Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 15, 2016

SEMBANG DERAS, RAFIZI AKHIRNYA MENONONG NAIK DAN MENYOROK DI TINGKAT ATAS!!!



Rafizi Ramli menjanjikan kehebatan dan pendedahan besar-besaran membabitkan penggunaan jet kerajaan oleh Rosmah Mansor. Dia jemput sesiapa sahaja yang membaca atau mendengar kenyataannya, datang ke Ibu Pejabat PAN Kuala Kangsar di Jalan Daeng Selili, Kuala Kangsar. Sebelum itu dia dengan penuh megah bertanya kepada Dato' Rizal Mansor, pegawai khas Rosmah Mansor secara mengejek dan menyindir tentang beberapa perkara yang sebenarnya telah pun diterangkan lebih awal.

Setiausaha Agung PKR merangkap Naib Presiden PKR itu cuba memberikan persepsi kononnya Rizal Mansor tidak dapat dan takut untuk menjawab.


Hari ini, sepatutnya jam 12:00 tengah hari, Rafizi Ramli mengadakan sidang media di ibu pejabat PAN Kuala Kangsar. Bagaimanapun, dia datang lewat. Manakala Rizal Mansor telah tiba sejam sebelum itu dan menunggu di pentas di hadapan pintu tangga ke Ibu Pejabat PAN.

Sebaik-baik sahaja tiba, seorang lelaki memaklumkan kehadiran Rizal Mansor kepada Rafizi Ramli. Rafizi Ramli seperti tersentak. Dia langsung tidak memandang ke arah Rizal Mansor yang berdiri bertentangan dengannya yang sebenarnya hanya bersenjatakan sekeping kertas kosong berbanding Rafizi Ramli yang dikatakan mempunyai replika jet yang dipertikaikan, sebaliknya berjalan laju menuju ke tangga yang menuju ke tempat persidangan.



Rizal Mansor cuba mengejar tetapi petugas-petugas yang mengenakan t-shirt oren PAN, segera menghalang.

Ketika itulah tercetusnya ketegangan yang berlangsung hampir 15 minit. Sebelum itu, petugas-petugas PAN yang berada di bilik PC, telah mengarahkan mana-mana orang yang tidak mempunyai tag media, keluar dari bilik media tersebut.



Semuanya kerana mereka melihat Rizal Mansor yang sudah bersedia untuk bersemuka dengan Rafizi Ramli.

Ternyata, Rafizi Ramli hanya berani bercakap dan membuat tuduhan di belakang sahaja. Dia tidak berani berhadapan dan tidak berani bertentang mata.


Apa salahnya kalau dia bersalaman dengan Rizal Mansor yang berdiri di tengah panas semata-mata menunggu kehadirannya. Kalau calon PAN, Dr. Tarmizi sendiri pun tidak takut-takut dan tidak segan-segan untuk bersalam dengan Rizal Mansor, mengapa pula Rafizi Ramli mengelak kemudian naik ke tingkat atas, menyorok dan mengarahkan pintu masuk dihalang dan disekat oleh petugas-petugas?

Cakap banyak, macamlah berani sangat... rupa-rupanya PENAKUT NA'UZUBILLAH!!!


11 comments:

Ted Manoff said...

Dia takut tergoda dgn Dato Rizal

Anonymous said...

Dua orang wartawan Four Corner ABC News bukan setakat dihalang dan dihalau daripada menemuramah Najib, malahan mereka turut ditangkap dan diheret ke balai polis, apa cerita ni Blogger Flying Kick The Devoured Savior, dah kena flying kick kat muka sampai tersembam terguling-guling ke?

Sila jawab.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

I love Rafizi said...

Rafizi adalah pakar strategi sotong. Sotong bila terancam, sebelum melarikan diri dia blok dulu agar pengancam tak dapat akses.

Anonymous said...

ini komen bodoh...security utk PM dan naib presiden p gay r tu tak sama mangkok...

Anonymous said...

rpiji pedih jubo la naik sembunyi..kikikh

Anonymous said...

Haha....tak heran semua penyokong sotong ni semua no brain.

Anonymous said...

Bio marine fact....

Anonymous said...

Lah dah lari ke sinii rupanya abu toh..kat belia bangkit pun tak dpt respon baik kat cucu tok selampit pun..ya lah...apa taraf rafizi tu...takat tukang kaki fitnah...dalam bulan posa pun nakbuat cerita fitnah....biarlah...selagi..dia masih bernyawa.. Biarlah dia memfitnah...takut nanti dah..nyawa terluput dari jasad tak sempat pulak..nak fitnah..itukan makanan ruji bagi rafizi...sehari fia tak fitnah agaknya lemah longlai seluruh badan rafizi...lantak kaulah..mulut kau..nanti.. Pandai2 lah menjawab....depan Allah...depan pegawai peribadi pun dah kecut perut... Tunggu jer lah...waktu itu pasti tiba

Anonymous said...

Bakar ni memang betul-betul mangkuk la Rizal tu datang untuk mendengar sendiri tuduhan Rafizi. Kamu ni sel otak terputus ke Bakar..Patut la kuat sangat kamu ni berpusing-pusing Bakar weiii

Anonymous said...

Abutuh

Snapshot2016 said...

PM tidak buat pc dan tabur fitnah mcm rpiji.

Keselamatan PM penting dan x blh diambil ringan. Tak mengapa nak candat rpiji. Negara x susah atau tergugat.

 
Blogger Templates