Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, May 12, 2016

RAHMAN DAHLAN TERUS ASAK LIM GUAN ENG DENGAN SKANDAL TANAH RM305 JUTA... DAN LIM GUAN ENG, MENYOROK TAKUT!!!



Saya sedia maklum bahawa YAB Ketua Menteri telah menolak untuk berhubung dengan saya secara terus dan bergantung kepada Exco YB Lim Hock Seng untuk menjawab soalan saya. Walau bagaimanapun, saya akan mengambil kira ianya adalah jawapan rasmi dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pertama, terima kasih kerana mengesahkan apa yang telah saya katakana – dimana jumlah keseluruhan bagi kajian kemungkinan, rekabentuk lengkap dan penilaian impak kepada alam sekitar adalah RM305 juta, dimana saya andaikan hampir keseluruhannya adalah kertas kerja.

Tidak ada langsung dalam sidang mahupun kenyataan media saya; yang boleh didapati di laman Facebook milik saya, kenyataan bahawa RM 305 juta digunakan hanya untuk kajian kemungkinan berkenaan. Oleh yang demikian, MalaysiaKini dan YB Lim Hock Seng sepatutnya lebih berhati-hati daripada membuat andaian bahawa angka yang telah saya nyatakan untuk kajian kemungkinan tersebut adalah salah.

Ia boleh menjadi tajuk berita yang hangat namun ia juga boleh menyebabkan terjadinya salah salah yang membawa berniat buruk.

------------

Soalan 1:
Sekali lagi anda telah tersalah anggap terhadap saya. Saya tidak bertanya sama ada KESEMUA RM6.34 bilion bagi projek berkenaan dianugerahkan berdasarkan tender terbuka tetapi saya mengatakan secara terperinci jika kos tiga kajian yang bernilai RM305 juta tersebut dianugerahkan secara tender terbuka

Kita semua sedia maklum bahawa kesemua projek tersebut telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd (CZBUCG).

Namun, kenyataan Bursa Malaysia mengenai Astral Supreme Bhd yang bertarikh 15 Ogos 2013 mengatakan bahawa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci yang menelan belanja RM270 juta telah dianugerahkan oleh CZBUCG kepada usahasama antara pemegang saham terbesarnya, Zenith Construction bersama syarikat Astral Supreme Bnd.

Lebih menarik lagi, seorang individu yang terlibat itu bukan sahaja Direktor dan pemegang saham Astral Supreme Bhd malah beliau juga pemegang saham terbesar Wira Syukur (M) Sdn. Bhd, dimana syarikat berkenaa merupakan pemegang saham terbesar Zenith Construction Sdn. Bhd.

Satu tahun kemudian, Astral Supreme ditamatkan perkhidmatannya dan alas an yang diberi ialah Astral “tidak mampu mencari konsultan yang berupaya untuk melaksanakan projek”.

Dari kenyataan Bursa ini mencadangkan bahawa CZBUCG sebenarnya menganugerahkan majoriti dari RM305 juta untuk kajian kepada pemegang-pemegang sahamnya dan hakikat bahawa Kerajaan Pulau Pinang mengelak daripada soalan saya sama ada kajian-kajian tersebut telah ditenderkan, adakah adil untuk menyatakan jawapan bagi persoalan itu adalah tidak?

Pihak kerajaan Pulau Pinang juga seakan-akan tidak mengendahkan kebimbangan saya mengenai penganugerahan kepada syarikat yang sama untuk bertanggungjawab keatas kajian yang menentukan sama ada projek mereka sendiri boleh menangani sebarang kemungkinan serta mesra alam sekitar atau tidak. Adakah ini mempunyai sebarang konflik mahupun konflik kepentingan?

-----------

Soalan 2
Saya sedia maklum akan kenyataan Kerajaan Pulau Pinang bahawa ketiga-tiga kos untuk kajian berkenaan ialah 5.54% dari keseluruhan kos pembinaan.

Namun, soalan saya ialah mengapa kos kajian kemungkinan bagi tiga jalan raya yang berhubung boleh berjumlah RM31 juta sedangkan terowong bawah laut yang lebih kompleks dan berisiko hanya RM20 juta?

