Undang-undang tersebut sekiranya diluluskan, hanyalah memperkasakan undang-undang syariah sedia ada yang kerana Perlembagaan, menyebabkan undang-undang itu hanya dikuatkuasakan kepada umat Islam negara ini sahaja. Tiada seorang bukan Islam pun yang pernah dihadapkan, dibicarakan dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Syariah.
Jadi, muncul persoalan besar, apa masalah sebenarnya puak-puak ini begitu beria-ia menentang pemerkasaan Undang-Undang Syariah di negara ini?
Lainlah kalau UMNO dan PAS bergabung bersama-sama parti Bumiputera lain dan mereka menguasai lebih dua pertiga kerusi Parlimen majoriti sekaligus membolehkan Perlembagaan dipinda dan undang-undang yang digunapakai di negara ini adalah Undang-Undang Syariah sepenuhnya yang terkandung di dalamnya adalah Hudud, Qisas dan Takzir.
Kedudukan agama Islam dan hal-ehwal agama serta tadbir urus umat Islam, sudah dinyatakan secara terang di dalam Perlembagaan. Puak yang diketuai oleh DAP, sekarang ini menggunakan Perlembagaan untuk menutup kejahatan dan sikap dengki mereka sedangkan mereka sendiri tidak begitu memahami Perlembagaan Persekutuan.
Pada bahagian manakah yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan? Pada menyatakan bahawa semua undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan terbatal (ARTIKEL 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN).
Bagaimana pula dengan ARTIKEL 3 (5) berkenaan Agama Persekutuan yang membabtikan peruntukan-peruntukan bagi hal ehwal agama Islam?
Mengapa pula dalam hal ini, para pemimpin MCA, GERAKAN dan DAP langsung tidak bersuara sedangkan sekolah-sekolah vernakular tersebut jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan membabitkan pendidikan?
Kalau kerajaan sudah bertoleransi dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang melahirkan chauvanist yang tidak mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan secara fasih, malah gagal menyanyikan lagu Negaraku, mengapa pula mereka terlalu sibuk dalam hal-ehwal agama Islam?
Elok jugalah mereka meletak jawatan atau keluar dari Barisan Nasional memandangkan selama ini pun mereka lebih banyak menumpang Melayu dan Bumiputera untuk memperolehi kedudukan sekarang. Elok juga Kabinet terdiri daripada Melayu dan Bumiputera yang lebih memahami keperluan undang-undang syariah sekalipun ramai Bumiputera yang tidak beragama Islam!!!
2 comments:
ambo sokong berhenti n keluar dr BN..biar kita bertarung parti ikut bangsa pulak lps ni..MCA dan GERAKAN ni parti siapa dah tau kan..kalau dah dia org rasa keadaan skrg dia org tak selamat ..so kita main politik bangsa dan agama pulak
ruu yg dibentang tu utk org islam je...apa hal parti yg bukan islam kalut dn melalak plk.
Post a Comment