Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 24, 2016

BERITA BESAR SANGAT KE, MUHYIDDIN YASSIN DAN MUKHRIZ DIPECAT DARI UMNO?



Pemain-pemain media sosial sedang sibuk menyalurkan berita-berita tentang pemecatan Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin dari UMNO. Para penyokong kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu juga, turut menggunakan media-media sosial untuk melepaskan geram.

Keluar masuk pemimpin ke dalam UMNO bukannya perkara baru. Dari zaman Allahyarham Datuk Onn sehinggalah ke zaman Najib, ramai pemimpin UMNO, sama ada yang kecil tidak bernama, sehinggalah yang besar dan dikatakan mempunyai pengaruh, keluar masuk UMNO.

Namun, UMNO tetap begitu juga. Ahli-ahli UMNO tetap waras dan rasional kerana walau apa pun tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, pendirian akhirnya ialah, parti lebih diutamakan berbanding pemimpin yang keluar masuk. 

Kita tidak membicarakan tentang Muhyiddin yang kita lihat, pemecatannya adalah untuk mengurangkan kesan kerosakan pada imej parti memandangkan kes aib yang sedang dihadapinya di mahkamah. Apatah lagi, Muhyiddin sendiri pun sudah mulai kendur dan tidak lagi menunjukkan minat untuk terus memperjuangkan kedudukannya dalam UMNO setelah cuba menentang arus dalam konspirasi yang ternyata telah mengalahkannya.

Tiada yang lebih menarik berbanding Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah yang telah diberikan tepak bersulam, keris panjang, dastar dan persalinan busana tanpa dia perlu bersusah payah seperti para pemimpin UMNO yang lain hanya kerana dia adalah anak lelaki Dr. Mahathir Mohamad.

Mukhriz pernah dicanangkan sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO yang sangat berpotensi. Kenyataan yang sebenarnya sangat jauh daripada realiti terutama apabila sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir tidak mempunyai keupayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Mukhriz sendiri hanya mampu mengumpulkan sejumlah kecil pengikut setia yang tidak memberikan sebarang pengaruh besar kepada UMNO walaupun mereka kelihatan cukup lantang di dalam media sosial, khususnya Facebook.

Keputusan yang dibuat oleh MT UMNO hari ini, sebenarnya merupakan tindakan yang tepat. UMNO mempunyai terlalu ramai pengkhianat yang bekerjasama dengan pihak lawan dalam usaha mereka mengejar kuasa dan mempertahankan kartel-kartel yang menjadi sumber kewangan utama mereka.

Sebahagian besar pengikut Mukhriz dan pengkagum Tun Dr. Mahathir yang masih berada di dalam UMNO, seharusnya mengikut jejak Mukhriz yang dipecat oleh parti. Dalam mana-mana parti sekalipun, tiada guna menyimpan ahli-ahli yang bersikap khianat dan menikam dari belakang.

Apatah lagi, sudah menjadi lumrah, keluar masuk ahli-ahli yang disingkir ke dalam parti bukanlah perkara besar yang bersifat terhad. Dr. Mahathir sendiri pun tiga kali keluar masuk UMNO. Kali pertama dia dipecat oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman yang disokong kuat oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail. Kali kedua dia sendiri keluar dari UMNO Baru yang ditubuhkannya sebagai pencetus kepada penolakan kepimpinan Abdullah Badawi dan kali ketiga, beberapa bulan lalu dalam usahanya untuk menggulingkan Najib Abdul Razak, sekaligus memberikan tekanan kepada Najib agar taukeh-taukeh kapitalis terus dihidupkan dengan projek-projek kerajaan.

Kalau Tengku Razaleigh dan hardcore-hardcore UMNO pada tahun 1987 dan Anwar Ibrahim berjaya mewujudkan gelombang besar selepas mereka dikeluarkan dari UMNO, sama ada kerana UMNO diharamkan atau kerana masalah disiplin, UMNO kekal berdiri tegak dengan sokongan dan dokongan ahli-ahli serta penyokong-penyokongnya.

Ini kan Mukhriz dan Muhyiddin yang tidak ada faktor 'wow' untuk dijadikan faktor utama gelombang besar!


12 comments:

Anonymous said...

Besar sangat ke habuan yg anda dapat sampai sanggup mengadai maruah bangsa dan negara. Kesian anak cucu kita yg menanggung akibatnya.

Anonymous said...

Kalau kalah 2 prk hari tu, belum tentu kena pecat..

Anonymous said...

PADAN MUKA BEROK 2 EKOR TU!

Anonymous said...

Pas sesudah di drycleaning + Umno selepas dobi = bergerak bersama maju ke depan.

Anonymous said...

sebelum ini, bila jambatan bengkok tumbangkan lelah: jambatan bengkok ketawa kah, kah, kah.

jambatan bengkok berasakan dia boleh tumbangkan sesiapa saja tanpa mengira bahawa 'setiap kali air bah tebing berubah'.

kini jambatan bengkok yang bongkak dan berkeris kontot dan dayung panjang sejengkal hendak menguji lautan yang dalam.

kalau macam itu apa yang boleh dikatakan kepada jambatan bengkok ialah selamat mencuba tok.

Anonymous said...

apabila sesuatu misi dibuat dengan nisbah risiko dan kejayaan adalah berupa "untung sabut timbul, untung batu tenggelam", kesudahannya memang boleh dijangkakan.

Anonymous said...

Otak lu semakin mengecut....

Anonymous said...

Mungkin kepada pemuja Najib ianya tidak besar dan penting tetapi bagi rakyat dan pengundi senyap ianya amat penting dalam mereka menilai regim yg sekarang. Kita lihat dalam pru akan datang implikasinya. Sesungguhnya kes mereka ini adalah amat berbeza dengan kes anwar yg memang diketahui kaki sontot. Itu pun implikasinya agak besar sehingga melayu berpecah belah.

Anonymous said...

Betul bedooh doh tu...
Kalau dalam cerita pak pacak ja tu..hang kebun

Anonymous said...

mula tunggu prn sarawak. lepas tu tunggu prk sg.besar dan kuala kangsar. lepas tu tunggu pru pulak. lepas tu....tunggu masuk lubang kubur.....

Anonymous said...

akibatnya aku dah anak dah rasa apa yang madey tinggalkan. tol dan erl kroni madey punya hadiah.

Anonymous said...

Whats the problem? Mahyudin dan Mukriz boleh join DAP, PKR atau Peter PAN. Susah susah tubuh Parti M - Parti Merajuk!

 
Blogger Templates