Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 12, 2016

KERAJAAN JUGA TANGGUNG PROTON? 30 TAHUN MENYONYOT WANG CUKAI, TAK CUKUP-CUKUP LAGI KE?



Dah lebih 30 tahun Perusahan Otomobil Nasional beroperasi. Bukan makin bertambah maju, sebaliknya semakin menambah masalah. Bukan sahaja hutang melebihi liabiliti, produk-produk yang dihasilkan pula, langsung tidak mendapat pujian daripada komuniti kenderaan dunia walaupun di Malaysia, hanya semangat cintakan negara sahaja yang masih menyaksikan Proton dapat menjual unit-unitnya, sedangkan kualitinya sentiasa dipertikai.

Media automatif antarabangsa memberikan gred yang sangat rendah dan memalukan untuk Proton. Lebih memalukan lagi ialah apabila kisah Proton tidak untung-untung, turut menjadi bahan sendaan walaupun hakikatnya, Proton ditubuhkan untuk mencetuskan keuntungan bukannya sekadar syarikat R&D automatif semata-mata. (RUJUK SINI)

Dari zaman awal Proton yang diterajui oleh Eric Chia sehinggalah Proton diambilalih daripada sebuah syarikat milik kerajaan kepada milik swasta oleh Syed Mokhtar, yang diperkatakan, bahkan menjadi salah satu punca marahnya Mahathir kepada Najib ialah, SOFT LOAN atau GERAN dari Kerajaan bernilai berbilion ringgit untuk Proton.

Begitu punya perniagaan.... budak tadika yang tak dapat beza apa itu stereng dan apa itu tayar pun, boleh berniaga!

Tiada inisiatif Proton walaupun CEO dan Pengerusinya adalah orang hebat, orang unggul, negarawan ulung, bahkan maksum dan sangat bergeliga otaknya, untuk untung, melainkan semata-mata untuk mendapatkan geran dan pinjaman mudah daripada kerajaan sahaja. 

Bukan rahsia lagi Kerajaan Najib akhirnya meluluskan pinjaman mudah PROTON bernilai RM1.6 bilion dengan beberapa syarat pada minggu ini.

30 tahun, PROTON boleh diibaratkan sebagai bayi tua yang masih menetek dengan ibu tumpangnya. Masih tidak puas-puas menetek walaupun bantuan telah diberikan berpuluh-puluh bilion.

PROTON oo PROTON... bila kau nak untung?

Atau lebih baik tutup sahajalah PROTON tu atau jualkan kepada pihak yang teringin membelinya tanpa peduli dengan nostalgik Tun Mahathir....

Mahu lidah orang tua tu panjang sampai ke perut kerana asyik menceceh pemusnahan PROTON yang merugikan kroni-kroninya...


2 comments:

Anonymous said...

Saya rasa perkara ini tak perlu bising2 dan ungkit mengungkit.. Lebih baik tutup sahaja Proton. Tak payah dibiayai Kerajaan lagi. Banyak2 bising pun masalah tak selesai kan? SEnang dijadikan bahan untuk mengutuk Tun M.

Hasil penutupan boleh digunakan untuk menapung duit negara RM50 bilion yang lesap tu.

Anonymous said...

Mahathir bajet genius.

 
Blogger Templates