Mahathir ketika mengadu kepada media asing di Jakarta berkata, dia dan keluarganya telah ditekan oleh kerajaan hanya kerana dia menentang Najib Abdul Razak. Manakala kawan-kawannya pula telah diganggu oleh Kerajaan menerusi lawatan' daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Penentangan ke atas kerajaan tanpa melibatkan senjata, adalah perkara biasa. Yang berfikiran waras akan tahu bahawa tidak semua yang kerajaan lakukan adalah kebenaran mutlak yang tidak boleh dipersoalkan. Kritikan dan penentangan terhadap dasar-dasar dan polisi-polisi yang dirasakan tidak memberikan manfaat besar kepada rakyat sebaliknya hanya mendatangkan keuntungan kepada sebilangan orang seperti yang berlaku dalam projek penswastaan besar-besaran negara ini termasuklah pemberian dan pengeluaran lesen judi besar-besaran.
Namun menentang kerajaan hanya kerana mahu menyelamatkan kroni yang sudah kaya-raya hasil daripada perbendaharaan negara dan anak sambil menjemput kedatangan kuasa asing ke negara ini untuk campurtangan, adalah perbuatan yang jauh lebih terlaknat dan lebih memudaratkan.
Kenyanyukan dan pembohongannya semakin ketara kebelakangan ini. Mahathir mendabik dada kononnya dia tidak pernah menyaman sesiapa pun yang menentangnya, kononnya memberikan peluang terbesar dan kebebasan kepada individu-individu yang menentangnya selain angkuh menyatakan dia sekeluarga tidak menjalani kehidupan mewah walaupun hakikatnya amat berbeza sama sekali apabila anak-anaknya memperolehi pelbagai projek mewah daripada kerajaan hasil rundingan terus pada zaman pentadbiran Mahathir sendiri.
Tetapi sejarah tidak pernah menipu. Walaupun kononnya sebagai cara menyelamatkan negara daripada gangguan ke atas keharmonian dan tempoh aman, tetapi semua orang tahu bahawa Mahathir menggunakan undang-undang sedia ada untuk pengekalan kuasa dengan tidak membenarkan sebarang ancaman ke atas pentadbirannya sambil pada masa yang sama, masih cuba mengekalkan penentangan-penentangan yang boleh diatasinya dengan mudah.
Sebab itulah, pada zamannya, DAP dan Lim Kit Siang 'tidak sebijak' pada zaman Najib Abdul Razak!
Bagaimana Mahathir dengan sangat mudah melupakan tentang ramai anak-anak lelaki dan suami-suami orang yang dipenjarakannya atau disumbat ke Kem Kemunting dengan menggunakan pelbagai dakwaan jenayah hanya kerana dan semata-mata mereka menentangnya? Dan kesemua mereka tidak boleh langsung mencabar hukuman atau penahanan mereka berbanding pada zaman Najib.
Bagaimana Mahathir boleh lupa bagaimana rakyat dipaksa ikat perut dan kurang masa sanggang dengan gaji kecil demi membayar kroni-kroninya menerusi pelbagai projek penswastaan yang kini tidak ubah seperti tembok kota yang sangat ampuh untuk digubah atau dimansuhkan?
Maka tidak hairanlah mengapa Mahathir beriya-iya membuat pelbagai tuduhan membabitkan GST apabila dia mendakwa, kawan-kawannya diganggu dan ditekan dengan lawatan pegawai-pegawai LHDN.
Maka timbul pertanyaan, adakah selama ini kawan-kawan kesayangannya itu tidak pernah membayar sebarang cukai atau menipu sebarang cukai sehingga membuatkan dia terpaksa bersuara bagi keselesaan mereka untuk terus mengelak daripada pembayaran cukai?
Zaman dia mengganggu dan menekan ahli keluarga serta kawan-kawan orang lain, dia tak rasa bersalah. Sekarang, dia menyalak dan melalak dengan apa yang telah dikembalikan kepadanya?
Memang Mahathir telah nyanyuk!!!
11 comments:
Fitnah pulak orang tua ni. Sanggup halalkan cara demi boboi.
tik tok..tik..tok..bye2 PM....
Allah Akbar! Ya Allah berilah petunjuk kpd penulis artikel ini spy dia tidak lg menjadi pengkhianat kpd ugama,bangsa Dan negara. Sesungguhnya ya Allah engkaulah yg maha bijaksana dalam memberi pembalasan kpd pengkhianat seperti penulis blog ini. Amin ya Allah.