Jumlah kos sebanyak RM51 juta untuk kajian kemungkinan sahaja dan RM305 juta untuk keseluruhan tiga kajian tersebut masih boleh dianggap satu angka yang besar untuk melakukan sesuatu kajian dan saya sedia maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak menyatakan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya yang menawarkan bantuan bagi mengurangkan kos mereka dan memastikan projek tersebut berjalan seiring dengan masa yang diperuntukkan dimana saya sendiri mengesyorkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk mempertimbangkannya.

Kerajaan Pulau Pinang juga membetulkan kenyataan saya dengan mengatakan jumlah keseluruhan yang dibayar setakat tarikh ini ialah RM133 juta dan bukannya RM139 juta. Namun, jumlah yang sebetulnya berjumlah RM138,971,572.61 yang dipetik dari kenyataan saya telah diserahkan oleh wakil PKR Pulau Pinang, YB Cheah Kah Peng menyatakan angka berkenaan adalah seperti yang tertulis dalam laporan PAC yang diserahkan kepada beliau dan 5 ADUN mendapati bahawa agak sukar untuk mewajarkan kos yang tinggi tersebut.

Oleh yang demikian, kerajaan Pulau Pinang telah membuat kesalahan – sama ada di dalam laporan PAC mahupun penjelasan mereka. Atau mungkinkah YB Cheah memetik jumlah yang salah?

----

Soalan 3:
Terima kasih kerana mengesahkan bahawa RM133 juta telah pun dibayar walaupun semua kajian masih belum selesai dan pembayaran dibuat mengikut kemajuan proses kajian tersebut.

Saya maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang telah membiaya proses kerja yang dilakukan oleh CZBUCG berkenaan projek ini, di mana saya akan bangkitkan semula di soalan 7.

----

Soalan 4:
Sekali lagi saya berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang kerana mengesahkan bahawa walaupun kajian kemungkinan ini mendapati projek berkenaan tidak sesuai untuk dilaksanakan, tiada sebarang bayaran akan dibayar semula kepada kerajaan negeri.

--

Soalan 5:
Kerajaan Pulau Pinang mengatakan tidak terdapat sebarang kelewatan pada projek ini walaupun mereka mengaku bahawa kajian yang dijalankan belum selesai sepenuhnya untuk 3 tahun akan datang, walaupun pihak konsortium mengumumkan kajian tersebut akan selesai menjelang April 2014, walaupun hakikatnya salah satu daripada pihak yang dianugerahkan untuk melakukan kajian kemungkinan dan kajian reka bentuk telah ditamatkan perkhidmatan selepas satu tahun atas alasan kekangan konsultan walaupun kerja-kerja pembinaan masih belum dimulakan.

Saya akan menerima apa yang diperkatakan oleh kerajaan Pulau Pinang terhadap jadual projek ini memandangkan ia sangat dirahsiakan – sama seperti fasiliti kesihatan perlancongan Taman Manggis yang masih lagi kekal sebagai tanah kosong selepas enam tahun.

Bolehkan kerajaan Pulau Pinang berkongsi mengenai jadual projek yang asal sehingga ke hari ini?


----

Soalan 6:
Walaupun ia mampu untuk membiayai sepenuhnya kos pembinaan sebanyak RM6.34 bilion, kerajaan Pulau Pinang menyatakan pihak CZBUCG tidak mampu untuk menanggung kos penyelenggaraan Terowong Pulau Pinang dan kerana itulah mereka dibenarkan untuk mengutip bayaran tol selama 30 tahun.

Apa yang lebih membimbangkan ialah kerajaan negeri menyatakan bayaran tol ditetapkan sama dengan kadar bayaran di jambatan kedua Pulau Pinang dengan alasan kerajaan negeri tidak mahu pihak operasi jambatan kedua menanggung kerugian.

Alasan berkenaan tidak dapat diterima atas tiga sebab:

1)Kadar tol di jambatan kedua adalah tetap berdasarkan pihak operasi yang akan mengutip bayaran tol untuk kos penyelenggaraan jambatan dan bagi mendapatkan balik kos pembinaan jambatan.

Namun, pihak operasi Terowong Pulau Pinang tetap akan mengenakan kadar tol yang sama walaupun tidak perlu mendapatkan kos pembinaan semula memandangkan kerajaan negeri telah membiayai kos keseluruhan projek tersebut.

Adakah kerajaan negeri nampak akan perbezaan yang ketara itu?

2) Untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri mengenakan kadar tol kerana tidak mahu pihak operasi jambatan kedua menanggung kerugian samalah seperti hospital awam yang dimiliki kerajaan mengenakan kadar yang sama dengan yang dikenakan oleh hospital swasta kerana tidak mahu hospital sawsta menanggung kerugian. Adakah alasan ini boleh diterima sama sekali?

Mengenakan kadar tol adalah bertentangan dengan manifesto Pakatan. Sekarang apabila kerajaan DAP mengesahkan konsensi selama 30 tahun, adakah DAP bersedia untuk mengaku bahawa mereka tidak lagi menolak pengutipan kadar tol?

----

Soalan 7:
Kerajaan Pulau Pinang mengatakan nilai tanah sebesar 110 ekar yang dikenal pasti sebagai bayaran kepada CZBUCG untuk projek berkenaan pada tahun 2014 ialah RM475 per kaki persegi sahaja.

Namun, berdasarkan tiga perjanjian yang telah ditandatangani oleh Ewein Bhd untuk membeli 60 ekar daripada tanah berkenaan yang merupakan gantirugi atau bakal menjadi gantirugi kepada CZBUCG oleh Kerajaan Negeri, dengan harga RM3.14 bilion.

Pengumuman Bursa pada 12 Jun 2014 menunjukkan perjanjian pertama telah ditandatangani mempunyai laporan penilaian bertarikh 31 Disember 2013 yang mana tanah tersebut bernilai RM840 sekaki persegi. (RUJUK SINI

Pengumuman kedua bertarikh 28 Disember 2015 juga menunjukkan persamaan nilai tanah pada harga RM840 sekaki persegi. (RUJUK SINI)

Pengumuman ketiga Bursa bagi pembelian 50 ekar tanah ini dengan jumlah nilai RM2.831 bilion dari CZBUCG bertarikh 15 Januari 2016 menunjukkan tanah tersebut dinilaikan pada RM1300 sekaki persegi. (RUJUK SINI)

Oleh kerana itu, penilaian bagi 110 ekar tanah pada harga RM475 sekaki persegi pada 2014 yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi penjelasan mereka, adalah jauh dari nilai pasaran sebagaimana yang tertera dalam ketiga-tiga perjanjian Ewein Bhd. 

Tambahan pula, Kerajaan Pulau Pinang dan CZBUCG telah berkata, jumlah harga efektif bagi projek tersebut tidak akan mencecah RM20 bilion sewaktu disiapkan pada 2025 (yang terawal) tetapi tidak memberikan jangkaan pada kos spesifik. 

Memandangkan susah unutk mereka menjawab, mungkin cara terbaik adalah dengan pertanyaan:

Sekiranya harga bagi 110 ekar tanah hari ini adalah antara RM845 sekaki persegi sehingga RM1300 sekaki persegi, berdasarkan kepada lokasi utama berhadapan dengan laut, berapa harga tanah tersebut yang dapat anda fikirkan pada tahun 2025?

Gambaran tersebut akan memberikan idea tentang kos sebenar projek ini. 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berkata, CZBUCG perlu menanggung kos beberapa kajian dan awalan kos pembinaan. Sekaligus menunjukkan bahawa pembayaran menerusi meningkatkan nilai aset seperti tanah utama adalah diwajarkan. 

Bagaimanapun, berdasarkan kepada jawapan untuk soalan nombor 3, adalah adil untuk menyatakan bahawa CZBUCG telah diberikan gantirugi berdasarkan tempoh masa yang telah ditetapkan dan berdasarkan kepada tiga perjanjian yang dinyatakan, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengesahkan yang CZBUCG telah menjual tanah tersebut kepada Ewein Bhd bagi mendapatkan sebahagian bayaran pendahuluan?

-----

Ini adalah persoalan-persoalan yang ramai rakyat di Pulau Pinang dan NGO bertanya tentang projek ini selama beberapa tahun lepas dan saya percaya, ia membabitkan kepentingan awam yang memerlukan pertanyaan perlu dibuat secara betul.  

Saya mengharapkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YAB Ketua Menteri menjawab kenyataan media ini. 


Abdul Rahman Dahlan
Ketua Komunikasi Strategik BN

No comments:

 
Blogger Templates