Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 6, 2016

WAHAI KPDNKK... HARGA BARANGAN TENGAH MENINGKAT SEKARANG NI... PI LER JENGOK-JENGOK DAN AMBIL TINDAKAN!!!



Apa khabar KPDNKK?

Beberapa hari lepas, Menteri Pertanian dan Asas Tani memberikan jaminan bahawa bekalan makanan untuk seluruh negara sepanjang Ramadhan ini adalah mencukupi.

Namun menteri berkenaan, tidak pula dapat memberikan jaminan bahawa harga barangan makanan tidak akan dinaikkan oleh kartel pemborong dan orang tengah sekaligus memaksa penjual dan peruncit terpaksa menaikkan harga demi mempertahankan keuntungan.

Diberitakan bahawa negara ini ada barang-barang kawalan yang harganya ditentukan oleh kerajaan. Bagaimanapun, dalam banyak keadaan, harga kawalan tersebut tidak dipatuhi dan akhirnya kerajaan terpaksa bersetuju dengan kehendak kartel dan pemborong serta orang tengah dengan beralasankan, 'Permintaan dan Penawaran' untuk harga baru.

Penguatkuasaan harga serta pencatutan boleh dikatakan terlalu jarang dilakukan. Dek kerana itulah, kedai-kedai runcit yang dimiliki oleh imigran dengan berselindung di sebalik lesen menggunakan warga tempatan yang makan duit upah guna nama secara bulanan, bermaharajalela menaikkan harga ikut suka hati.

Di sebalik rakyat memekik dan melalak tentang kenaikan harga pada bulan Ramadhan dan akan berlipat ganda menjelang Aidil Fitri, nampaknya pihak berkuasa KPDNKK, masih lagi selesa dengan kerusi empuk dan penghawa dingin di pejabat.

Jaminan yang diberikan selama ini, dilihat tidak ubah seperti mimpi-mimpi yang dianyam untuk melekakan rakyat tetapi pada masa yang sama, bertujuan agar rakyat bangkit memberontak dan akhirnya menyalahkan Kerajaan dan kepimpinan utama negara kerana harga barangan dan makanan yang meningkat tanpa kawalan.

Sampai bila sebenarnya fenomena kerja 'SEPERTI PAHAT DAN PENUKUL' membabitkan KPDNKK yang terlalu bergantung kepada maklumat awam berbanding mencari dan menyiasat demi menstabilkan harga barangan dan makanan di negara ini, akan berterusan?


9 comments:

Anonymous said...

Penguat kuasa makan gaji buta..kalau ada operasi pun sekadar melepas batuk ditangga. Kalau pasal nak naik gaji pandai pulak demand.

Anonymous said...

Untuk makluman KPDNKK.... saya salinkan maklumat... nya sedikit tapi tolong pandai KL Supreme Bandar Sri Damansara ( kilang proses ayam) minggu lepas Ayam spring Chicken proses berat 1kg/ekor RM8.00 Dan berbelanja harga begitu..... bermula semalam Harga Naik jadi RM8.40/. ekor..... ayam spring chicken berat 900g/ ekor.... minggu lepas RM7.70.... minggu ni RM9.30/ekor ....kenaikan agak ketara keràna ayam size begini di gunakankan untuk juadah ayam golek oleh peniaga bazar. pengilang benar2 mengambil pekung menaikkan harga keraa peniaga tiada pilihan......

Anonymous said...

Jangan mengeluh.

Dulu ada makhluk yang perasan cerdik kata GST akan kurangkan kos dan turunkan harga barang...kamu dah lupa ke?

Yang buat GST bukan makhluk dari planet asing...kerajaan kamu jugak yg buat. Dan orang2 seperti kamu jugak yang sokong.

So jangan mengeluh sebab itu nampak macam kamu dah menyesal..

Anonymous said...

anon 10:06 AM telah dibutakan oleh kejahilannya sendiri. Tanpa GST pun, harga barang akan tetap dinaikkan bila permintaan meningkat. Tak ada GST, ada SST yang tak diketahui jumlah dan kadarnya. Naik harga barang bukan disebabkan oleh GST tapi disebabkan ketamakan orang tengah dan pemborong.

Hairan, kan? kenapa orang anti-GST terlalu membela orang tengah dan pemborong yang banyak menyusahkan dari zaman sebelum wujud GST lagi?

Anonymous said...

Jadi kejahilan kau pulak nak letak mana anon 3.11pm? Kepala lutut?

Kau pun tak berani nafi segala kelentong pembuat dan penyokong gst itu kan..

Sekarang siapa berkuasa? Mana tindakan?

Jika org2 anti gst kau kata membela org tengah dan pemborong, maka kpdnkk, kerajaan, dan orang2 yg sokong gst macam kau pulak apa? Pemalas? Makan hasil haram? Penakut? Makan gaji buta? Cuba jawab!

Anonymous said...

Mereka tidak dapat check kesemua peniaga2 yg menaikkan harga. Peniaga2 ni ramai tumbuh mcm cendawan dan pegawai2 pulak tak dapat tengok seluruh kawasan. Ada dua tangan dan kaki sj.

Anonymous said...

Alasan...

Anonymous said...

Alasan...

Habis tu apa fungsi penyokong2 gst macam kamu?

Anonymous said...

bodohlah anti GST neh....... ayam mana ada kena GST bodoh...... depa ni naikkan harga ayam ikut permintaan.... mujur kerajaan ada tetapkan harga siling... kalau tak lagi tinggi sebab time nilah mereka akan dapat untung lebih.... alasan mereka bekalan kurang...... nanti lepas raya hang tengoklah sure turun semula...... cuma kita harap kalau betul naik bukan sebab sorok barang ler...... bila turun tak plak hang kata baguih gak GST neh...... bodoh...... main ikut jer...ayam tak kena GST pun tak tau.... hang nak kata Apa kos apa yg kena mereka tanggung yang buat mereka kenakan kos GST?... makanan ayam? tok sah ngarut... kerajaan dah ambil kira semua tu.

 
Blogger Templates