Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 5, 2016

KESIAN CALON-CALON UMNO-BN DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR, MEREKA TIDAK DAPAT UNDI CINA!!!



Dari tahun 2008 sehingga sekarang, harapan besar dan tinggi terus dihadirkan oleh para pemimpin Barisan Nasional tentang undi dan sokongan daripada masyarakat pengundi berbangsa Cina. Mujur juga mereka tidak begitu teruja dengan PRU tahun 1999 yang menyaksikan, BN hampir kehilangan kuasa di tangan barisan pembangkang kalau tidak kerana saat-saat akhir hasil 'campurtangan' dan rundingan besar antara Presiden UMNO yang pada waktu itu adalah Perdana Menteri Malaysia dengan Suqui dan Dong Zhong.

Campurtangan Suqui dan Dong Zhong akhirnya menyaksikan Barisan Nasional masih mengekalkan kuasa dengan dua pertiga majoriti di Parlimen tetapi UMNO sendiri kehilangan terlalu banyak kerusi. Namun yang lebih menyedihkan ialah apabila Dasar Pelajaran Kebangsaran, akhirnya mengalah kepada kehendak Pendidikan Vernakular yang menyaksikan pemerkasaan sistem pendidikan SJKC.

Tahun 2008 bermulalah, Tsunami Cina yang menyaksikan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah Badawi kehilangan lebih banyak kerusi kerana para pengundi terutama sekali pengundi Cina beralih arah sokongan, daripada MCA, GERAKAN, SUPP dan sebagainya kepada DAP. Malahan MIC juga hampir hancur berkecai dengan menjadi parti politik paling minoriti di dalam Barisan Nasional.

Para pemimpin MCA yang menang pula, sekadar  mewakili Parlimen yang mengandungi majoriti pengundi-pengundi Melayu.

PRU-13, dengan keyakinan penuh bahawa Pakatan Rakyat yang mengandungi DAP-PKR-PAS akan berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional, mereka keluar mengundi beramai-ramai. Jumlah undi pengundi muda mereka sangat ramai. Keaktifan mendaftarkan anak-anak muda Cina yang layak membuang undi menghasilkan keputusan-keputusan luar biasa menerusi penterjemahan majoriti yang diperolehi oleh pemimpin-pemimpin heavy-weight DAP seperti Lim Guan Eng, Teresa Kok mahupun Lim Kit Siang yang mencuba nasib di Gelang Patah.

Walaupun berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional, malahan mengurangkan jumlah pegangan kerusi berbanding tahun 2008, Pakatan yang diketuai oleh DAP tetap gagal merampas Putrajaya.

Siri pilihanraya kecil selepas itu, menyaksikan pola yang masih tidak berubah. Namun pada tahun 2015, apabila berlaku pergeseran antara DAP dan PAS sehingga menyaksikan tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN), pola mulai berubah.

Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru berakhir Mei lalu, menyaksikan perubahan keputusan yang amat menggembirakan peimpin-pemimpin Barisan Nasional. Para pemimpin parti komponen yang mempunyai kaitan dengan pengundi-pengundi Cina, membuat kesimpulan mudah tetapi amat melucukan, kononnya para pengundi Cina telah kembali kepada Barisan Nasional.

Hakikatnya, para pengundi Cina ramai yang tidak keluar mengundi. Tanpa pengundi Cina, maka DAP akan lenyap. Dan tanpa pengundi Cina juga, menyaksikan DAP yang megah dalam PRN 2011, terpaksa menelan hakikat bahawa mereka kehilangan 5 kerusi DUN kepada Barisan Nasional Sarawak.

Kini, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pula tiba. Di Sungai Besar, pengundi-pengundi Cina terutama sekali di DUN Sekinchan, membentuk jumlah pengundi sebanyak 31%. Manakala di Kuala Kangsar, jumlah pengundi Cina pula hanya 24%. Jumlah pengundi di Sungai Besar adalah seramai 42,837 orang, manakala di Kuala Kangsar pula adalah seramai 33,450 orang.

Beberapa isu yang membabitkan Lim Guan Eng yang menjadi kekaguman masyarakat pengundi Cina muda di negara ini, telah mula terdedah. Lim Guan Eng sehingga ke hari ini, gagal menjawab dan menerangkan tentang pembabitan Phang Li Koon, individu utama dalam skandal dan penyelewengan tanah di Pulau Pinang dengan pentadbirannya, mahupun dirinya sendiri.


Kuala Kangsar telah 'bersuara' pada PRU lalu apabila jumlah yang keluar mengundi, agak rendah. Lebih ramai yang memilih untuk menjalankan urusan seharian berbanding memberikan perhatian kepada PRU.

Di Sungai Besar, jumlah yang dijangka tidak akan keluar mengundi juga, agak ramai memandangkan keterujaan terhadap PRK sangat rendah. Tidak ada lagi sambutan atau ceramah besar-besaran semasa Ng Suee Lim mengekalkan jawatannya selaku ADUN Sekinchan.

Jadi, kalau ada yang berkata, undi Cina akan berpihak kepada Barisan Nasional, rasa-rasanya pihak berkenaan sedang melamun atau syok sendiri. Sama ada pengundi-pengundi 31% itu akan memberikan undi kepada PAN atau pun mereka tidak akan keluar sepertimana yang berlaku dalam PRN Sarawak.

Lebih baik kekalkan pemikiran dari awal lagi bahawa calon-calon UMNO-BN tidak akan mendapat undi walau satu pun daripada 31% dan 24% di Sungai Besar dan Kuala Kangsar walaupun kempen-kempen dan kerja-kerja mempengaruhi pola pengundian perlu terus dilakukan serta dilipatgandakan.

Jangan ulangi keyakinan palsu calon DUN Sungai Rapat pada PRU-13 lalu apabila, seronok melihat pengundi-pengundi Cina memenuhi majlis jamuan makan tetapi akhirnya kalah dengan undi mereka yang berpihak kepada PAS yang pada waktu itu merupakan sekongkol utama DAP.


1 comment:

Anonymous said...

In shaa Allah BN akan memenangi kedua-dua PRK sebab undi pembangkang terbahagi dua. BN cuma perlu mendengar cadangan dan luahan penduduk dan berjanji untuk melaksanakan cadangan mereka. BN mempunyai kuasa. Pembangkang hanya boleh menabur janji.

 
Blogger Templates