DAP, konco-konco Mahathir dan PKR secara buta perut dan bongok segera menempelak Haron Din kononnya Mursyidul Am PAS itu bersikap makan dedak kerana tidak berani mengutarakan perkara yang sama kepada Najib Abdul Razak yang dikatakan pencuri, perasuah, penyeleweng dan penzalim walaupun tiada sebarang bukti yang dapat ditampilkan untuk mengheret Najib ke muka pengadilan.
Semuanya sekadar hear-say. Semuanya sekadar teka-teka dan percaya dengan tohmahan berunsur fitnah demi kepentingan kroni.
Dan kerana itulah, PAS menegaskan, mereka tidak akan mendesak Najib untuk bercuti memandangkan kes yang membabitkan Najib sangat berbeza berbanding Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Mursyidul Am Haron Din yang mendesak dan menasihatkan Lim Guan Eng agar bercuti memandangkan kes jenayah rasuahnya telah dibawa ke mahkamah.
Menurut Tuan Ibrahim, dia telah membaca kenyataan Haron Din di dalam media. Menurutnya, kes Lim benar-benar berbeza daripada kes Najib. Kes membabitkan Lim Guan Eng akan dibicarakan manakala kes Najib pula lebih banyak kepada bayangan khayalan.
Tuan Ibrahim turut memberi komen berhubung kenyataan macai Mahathir yang tiba-tiba sahaja mampu menebus rumah dan status muflisnya secara misteri, Khairuddin Abu Hassan yang mempersoalkan 'nasihat' Haron kepada Lim Guan Eng.
Khairuddin turut mempertikaikan kegagalan Haron memberikan nasihat yang sama kepada Perdana Menteri dalam kes RM2.6 bilion, derma politik yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib yang kemudian diperakui oleh Kerajaan Arab Saudi bahawa ianya adalah benar-benar derma, bukannya wang seleweng 1MDB seperti yang mahu dipercayai oleh kelompok ProTun.
Lim Guan Eng didakwa menyalahgunakan kuasa dan rasuah bagi kepentingan dirinya dan isterinya, Betty Chew. Difahamkan juga, kerja-kerja menekan dan memberikan tekanan kepada saksi-saksi sedang giat dijalankan.
Salah satu dakwaan adalah membabitkan penukaran status tanah pertanian kepada tanah kediaman manakala satu lagi dakwaan adalah pembelian banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta, berbanding harga sebenar RM4.7 juta.
Rakan sekongkol Lim Guan Eng, Phang Li Koon dan syarikatnya turut diseret sama. Phang Li Koon dalam Akuan Bersumpahnya menyatakan dia dan syarikatnya tidak mempunyai sebarang kaitan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sedangkan bukti-bukti yang ditampilkan pula berbeza sama sekali. Malahan teras utama perniagaan Phang Li Koon adalah kontrak dan tender Kerajaan Negeri.
Rakan sekongkol Lim Guan Eng, Phang Li Koon dan syarikatnya turut diseret sama. Phang Li Koon dalam Akuan Bersumpahnya menyatakan dia dan syarikatnya tidak mempunyai sebarang kaitan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sedangkan bukti-bukti yang ditampilkan pula berbeza sama sekali. Malahan teras utama perniagaan Phang Li Koon adalah kontrak dan tender Kerajaan Negeri.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian PAS, Dr. Zuhdi Marzuki berkata, kenyataan Haron langsung tidak berat sebelah sebagaimana yang didakwa.
"Sekiranya Najib didakwa di mahkamah seperti Lim, dia juga perlu melepaskan jawatan atau bercuti sepanjang perbicaraan itu," katanya.
13 comments:
kadang-kadang terasa lucu pulak bila membaca komen-komen melenting dari pihak sebelah sana dan pihak pro mantan bila penulis "cuit " sedikit hal ehwal mantan-mantan tu semua.
apapun tahniah kepada penulis dan teruskan bongkar "apa yg patut".
Oit flyingkick..sapa kuncu mahathir yg belasah tg haron din sebab x bagi lim guan eng cuti?
Penghujung ramadhan pun kau nak buat fitnah..
