Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 12, 2016

BAGUSLAH... BAGILAH ALASAN UNTUK PEMBEKAL NAIKKAN HARGA AYAM YER, WAHAI MENTERI KERAJAAN!!!



Harga ayam naik mendadak... dan menteri serta pegawai kerajaan yang berkaitan, berlumba-lumba menawarkan bantuan kepada kaum pembekal dengan memberikan alasan bagi mewajarkan kenaikan harga ayam.

Jangkitan wabak IV, dan terbaru, cuaca panas yang panjang, sekarang ini merupakan alasan yang paling popular untuk menaikkan harga pembekal kepada peruncit, sekaligus menyebabkan peruncit terpaksa pula menaikkan harga jualan kepada pengguna.

Ini bukan masalah baru... masalah semenjak dari zaman dahulu... dari zaman pembekal sanggup bakar anak-anak ayam atau menguburkannya hidup-hidup bagi memastikan harga ayam di pasaran, tetap tinggi sehinggalah zaman 'SEMUANYA SALAH NAJIB'.

Persatuan-persatuan yang berkaitan sekarang ini menjadi lintah darat yang akan menggunakan apa-apa sahaja alasan demi mendesak permintaan sekaligus melonjakkan harga. Dan kemudian apabila masyarakat pengguna bising, mereka akan mengilas tangan ke belakang kerana terdapat ramai balaci dan macai yang akan sanggup membela mereka, seperti balaci dan macai membela kartel-kartel yang menaikkan harga barangan dengan menyalahkan Najib Abdul Razak tanpa perlu dibayar.

Harga kawalan, harga siling dan namalah apa-apa sahaja, hakikatnya, yang mengawal dan menjadi siling adalah pembekal. Yang menjadi mangsa penguatkuasaan adalah peruncit tetapi yang benar-benar menjadi mangsa adalah pengguna.

Agak pelik, ladang-ladang ayam ada di mana-mana di seluruh Malaysia. Jumlah yang banyak, bekalan yang menimbun sepatutnya telah menurunkan harga, tetapi memandangkan di Malaysia sistem pasaran yang digunakan adalah SISTEM KONGSI GELAP, maka keuntungan besar adalah iman dan akidahnya.

Tubuhlah apa-apa entiti untuk membuat kawalan dan pemantauan pun, akhirnya yang wujud ialah betapa berkuasanya PERSATUAN, KARTEL dan SINDIKET yang menentukan harga.

Dan yang lebih menarik lagi ialah apabila orang dalam kerajaan pula yang bertungkus-lumus memberikan alasan bagi membela persatuan, kartel, dan sindiket tersebut.

Berapa agaknya gaji, dedak, upah atau bangkai yang dihidangkan untuk mereka sehingga mereka sanggup menurunkan martabat menjadi jurucakap tidak rasmi persatuan, kartel dan sindiket.

Mujurlah ada alasan iaitu 'SEMUANYA SALAH NAJIB' kalau kena katok ramai-ramai!!!


5 comments:

Anonymous said...

Itu bukan menteri..itu bangsatan

juragan 69 said...

SAPA kata SALAH NAJIB. ..SAPA yg berani utk SALAH NAJIB bhai...NAJIB TAK PERNAH SALAH & TAKKAN SALAH...yg salah tun m sbb tngglkn pemimpin2 bijak utk bantu najib...yg salah anwar sbb menangkn pemimpin2 terhebat...yg salah lim kit siang sbb beliau yg memilih menteri2 didlm kabinet najib..NAJIB TAK SALAH &TAKKAN BUAT SALAH...sbb dialah PEMIMPIN TERAGUNG LAGI SUCI utk rakyat malaysia khasnya Dan dunia amnya...tak gitu bhai

juragan 69 said...

Contoh paling hebat dlm pimpinan masa hadapan yg tunjuk kehebatan mereka setanding dgn pemimpin senior@menteri2 ialah barisan pemuda WP yg letakkn tempoh smpi 'RAYA' utk yb babi minta maaf...wow hebatnya!! Terpana rakyat malaysia dgn kehebatan pemuda umno..syabas kpd najib sbb melahirkn pemimpin generasi muda sehebat beliau...disini membuktikn ini semuanya 'BUKAN' salah najib tk gitu bhai...dan aku yakin yb babi tu sedang GIGIL ketakutan....

juragan 69 said...

Bhai aku tak setuju najib dipersalahkn sesuai dgn tahap beliau sbgi pemimpin teragung lg suci..najib TAK SALAH ttp SEMUANYA SALAH tun m sbb tnglkn pemimpin haprak utk najib...najib TAK SALAH ttp SEMUANYA SALAH anwar sbb tk mmpu nk tewaskn pemimpin umno yg bangang..najib TAK SALAH ttp SEMUANYA SALAH lim kit siang sbb pilih menteri kabinet BN...najib langsung TAK SALAH dan tak spttnya DIPERSALAHKN sbb ada 1001 org lain yg ptt DIPERSALAHKN dan SEMUANYA SALAH mereka...tak gitu bhai

Anonymous said...

Juragan 69...satu jekk, simpan skit keBODOHan ngko tu...nk divert/spin pn agak2 laa...rilek la, jgn tunjuk sgt bongok ngko tu....

 
Blogger Templates