Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 28, 2016

ALAH, REPORT POLIS KAT DANG WANGI JER PUN, BUKANNYA KAT SCOTLAND YARD ATAU FBI... KENAPA MELATAH?!!!



Jangankan puak-puak ProTun, puak-puak DAP dan PKR pun turut sama tidak berpuas hati apabila Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis ke atas tiga orang Tan Sri yang didakwanya merancang untuk menjatuhkan dan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Mereka mempersoalkan tentang tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu. Malah para penyokong dan pentaksub yang lebih dikenali sebagai zombie takdak otak pula, memperlekeh-lekehkan tindakan tersebut yang bagi mereka, hanyalah satu lagi serangan kosong ke atas Mahathir dan kroni-kroni yang dibela oleh Mahathir.

Namun reaksi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut, jelas berbeza dengan Najib Abdul Razak, mahupun muka Mahathir yang sentiasa masam dan tertekan semenjak kebelakangan ini. Najib ketika berhadapan dengan pelbagai masalah terutama sekali tuduhan dan dakwaan dia melakukan penyelewengan, menyerahkan segala-galanya kepada polis dan SPRM untuk menjalankan siasatan. Malah berikrar tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat. Sedangkan ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut mempamerkan kegelabahan dan tidak juga mengutarakan ayat yang sama, iaitu membiarkan pihak berkuasa melakukan siasatan dan kemudian membawa mereka ke muka pengadilan sekiranya wujud elemen-elemen seperti dakwaan Naib Ketua Pemuda UMNO itu.

Ketika Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang terbang ke luar negara seolah-olah mereka balik kampung dan kemudian berselfie di hadapan pejabat pihak berkuasa di sana, selain membuat laporan yang meminta agar pihak asing meminta campurtangan di Malaysia, para pentaksub dan penjilat si tua bertepuk sorak dan menyokong penuh tindakan tersebut. Malah mereka jugalah yang mempopularkan pembohongan tentang Akta Patriot dan Akta RICO yang kononnya akan dikuatkuasakan di Malaysia oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, Najib pula kononnya hendak ditangkap oleh FBI, Scotland Yard, Polis Singapura, Polis Australia, Polis Switzerland dan seribu satu macam agensi yang lain.

Percaya sungguh mereka dengan pembohongan bodoh seperti itu. Malah si tua negarawan itu pun turut menyebarkan pembohongan bodoh dalam ceramah-ceramahnya terutama sekali di Kuala Kangsar. Bila pembohongan bodoh si tua negarawan tidak diterima, para pentaksub dan penjilatnya segera melabelkan mereka yang tidak percaya sebagai PEMAKAN DEDAK, padahal mereka sebenarnya yang memakan dedak demi memastikan pembohongan itu boleh diterima dan dipercayai.

Malangnya, bohong bodoh seperti itu hanya boleh dipercayai oleh mereka yang beranggapan Mahathir adalah maksum dan tidak boleh dikutuk keji kerana perangai laknatnya. Kaum yang waras, tidak akan menerima bulat-bulat, sebaliknya akan ketawa terbahak-bahak kerana prosedur dan protokol G2G tidaklah semudah yang dibayangkan oleh puak-puak berkenaan.

Agak aneh mengapa mereka begitu terkesima dengan tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis ke atas ketiga-tiga orang Tan Sri yang dia sendiri percaya, mereka berkomplot untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak tanpa mengikut saluran pilihanraya.

Matthias dan Khairuddin buat laporan polis di luar negara. Sedangkan Naib Ketua Pemuda UMNO buat laporan polis dalam negara. Matthias dan Khairuddin bukan main dipuji dan disokong lagi, kenapa pula tindakan Pemuda UMNO dikeji dan ditakuti?

Pasal tak boleh kompromi ke?



6 comments:

Anonymous said...

hehe mcm mana
depa tak takut bang
polis msia Gestapo pun
gerun tau biaq depa rasa

Anonymous said...

Mereka puji dan nak ikut cara AS. Kalau nak ikut, ikutlah semua. Kenapa berpilih-pilih. Kalau nak ikut, ikut jugalah cara AS menyiasat kes Klentong menggunakan email sendiri dalam kategori pengkhianatan. Kategori pengkhianatan di AS sangat luas dan yang inipun baik jadi ikutan supaya keamanan berpanjangan.

Anonymous said...

Naib Ketua Pemuda UMNO Oii, nak bodek pun agak2 lah. Tapi bagus juga biar Zeti, Ghani, Abu Kasim londeh kan ketuanya..

Anonymous said...

Najib tak nak main golf version 2 dgn Obama ke? boleh kaw tim nanti..

Oh ye sign dokumen TTPA byk2...semua boleh settle beb..

Anonymous said...

Yang paling melatah adalah PERKASA. Kita tengok konspirasi 3 Tan Sri ni. Mana yang dah tahu cerita baguslah. Mana yang tak tahu pergi cari. Satu rancangan Madey terpunah.

Anonymous said...

ayoyo...kipala suda nyanyok.. dia punya bontot semua ikut nyoknyok...

 
Blogger Templates