Ya Allah... rahmati lah penulis blog ini yang berupaya membandingkan kejahatan2 manusia yang pernah menggunakan kuasa kuasa mereka..
Semoga pihak yg bertentang ini kembali kpd haluan yg waras. Pihak yg menentang kerajaan, tentanglah dgn cara yg dianjurkan dlm perlembagaan dan tidak cuba menggunakan kuasa asing membantu menjatuhkan kerajaan sedia ada. Kerajaan sedia ada (sebut najib) pula wajib bersikap telus, tidak berpura2, malah berterus terang dengan jawapan kpd setiap persoalan yg ditimbulkan oleh pihak penentang. Jangan sembunyikan apa2 kerana lambat laun yg tersorok akan terpacul juga. Semoga malaysia terus aman dan ditadbir oleh rakyat malaysia sendiri tanpa campur tangan asing walau parti manapun yg diberi mandat memerintah.
Kepada penulis artikel ni, tak dapat den nak nolong. Pemikirannya dah tak dok jenis apa2 ubat dah yang sesuai.
betul tu....GST memang ada kebaikannye...yang tak pernah bayar tax dulu akan terperangkap lah....syabas Najib ..another brilliant move.
Tun M ...u are the biggest liar ever....sekrang jaja citer kena harras pulak.
yang u and the gang duk harrassed najib and family tu apa hal?
-logiknya…
kalau nk jatuhkan najib dan ada bukti yg sah..
tidakkah che det dan pembangkang or rafizi dah lama dedah bukti yg ada..
38 bulan kot.. nk tgu apa lagi utk dedah bukti tu???
Dan tak perlu guna proksi USA.. kat malaysia pun cukup..
Fikir2 kan la..
Dia belum kena troll.. zaman dia tader..
Sekali kena baru dia tau..
Dan rasanya tak sampai 5 tahun kot jadi PM
Tun M ni dengki sangat dengan Najib pasal tu lah sekarang meroyan.
marahkan najib tak buat jambatan bengkok.....padahal Tun sendiri pengecut nak buat...salahkan Najib pulak
marahkan Najib sebab boboi dia yag takde talent tu kena buang dari jadi MB Kedah....seriusly lah Mukhriz tu memang takde talent langsung....baik Marina tu lagi at least she got spirit..lembik jer Mukriz.
1MDB.....hmmm....kalau betul Najib tu salah dah lama kena dakwa....sampai sekarang takde...Tun merapu jer lebih banyak sangat tgk citer hollywood kut...tolong lebihkan pergi ceramah2 agama macam Najib ye.
zaman Tun xde sorang pun berani bersuara...senang...internet social media belum popular....Tun senang lenang memerintah tanpa gangguan....Zaman Najib cabaran berganda....and he is calm and in control and doing his best to do the right thing.
Tun...x pernah saya nampak Tun melawat mangsa banjir, mangsa gempa bumi...pesakit2 kronik...dll.....tapi Najib I see him everywhere ....That to me shows he care about the rakyat...Tun hanya nak kisah kalau international macam Gaza and Palestine..Iraq ..tu saja..kuat bergaduh dengan pemimpin negara lain pulak tu.
pembinaan tol bermula zaman Tun...syarat2 perjanjian harga tol naik selepas Tun dah tak jadi PM....is this fair for the PM selepas Tun?
Rasuah dan kroni memang banyak zaman Tun....Tun buat tak tau jer....
Sudah lah tu Tun....campurtangan Tun hanya merosak kan negara dan rakyat...rakyat dah bosan dengan politiks dan nakkan kerajaan fokus untuk jaga kebajikan rakyat dan naikkan ekonomi...jangan ganggu lagi usaha itu.
Kalau tak suka diam and doa saja supaya negara aman dan maju....takperlu bising kat negara luar....
Lahhh bhai...dh tahu tun nyanyuk yg lu layan buat apa. .pelik gak aku smbang kencang yg situa nyanyuk ni tk mmpu pun gugat umno apatah lg pemimpin teragung lg suci bani melayu kafilah najib tp hari2 para pembodek najib mngutuk org tua yg dh nyanyuk ni...tkkn lu org pun nk nyanyuk sama..
bknkh ramai lg musuh umno sejak azali yg tk nyanyuk lg yg blh dijdkn bahan...kah kah kah bahagia dn aman presiden pas bila brsikap brkecuali dlm isu 1mdb (tkkn mkn dedak juga) mat syabu,wan azizah dan kit siang...nama sicelaka lim kit siang hnya disentuh bila libatkn tun je..
Post a Comment