keistimewaan politik di negara ini, kepada Adenan Satem dan kepimpinan negeri, ulangan sejarah 2001-2006-2011 boleh sahaja berlaku pada PRN Sarawak Ke-12 nanti.
Walau apa pun yang diberitahukan dengan penuh gembira, kononnya masyarakat pengundi Cina telah kembali kepada Barisan Nasional, hanyalah omongan dongengan, kerana di Sarawak, pengundi Cina hanya memenangkan 7 daripada 13 kerusi Cina yang ditandingi oleh parti Cina Sarawak, SUPP, manakala PBB dan PRS yang mewakili kaum Bumiputera Sarawak pula mencatatkan kemenangan 100% pada semua kerusi yang mereka tandingi.
'Kemenangan' SUPP sebanyak 54% tidaklah sebesar mana kalau dibandingkan dengan kemenangan yang disumbangkan oleh parti-parti Bumiputera Sarawak.
3 comments:
Ini politik kadang-kadang susah mau baca itu sentimen. Kalau itu pembangkang ada menang banyak mereka kata itu pembangkang ada kuat dan itu PRU akan ada masalah untuk BN. Tapi bila BN menang besar macam sikalang mereka kata itu tak mencerminkan keadaan masa PRU akan datang.
Lastly itu persepsi punya mainan juga yang ada menang.
Macai logik
Bila menang - yahooo rakyat bangkit
Bila kalah - boooo rakyat bodohhh
Wakakakakakakaka
Kemenangan NAN FEVER yang berasaskan kepimpinan kedaerahan sempit, parochial dan insular.
2 pemimpin utama perengkat perseketuan menambahnambah semangat kedaerahan yang pekat walaupun Tok Nan memeperlecehkan dasar dasar persekutuan.
Kemenangan yang harga nya amat mahal bagi 5 keluarga semananjung,yang kehilangan ahli keluarga.
Kehilangan Anak,Ayah,Ibu ,Adik,Abang,Sepupu Bapa saudara kawan..
Tiada lagi tempat bermanja,tumpang berteduh,bergurau,berkasih dan di raikan dan bermeriahkan majlis sanak saudara dan kerabat.
Harga yang teramat mahal telah di bayar tunai.Berhutang bayaran ini adalah sampai bila bila.
arjuna waspada
changkat lobak.
Post a Comment