Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 7, 2016

REMAJA MELAYU HINA TMJ DIHUKUM PENJARA SETAHUN, BUKAN MELAYU HINA INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU, BEBAS!!!



Berita tentang seorang remaja yang dihukum penjara selama setahun (maksimum) kerana menghina Tengku Mahkota Johor menerusi Facebook, sangat menarik perhatian.

Walaupun ianya MEMANG PADAN dengan perbuatan remaja tersebut yang didorong oleh semangat anarki, namun keputusan mahkamah dan undang-undang di negara ini mula dipertikaikan.

Antara TMJ, Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan dikatakan merupakan undang-undang tertinggi. Mana-mana negara sekalipun akan mempunyai undang-undang keras terhadap mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan Perlembagaan negara masing-masing. Malahan, banyak negara memperuntukkan hukuman mati kerana mempertikaikan dan melanggar Perlembagaan negara, bererti melancarkan serangan ke atas negara ini walaupun perlanggaran dan pertikaian tersebut tidak melibatkan senjata.

Dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat peruntukan-peruntukan jelas tentang Raja-Raja Melayu, tentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, tentang kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Dari pertengahan 1960-an, terutama selepas DAP ditubuhkan, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya yang membabitkan Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu-Bumiputera telah dipersoalkan. Malahan telah dikempenkan agar kesemua itu dihapuskan dengan alasan, Malaysia adalah sebuah negara majmuk, biarpun kemajmukan negara ini sebenarnya merupakan helah British yang enggan menerima kaum imigran yang mereka bawa untuk industri perlombongan dan perladangan sebagai rakyat negara mereka.

Sehingga tahun 1974, isu-isu melibatkan pemberian kewarganegaraan kepada kaum imigran terus kedengaran.

Kemuncak daripada 'serangan' ke atas Perlembagaan itulah tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 yang cuba ditai-chi dan dikungfu oleh DAP kononnya ia adalah kerja-kerja jahat UMNO walaupun hakikatnya yang mencetuskannya adalah keagresifan para pengikut dan penyokong DAP yang berarak kerana berjaya menawan kerusi-kerusi Bandaran khususnya Kuala Lumpur dalam Pilihanraya Umum Ke-3.

Setakat ini, belum pernah lagi kita mendengar mana-mana pemimpin DAP yang mahu menghapuskan Perlembagaan Persekutuan dengan Malaysian Malaysia mereka dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman sepertimana yang berlaku kepada kumpulan Al-Maunnah dan sebagainya.

Sehingga kini, mereka masih bebas bergerak ke sana ke mari, masih bebas berkempen dan membuat hasutan, malahan mereka sangat berbangga dengan perbuatan mereka kerana pihak berkuasa, tidak berani berbuat apa-apa sepertimana yang dilakukan ke atas para anarki yang menggunakan Facebook sebagai medium untuk melahirkan kebencian kepada institusi diraja.

Itu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini...


5 comments:

Anonymous said...

Hakim kurang cherdik seperti budak tu juga. .patutnya denda community service suruh basoh dan gilap kereta TMJ, chuchi longkang2 Kat istana Bukit Serene untok tempoh setahun...baru buah tu pulih otak dia..ni perosok dlm penjara Supaya jadi bertambah baloq liat...aduhai...

Anonymous said...

TMJ....Pohon ampunkan lah budak ini..kasihan dia...mungkin dia akan berubah nanti

Anonymous said...

Semua ini berpunca daripada perpecahan di kalangan org melayu. Selain ego masing-masing iaitu umno,pas,pkr ( melayu), dan terkini ada pan pulak,,org melayu susah nak bersatu kerana mainan licik org cina memperlagakan org2 melayu. Hasilnya baik umno mahupun pas, jika nak berkuasa mesti perlukan undi cina. Jadi faham2 sajalah, bila menang dgn undi cina, maka ini lah harga yg org melayu kena bayar seperti isu di atas dan lain2nya. Contoh, isu gro cina yg bersepah2 tu, kenapa tak selesai? Ya...umno tak banteras betul2 kerana tauke2 cina ugut sokong Dap la tu.

Anonymous said...

Hukuman yg kejam & tak setimpal dgn kesalahan. Kejam kerana rekod penjara ini akan mengelapkan masa depan dia. Kerajaan ni kerja membazir duit rakyat saje.

Anonymous said...

Kesian melayu

 
Blogger Templates