Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 12, 2016

HADI AWANG DEDAH PEMBERIAN DEDAK PADA ZAMAN TUN MAHATHIR!!!



Tun Mahathir dalam usahanya untuk menjadikan PAN sebagai wadah terbaru perjuangannya mempertahankan taukeh-taukeh kapitalis dan kroni-kroni yang menghirup darah rakyat Malaysia selama lebih 22 tahun menerusi pelbagai projek penswastaan termasuklah pembinaan Putrajaya dan Cyberjaya, selain kerugian-kerugian besar menerusi skandal-skandal kewangan seperti MAMINCO, PKFZ, Forex Bank Negara, PROTON, Perwaja dan sebagainya selain konsesi-konsesi lebuhraya mahupun bail-out syarikat anak sendiri menggunakan wang rakyat, melihat PAS sebagai faktor utama yang boleh menghalang kehendaknya. 

PAN merupakan parti serpihan PAS apabila para pemimpin PAS yang bersekongkol kuat dengan DAP, memilih untuk melompat parti dan menyertai parti yang ditaja oleh DAP.

Berbeza daripada pentadbiran Mahathir, pentadbiran Najib lebih mesra dengan PAS walaupun pada masa yang sama, masih lagi mempunyai percanggahan pendapat tentang dasar dan polisi negara. Bagaimanapun, tidak seperti pada zaman Mahathir, PAS pada zaman Najib mengambil pendekatan yang lebih efisien untuk membuktikan mereka adalah parti yang sudah matang, setelah berkali-kali ditipu oleh DAP bermula dari tahun 1967 sehinggalah yang terakhir, pada penghujung tahun lalu, 2015.

Bermula daripada rundingan gelap PAS dengan DAP, sehinggalah bekerjasama dalam Pakatan Rakyat untuk menewaskan Barisan Nasional, PAS dilihat telah masak tentang taktik dan helah pihak pembangkang yang mahu menggunakan kekuatan PAS terutama daripada kesungguhan para penyokong parti tersebut yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi perjuangan mereka. 

Justeru apabila Tun Mahathir menyatakan PAS dan Presidennya, Haji Abdul Hadi Awang telah diberikan 'dedak' oleh Najib agar PAS lebih kendur dengan UMNO, malah bekerjasama dengan UMNO, Tun Mahathir yang amat berpengalaman serta menaruh dendam selepas kekalahannya di tangan Allahyarham Yusuf Rawa di Parlimen Kota Star Selatan pada tahun 1969, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar sakit hati.

Perlu diingat, pada tahun 1983, ketika pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menyekat kuasa raja-raja, Allahyarham Yusuf Rawa adalah penentang utamanya. Sarang PAS di kampung-kampung serta merebak bagaikan api di dalam sekam, banyak menyukarkan kerja-kerja Mahathir sehinggakan menyekat dan melambatkan pembangunan sepertimana yang dilakukan di Kelantan, Kedah, mahupun Terengganu dan kawasan-kawasan pedalaman Perak.

PAS kini tidak hanya dianggotai oleh orang Melayu kampung, tetapi juga dibarisi oleh anak-anak muda yang mempunyai latar belakang akademik yang baik. Cerita-cerita buruk dan hodoh tentang Mahathir pada zaman PAS sangat agresif dan mengamalkan fahaman Muda, masih berterusan sehingga kini walaupun sebahagian besar yang menyokong UMNO, telah pun melupakannya kerana perasaan hormat kepada bekas Perdana Menteri itu. 

Berbanding dengan Lim Kit Siang yang merupakan seorang oportunis, Hadi Awang pula dilihat lebih keras, seperti kerasnya amanat yang mencetuskan fenomena takfir oleh para pentaksub yang kurang berilmu tetapi berlagak mahu menjadi ustaz dan hukama.

Dek kerana gagal melembutkan dan melenturkan pendirian Abdul Hadi Awang yang mahu melakukan anjakan transformasi dalam politik PAS, Mahathir terpaksa melabelkan PAS dan Abdul Hadi Awang sebagai pemakan dedak Najib. 

Malangnya, tuduhannya itu membidas balik ke batang hidungnya. Kenyataan balas oleh Abdul Hadi Awang, 'SIAPA YANG MEMULAKAN BUDAYA DEDAK?' sebenarnya merupakan buah maut untuk Mahathir yang tidak akan dijawab secara lurus, sebaliknya Mahathir akan mencari jalan lain untuk memperlekeh-lekehkan Abdul Hadi Awang dan PAS.

Ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir tidak pernah lekang-lekang mengusulkan agar PAS kalaupun tidak bersama-sama dalam UMNO sebaliknya cukup dengan bekerjasama membangunkan negara, agama dan bangsa, kini bersikap sebaliknya. Dia kelihatan sangat bimbang sekiranya teori bebas yang mengatakan PAS sedang bekerjasama dengan UMNO benar-benar menjadi kenyataan. 

Ianya memang menyakitkan bagi seseorang yang menghidap penyakit 'SUPERIORITY COMPLEX' seperti Tun Dr. Mahathir!!!


8 comments:

Johan said...

Dulu Melayu berpecah bila yg tak serasi dgn UMNO menubuh parti PAS dan Parti Negara. UMNO berpecah lagi dengan tertubuhnya Semangat 46. Berpecah lagi dgn pembentukan Parti Keadilan. Berpecah lagi bila Mahyudin dan Mahathir mengistiharkan deklarasi rakyat. DAP pula memecahkan PAS bila terbentuknya PAN. Jadi Melayu semakin berpecah belah.... Ibarat penyapu lidi yang dipecah-pecahkan menjadi kecil ia mudah dipatahkan....

Anonymous said...

Susah la Kalau kita mengambil pendekatan yg mudah berkaitan istilah dedak.Apabila kita menghayati sejarah kegemilangan tamadun Islam dan zaman kejatuhan kerajaan Islam di turki di era tahun2 pemerintahan yang mengigit(ketetapan hati orang Islam ttg sejarah dunia Islam yang berjaya).Maka muncul pula zaman perindustrian dan amalan ideologi Kapitalis brrtton wood bersandarkan wang emas kepada amalan adam smith yg rata2 menghapuskan peranan sejarah dinar emas yg berjaya lebih 1000 tahun di atas mukabumi Allah ini.Di era ekonomi moden,kita tidak sepatutnya mengikut selari kehendak sepenuhnya amalan Kapitalis. Kita perlu ada pendekatan yg berbeza berteraskan kpd fadumental Islam supaya kita berjaya mengharungi segala permasaalahan ekonomi dlm ngra seperti amalan subsidi dan instrument subsidi yg rata2,mengukuhkan kedudukan ekonomi dlm ngra dr segi pengukuhan nilai matawang dan menarik minat pelabur luar serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.Tindakannya sebegini,agak berbeza wlpn di gelumang arus Kapitalis yg buas ttpi ia berjaya di harungi hingga kita di nobatkan sebagai ngra membangun ke arah ngra maju.Malangnya, kita pernah di uji oleh krisis kewangan 97-98 yg berkehendakan kita berfikir di luar kotak mengikut situasi semasa tanpa menerap fahamn ideologi Kapitalis. Mengurangkan Kemudaratan ekonomi dan merancakan semula aktiviti ekonomi dlm ngra,adalah satu dr cabang panduan fadumental islam.Seperti yg ketahuian amalan sistem kewangan Kapitalis berteraskan riba,tetap memberi acaman yg besar pada aktiviti ekonomi masa hadapan.Lihatlah seperti ngra Greece, Sepanyol yang terjerat dgn sistem hutang dan riba serta amalan ekonomi yg tidak cermat.

Anonymous said...

spin terbaik... gua bagi 5 bintang untuk spin ni.

Anonymous said...

Hai penulis tak takutkah kamu pd Allah di atas putarbelit penulisan kamu ini krn nak menyokong perasuah Dan penyamun negara? Dlm akaun najib ada rm42juta Dan 2.6 billion serta isteri Dan anak2 bershopping berjuta2 ringgit di luar negara tak Pula kau nak kata salah..hai kamu ingat kamu tak mati Dan dipersoalkan ke wahai penulis? Insaf Dan bertaubatlah..

Anonymous said...

Hai anon12.01..soalan kamu itu ditujukan balki kpd kamu..kamu memfitnah orh sedang kan kamu sendiri tidak tahu..hanya memetik cakap cakap org..klu najib dan rosmah bersalah biar allah saja yg membalasnya jgn pula kamu dihukum allah kerana menfitnah

Anonymous said...

awak pun sama...tak takut Allah ke. menuduh dan fitnah orang. kalau setakat dengar cakap...jangan sembang la...phuiiii...

Anonymous said...

Apa yang hang merepek ni...

Unknown said...

kalau betul betul terjadi PAS dengan UMNO bergabung memang sesuai sangat lah...ketuanan Melayu

 
Blogger Templates