Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 27, 2016

JABATAN IMIGRESEN TAK RASA MALU KE DENGAN PENDEDAHAN SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN?!!!



Masalah pendatang asing di negara ini bagaikan sudah menjadi barah peringkat 4 yang tidak boleh lagi diubati dan hanya menunggu negara ini dikafankan dan disimpan di liang lahad. Walaupun terdapat pelbagai janji-janji retorik, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah, kegagalan perlaksanaan penguatkuasaan tetap menjadi faktor penyumbang utamanya.

Mei 2016, 'operasi' besar-besaran melibatkan pegawai-pegawai imigresen di pintu-pintu masuk utama ke negara ini telah dilakukan. Puncanya ialah sistem myIMMs disabotaj oleh petugas-petugas Imigresen sendiri. Walaupun kononnya, perbuatan sabotaj tersebut telah dikesan dari tahun 2010, hanya setelah pendedahan berterusan dibuat oleh media sosial, barulah atasan Imigresen bertindak pada tahun ini terhadap 15 orang pegawai imigresen yang dibuang kerja itu manakala 14 orang ditahan kerja dan 8 orang ditangguhkan pergerakan gaji. (RUJUK SINI)

Nampaknya Jabatan Imigresen masih tidak sunyi daripada kontroversi-kontroversi yang kalau ditanya kepada para pentaksub, mereka akan menjawab, KUASA PALING BESAR DI NEGARA INI ADALAH NAJIB, MAKA NAJIB HARUS MELETAK JAWATAN walaupun yang melakukan kesalahan dan pincang tugas adalah kakitangan Imigresen.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mempersoalkan tindakan Jabatan Imigresen yang menyerbu premis-premis menjual makanan yang mengupah pekerja asing tertentu tetapi tidak peduli dengan premis lain yang turut melakukan perbuatan serupa.

EAIC yang antara lain tugasnya ialah memantau aduan terhadap pegawai-pegawai agensi penguatkuasaan kerajaan, kini menunggu penjelasan daripada Ketua Pengarah jabatan tersebut, Sakib Kusmi tentang serbuan berpilih yang diamalkan oleh Jabatan Imigresen.

Pengerusi EAIC, Yaakob Md Sam berkata, "Kami dapati pegawai-pegawai imigresen telah menyerbu sesetengah restoran tetapi tidak melakukan tindakan yang sama pada premis yang lain walaupun premis-premis tersebut hanya berada di sebelah premis yang diserbu."

"Mengapa satu premis diserbu dan premis-premis yang lain dibiarkan?"

EAIC juga mendapat, banyak outlet pasar malam dijalankan oleh imigran haram.

"Mereka tidak mempunyai permit tetapi mereka masih boleh terus beroperasi dan menjalankan perniagaan. Masalah ini telah menjadi besar berdasarkan aduan daripada orang awam. Mereka melihat perlaksanaan berpilih diamalkan oleh Imigresen."

Yaakob turut mempersoalkan tentang pegawai-pegawai imigresen yang didakwa bekerja dengan portal perkhidmatan elektronik, MyEg.

MyEg merupakan pembekal perkhidmatan elektronik yang menyediakan dan memudahkan perkhimatan kerajaan kepada rakyat (G2C) seperti memperbaharui cukai jalan dan membayar saman polis. Ia juga turut menyediakan khidmat untuk Jabatan Insolvensi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat-syarikat utiliti yang lain.

"Saya yang telah menugaskan mereka di situ? Siapakah yang membayar gaji mereka? Apa yang mereka buat di sana? Kepada siapa mereka membuat laporan?" (RUJUK SINI)

Sememangnya banyak persoalan yang boleh ditimbulkan tetapi tidak akan dijawab serta-merta oleh Imigresen melainkan terus bermain dengan retorik sepertimana dalam kes pekerja dan pendatang asing yang bekerja dan berniaga di pasar-pasar basah di seluruh negara.

Chow Kit seumpamanya merupakan contoh terbaik bagaimana Jabatan Imigresen terlalu lemah dalam menguatkuasakan undang-undang terutama pada waktu malam apabila kawasan yang dikenali sebagai pasar, dikuasai sepenuhnya oleh warga asing yang memberi alasan, mereka hanyalah pekerja walaupun sebenarnya mereka adalah penyewa permit dan lesen milik warga tempatan.



1 comment:

Anonymous said...

goyang kaki makan kamsen bukanlah budaya baru tetapi dah lama dah. ia bermula rancak di era DEBt yang diwar warkan sekian sekian untuk putra tapi satu donia tahu ianya tidak sampai. buktinya jelas setelah 2 dekad berjalan hanya satu atau dua putra yang masuk buku Forbes yang lain-lain masuk buku 555. itupun masih megah dan mendabik dada, kamek BOLEH! kata dema. hik hik

 
Blogger Templates