Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 26, 2016

INI BARU BIJAK!!! ELAK KENA HENTAM KERANA CUBA MENIPU DENGAN BERSELINDUNG DI SEBALIK ISU HANGAT 1MDB!!!



Isu ini sudah pasti akan menjadi buah pilihan yang akan dioptimumkan penggunaannya oleh DAP dan Lim Guan Eng yang kini sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam Pilihanraya Negeri yang sedang dirancangkan. 

Pendedahan tentang penyelewengan dalam Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang menyaksikan ratusan juta ringgit hilang begitu sahaja tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa, telah cuba diatasi oleh Lim Guan Eng dengan mengumumkan projek Jambatan Pulau Pinang Ketiga.

Apabila Menteri Kerja Raya memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah menghantar sebarang proposal tentang Jambatan Pulau Pinang Ketiga, Lim Guan Eng yang kelam-kabut mahu menyelamatkan dana yang telah dibayar untuk Terowong Dasar Laut, terus bertaichi dan memberikan jawapan-jawapan yang disangkakan dapat memperlihatkan betapa jahatnya Kerajaan Pusat kerana menipu sedangkan projek tersebut telah diinisiatifkan oleh DAP bertahun-tahun dahulu.

Kenyataan rasmi Menteri Kerja Raya yang meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat permohonan projek Jambatan Pulau Pinang Ketiga, telah disahut oleh Lim Guan Eng dengan beberapa keping kertas yang dikatakan oleh Fadillah Yusof bahawa tatacara yang diamalkan oleh Pulau Pinang yang hanya menggunakan beberapa keping kertas untuk projek bernilai berbilion ringgit, tidak diamalkan di Kementeriannya.

Lim Guan Eng segera memberitahu bahawa kenyataan Fadillah sebagai tidak logik. Malah sekiranya Fadillah terus mahukan kajian kebolehlaksanaan yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu, menteri tersebut perlu menunggu memandangkan ianya hanya akan disiapkan pada hujung tahun ini. 

Katanya lagi, laporan tersebut sekiranya diserahkan kepada Kementerian Kerjaraya, ianya perlu terlebih dahulu melalui proses 'perbincangan', memandangkan kajian terowong dasar laut telah ditukarkan menjadi kajian jambatan di atas air.

Kata Guan Eng lagi, kajian kebolehlaksanaan untuk jambatan adalah isu yang berbeza memandangkan terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira. 

Nampaknya laporan bernilai RM305 juta itu terlalu eksklusif dan tidak boleh dilihat oleh orang lain. Lim Guan Eng pula hanya mampu berkata, laporan tersebut boleh diserahkan selepas empat kali diminta berbuat demikian oleh Menteri Kerjaraya. Dia menunggu selama 2 bulan dan berkata pula, laporan tersebut tidak sesuai untuk diserahkan setelah tempoh masa yang diberikan tamat.

Sedangkan sebelum ini, Lim Guan Eng sendiri yang berkata, laporan tersebut telah siap berbulan-bulan dahulu, manakala Exco Pulau Pinang, Lim Hock Seng berkata, kebanyakan daripada kajian tentang terowong tersebut tidak akan dipersia-siakan kerana ianya boleh digunakan semula selepas sedikit pembetulan dilakukan.

Bijak Lim Guan Eng cuba menutup jejak dan tembelangnya di belakang isu 1MDB yang lebih besar digembar-gemburkan walaupun projek tersebut bernilai RM6.34 bilion dicampur dengan RM8 bilion kutipan tol yang dihadiahkan kepada syarikat pembina menerusi konsesi 30 tahun.


2 comments:

Anonymous said...

kenapa lak kalau isu-isu yang membabitkan rasuah guang eng disiarkan, pengomen-pengomen yang aktif membantai tuan punya blog secara tiba-tiba senyap sunyi bagai kota yang diserang musuh...tiada komen-komen menghina dan mengherdik...pokoknya senyap sunyilah....

azlanaini said...

Memang puak puak penyokong pktn haprak hilang punca..

 
Blogger Templates