Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 11, 2016

PILIHANRAYA NEGERI PULAU PINANG AKAN DIADAKAN UNTUK SELAMATKAN KEDUDUKAN LIM GUAN ENG?



Sekalipun Anthony Loke cuba menafikan yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membubarkan DUN sekaligus memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri bagi menyelamatkan Lim Guan Eng daripada kes jenayah rasuah yang dihadapinya, bahkan beberapa kes lain yang sedang menantinya, namun maklumat tentang kelam-kabut DAP untuk menutup kelemahan mereka dengan membubarkan DUN, semakin banyak.

Para pemimpin DAP Pulau Pinang telah berbincang tentang kemungkinan mengadakan Pilihanraya Negeri bagi mengekang sentimen awam selepas Lim Guan Eng didakwa atas tuduhan melakukan rasuah dan penyelewengan kuasa, menurut sumber dalaman DAP. 

Sekalipun DAP dan para pemimpin DAP Negeri mengundi untuk mengekalkan jawatan Lim Guan Eng, DAP Pulau Pinang dan sekutu Pakatan Harapan pula percaya, pilihanraya negeri akan membuktikan sokongan kepada pakatan tersebut dan kepimpinan Lim Guan Eng.

"Kami membincangkan segala pilihan yang ada kerana dengan mengadakan pilihanraya negeri, kita boleh menentukan pilihan rakyat sekiranya mereka masih mahukan kerajaan negeri Pakatan Harapan berbanding percaya dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Ketua Menteri," kata seorang pemimpin DAP.

Menurutnya lagi, pilihanraya negeri akan menunjukkan sekiranya para pengundi di Pulau Pinang berdiri teguh menentang tuduhan-tuduhan ke atas Lim Guan Eng yang dikatakan oleh para pemimpin DAP, sebagai usaha Barisan Nasional untuk mencemarkan imej pentadbiran negeri. 

Apabila dihubungi, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri, Mohd Rashid Hasnon dan P.Ramasamy mengesahkan bahawa perkara itu dibincangkan tetapi tiada keputusan dibuat lagi.

Bagaimanapun, Ramasamu berkata, pilihanraya negeri tidak perlu diadakan sekiranya Perdana Menteri, Najib Abdul Razak memutuskan untuk mengadakan Pilihanraya Umum pada tahun hadapan. 

Pemimpin DAP Pulau Pinang itu merujuk kepada spekulasi bahawa Najub teruja dengan kemenangan terbaharu BN dalam PRN Sarawak dan dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, yang memungkinkan Parlimen dibubarkan sebelum penggal Parlimen berakhir pada pertengahan 2018. 

Lim Guan Eng didakwa menyalahgunakan kuasa dan rasuah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bulan lepas. Kedua-dua kesnya membabitkan kelulusan pengezonan semula oleh Magnificent Emblem untuk menukar tanah pertaniah kepada kediaman dan pembelian banglo bernilai RM2.8 juta daripada Phang Li Koon yang mana harga tersebut di bawah harga pasaran iaitu RM4.27 juta.

Jikalau didapati bersalah, Lim Guan Eng akan berhadapan dengan hukuman penjara tidak lebih dari 20 tahun dan didenda lima kali ganda daripada nilai rasuah atau RM10,000, yang mana lebih tinggi bagi tuduhan pertama dan dipenjarakan sehingga dua tahun, denda dan pensitaan hartanah jikalau didapati bersalah bagi tuduhan kedua.

5 comments:

Anonymous said...

Kat Kajang alasan bubar kerusi digunakan untuk ganti MB; tapi kat Pulau Mutiara bubar Dun untuk kekalkan KM? Fuh berbagai bagai.

Anonymous said...

Nak membazirkan duit rakyat demi untuk tokong. DAP menang sekali pun tak membuktikan Guan Eng tak bersalah. Hanya orang gila yang mahu menjual hartanya dibawah harga pasaran kepada Guan Eng. Cuba fikir dari segi logik sikit.

Anonymous said...

Budak NGO MyWatch tu dah tak ade kawan2 lagi dah... sbb mudah jer DAP PAS Pan dan PKR dah tak ngam lagi...malah PKR pun dan ada Team A & B... terkontang kanting telo berayun sorang2 tak ada kawan yg nak tolon dahhhh.... nnpk gaya ade lagi bakal ganh assmin yg senasib dan mati kering mereput sendiri lepas nih.... tunggu mak lampir pulak... chgu bard dah mula geli geli mak lampir supayadedah punca pendapatan mak lampir kaya raya ... mungkin ini masa yg sesuai utk mereka yg mereput sorang diri dengan ucapan PADAN MUKA ke 2 utk ko setannnn.... tapi kategori PADAN MUKA masih dimiliki LGExit...

Anonymous said...

Cubalah bubarkan kalau berani. Rasanya akan jadi sama seperti PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebab PAS akan bertanding di semua kerusi. Ini akan membolehkan BN menambah kerusi DUN yang dimenangi kerana undi pembangkang terbahagi dua. Adakah Guan Eng akan meletak jawatan sekiranya BN berjaya menambah bilangan kerusi? Sudah pasti tidak, Guan Eng akan mengunakan alasan yang sama iaitu rakyat dirasuah. Tak payahlah bazirkan duit puluhan juta untuk PRN yang tidak akan menyelesaikan apa2 masalah. Tokong kaya raya dengan duit rasuah, minta derma dekat rakyat, hebat betul wayang puak2 DAPigs ni.

Anonymous said...

Ni btl2 bodoh , samaada dun d bubarkn atau tdk lim guan eng ttp jg akn d bicarakn kerana yg d tuduh adalah individu bkn kerajaan negeri , dan klau ph mng sekalipn adakh rkyat masih mahu lim guan eng jd ketua mnteri ?

 
Blogger Templates