ANJ: Aku nampak Jeep curi lembu. Betul Pak Din aku nampak.
Pak Din: Ko ada ambil gambar ke, bak mai tengok.
ANJ: Tak ada Pak Din tapi yang betul betul nampak adalah WSSJ dan Lawak Report.
Pak Din: Maknanya bukanlah kamu yang nampak. Kalau bukan kamu yang nampak itu bermakna cakap kamu tak laku ler.
ANJ: Tapi kes Goon End juga tak ada orang nampak dia curi kambing tapi kenapa pulak boleh sangkut Pak Din?
Pak Din: Kamu sorang saja tak nampak kejadian itu tapi luar sana ada 99 pasang mata yang nampak.
ANC: Saya tak tahu pun, siapa dia?
Pak Din: Macam mana ko nak nampak kalau ko asyik tumpu pada lembu yang tidak ujud walhal yang hilang adalah kambing.
ANJ: Ish, ish cam mana saya tak boleh hidu benda ni, hidung saya resdung agaknya.
Pak Din: Ko dah mandi belum? Kalau belum usah jadi macam kambing yang hilang tu, bau kambing itulah yang membawa pembongkaran kes Goon End.
Orang ikhlas nasihatkan dia demi prinsip luhur, punahsihat dia pulak nasihatkan kita balik. Give up lah lagu tu...he he
Haron Din perlu dipertahankan.. si Khairudin ni... termakan banyak dedak terpaksa cakap semberono... Pas perlu bangkit sepenuhnya ..bukan sorang dua ajer..pertahankan Murshidul Am nya..Skrg dah kurang Anwarinas dalam leadersip Pas...tapi kenape masih lesu... Apa pengaruh Syiah masih menebal ke..awas dgn taqiyyqh mereka..
Klu najib tk salah utk terima derma berbilion rm, tkkn org lain tk blh terima 'derma' atau sumbangan dari seseorg demi nk menebus rumah dan status...asalkn tk suka najib maka lu amat hrpkn lbh ramai yg muflis ke...alahai bhai, cari lh cara lain demi presiden tercinta...Lps ni mana2 penjawat awam yg didapati ada kemasukkn wang secara curiga maka tk perlu risau lg sbb dh blh guna alasan sumbangan dan derma peribadi..tk gitu bhai???kahkahkah 'ayam ayam yg tk kisah sapa tuannya asalkan ada hasil@dedak...'
Khairuddin barua Tun M, cuba menyelamatkan diri dg cara bersekonkol dg Tun M. Dari cara dia bercakap pun dah tahu dia ni jenis kurang ajar dan biadap.
ni dunia akhir zaman spt yg nabi bgi tau...ulamak dicerca yg jahil disanjung.
Kau tanyalah Ulamak hebat kau ni ...project developement dia kat KL tu dah masyuk belum. Taklah nak main bab agama kabar kat ulamak hebat kau tu. Puuiiii !!!!
saudara,
Memang kes LGE dan najis berbeza..Kes LGE melibatkan 2 3 juta je..tapi najib ribu juta...muhyiddin dipecat, digantung sebab cadangkan najib supaya berehat sementara kes 1MDB disiasat..cadangan yang sama..saudara..hidup didunia ni hanya sementara..boleh saya tahu kenapa tuan taksub sgt dengan najis? saya bukan pentaksub tun m dan org2 lain..saya taksub kepada kebenaran..sebagai ahli UMNO, saya mahu parti saya dihormati kerana ada intergriti. bukan menghalalkan benda yang salah...duit byk mana pun, hanya berguna di dunia tuan...katakan benar walau pun pahit...
Bonggok org2 yg belasah tu.. Jelas kes bbeza!
Dherme eh sorry! derma .Lagi penulis ni nak memperbodohkan rakyat .Dulu boleh kita respect sikit Kat Tuan Beraim ni berbanding Hadi.Tapi la ni telur Si Beraim pun dah hilang dek penangan dedak! I
Haron ada projek mega di KL. Akhirnya tewas gak dengan duit. Ulamak ular dalam semak. Ingatkan Najib pergi melawat masa sakit. Rupanya discuss term ...munafik !!!
Post a Comment