Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, July 29, 2016

ISTERI PELAKON TERKENAL ANTARA 28 PEGAWAI IMIGRESEN YANG DICEKUP KERANA TERBABIT DALAM SINDIKET MEMALSUKAN DOKUMEN!!!



Lagi cerita tentang penangkapan PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA dalam Jabatan Imigresen.

FMT melaporkan tentang penangkapan 28 orang pegawai Jabatan Imigresen termasuklah isteri seorang pelakon popular kerana didakwa terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia. Wanita berusia 33 tahun itu ditangkap dalam satu operasi khas yang dibuat oleh PDRM di Putrajaya pada Selasa lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim, mereka semua ditangkap kerana disyaki memalsukan dokumen bagi memudahkan kemasukan pendatang asing ke negara ini tanpa melalui prosedur yang sah.

Selain itu, polis juga turut tidak menolak kemungkinan terdapat pembabitan pegawai-pegawai kanan Imigresen dalam kes tersebut.

Sempadan negara dan pintu masuk ke negara ini merupakan kawasan sensitif yang perlu dijaga rapi sepanjang masa. Berbeza dengan negara-negara yang menjadi tumpuan kemasukan pendatang asing lain di dunia, Malaysia dilihat jauh lebih mudah untuk pendatang asing masuk, sama ada melalui pintu masuk sah, mahupun pintu masuk haram yang bersepah-sepah di sepanjang pantainya.

Keluhan demi keluhan tentang pendatang asing, dilihat hanya dibakulsampahkan oleh Jabatan Imigresen yang mempunyai seribu satu macam alasan untuk tidak menjalankan amanah yang diberikan. Dengan berita ini, tidak hairanlah mengapa berlambak-lambak pendatang asing yang kononnya mereka datang ke sini untuk memenuhi permintaan dari sektor pekerjaan tetapi kita boleh melihat bagaimana sebahagian daripada mereka tidak bekerja, mengambilalih perniagaan gerai dan penjaja kecil mahupun bertindak sebagai taukeh di pasar-pasar basah terutama sekali di Lembah Kelang.

Tapi yerlah... walaupun sebelum ini sudah ada pegawai yang ditahan dan ditangkap kerana sabotaj sistem MyIMMs, tetapi hukuman yang mereka terima sekadar tukar tempat kerja, tahan pangkat dan tahan kenaikan pangkat saja. Sedangkan hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka jauh lebih berat kerana melakukan pengkhianatan, bukan sahaja kepada Imigresen tetapi juga kepada rakyat Malaysia dengan membawa masuk lebih ramai penjenayah yang berpotensi.

Mujur jugalah, jenayah besar ini boleh menyelamatkan batang tengkuk pegawai-pegawai Jabatan Imigresen terbabit selain menyelamatkan air muka Jabatan Imigresen sendiri kerana TREND SEMUANYA SALAH NAJIB ABDUL RAZAK!!!


4 comments:

Anonymous said...

Pagar makan padi.... padi makan dedak...dedak makan .....?

Anonymous said...

Biarlah...Allah yang Maha Adil...sesiapa yang tak amanah ketika menjalankan tugas...tunggulah balasan Allah...pernah dengar tak Pm Najib kita ada cakap...kalau saya tak jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin nanti depan Allah..saya nak kata apa...so...fikir sendirilah...kalau seorang pemimpin dah cakap begitu maksudnya apa....maksudnya beliau sedar tahu dosa pahala so cukup cukuplah...kita rakyat ni nak menfitnah apalagi nak menghukum kesalahan yang Pm Najib tak buat...

Anonymous said...

Dedak makan hang..

Anonymous said...

Jahil.. Dan pengkhianat negara. X pyh salahkn org lain.. Diri sendiri x jujur.. X amanah. Elok dipancong je biar mampos!

 
Blogger Templates