Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 11, 2016

SYARIKAT AIR DARUL AMAN (SADA) DAH TERLALU LAMA BERLEMAK KERANA TERLALU RAMAI PENGKHIANAT DI DALAMNYA!!!



Masalah bekalan air di Kedah, bukan masalah baru. Malah semenjak SADA ditubuhkan pada tahun 2010 dengan pengurusan dan pentadbirannya diketuai oleh puak yang hanya pandai berceramah, tetapi tidak pandai bekerja, masalah tersebut semakin memuncak di seluruh Kedah. Keperluan air itulah yang menyebabkan Kulim Hi-Tech yang pernah menjadi tumpuan pelabur dan menarik kehadiran tenaga kerja tempatan dari utara Perak dan timur Seberang Perai, selain kawasan-kawasan lain di Kedah, termasuk Baling dan Sungai Petani, mulai ditinggalkan satu persatu oleh pelabur.

Kini Kulim Hi-Tech, walaupun masih ada kilang-kilang yang beroperasi, jumlahnya sudah tidak banyak dan tidak semeriah sebelum tahun 2008 iaitu sebelum Kedah diambilalih oleh PAS.

Puak yang menguasai SADA pada tahun 2010 menyatakan mereka telah membina loji-loji baru, menggantikan paip-paip usang, menaikkan kapasiti loji dan menyenaraikan paip-paip yang tidak pernah berganti untuk program penggantian.

'Mas kahwinnya' adalah geran daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM300 juta.

Namun sehingga tahun 2013, masalah itu tidak selesai. Apabila UMNO-BN berjaya mengambilalih Kedah dengan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah sehingga Februari 2016, masalah bekalan air di seluruh Kedah tidak pernah menjadi keutamaan pentadbirannya.

SADA terus berlemak.

Apabila Mukhriz Mahathir diminta meletak jawatan kerana ADUN-ADUN dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sudah tidak menaruh keyakinan dan kepercayaan kepadanya, Ahmad Bashah Abu Hanipah mengambilalih jawatan tersebut.

6 bulan sebagai Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah berhadapan dengan tugas yang sangat getir membabitkan bekalan air ke seluruh Kedah. Ditambah pula dengan LEMAK YANG SUDAH SANGAT MENEBAL dalam SADA, menyebabkan kemarahan yang diluahkannya seminggu lalu apabila pengurusan SADA bersikap sambil lewa dalam menyediakan kemudahan bekalan air, termasuklah gagal menjawab panggilan daripada pengadu.

"Pastikan kalau aduan.. Pusat Aduan (SADA).. mesti dijawab.. ni 10 kali telefon tak angkat.. Pusat Aduan apa macam tu?. Pastikan mesti dilayan aduan tu.. lepas tu tindakan segera.. saya dah mengarahkan semalam dalam mesyuarat Exco (Kerajaan Negeri Kedah), saya tahu memang ada rungutan di banyak tempat..."

Pada 4 Julai lalu, dalam kenyataannya, Ahmad Bashah turut menegur SADA yang bukan sahaja tidak melayan aduan pengguna, malahan gagal mengambil langkah-langkah pro-aktif untuk menyelesaikan masalah kenaikan mendadak penggunaan air di seluruh Kedah.

Arahannya kepada SADA ialah segera menjalankan kajian berhubung kadar penggunaan air semasa musim perayaan. SADA juga perlu menambah jumlah kontraktor bagi memudahkan penghantaran bekalan air di kawasan yang sering terjejas ekoran tekanan air rendah. Namun SADA perlu memastikan bahawa kontraktor yang dilantik, boleh dan akan menjalankan tugas, bukannya jenis goyang kaki sehingga menyusahkan rakyat sepertimana yang berlaku ketika SADA ditubuhkan apabila berbondong-bondong puak yang tidak tahu bekerja dan tidak tahu apa-apa tentang industri air, dibawa masuk untuk makan gaji buta.

Selain itu, Kerajaan Negeri Kedah juga telah meminta SADA menambah untuk menambah dan melantik sebanyak mungkin kontraktor bagi mengangkut dan menjalankan penghantaran bekalan air bagi tujuan jangka pendek.

Arahan itu juga telah dibuat pada 25 Mac 2016!!!

Nampaknya arahan dan saranannya pada 25 Mac dan 4 Julai, langsung tidak dihiraukan oleh SADA sehinggalah pada sambutan Aidil Fitri berlangsung dan telah pun masuk ke minggu kedua. Pada masa yang sama, oportunis yang turut terlibat dalam kegagalan menyediakan bekalan air mencukupi ketika zaman PAS dan Mukhriz, cuba muncul berlagak sebagai hero rakyat dengan mempolitikkan isu ini.

Tugas besar yang menanti tindakan Ahmad Bashah ialah mereformasikan SADA secara tegas bagi mengurangkan sabotaj dan makan gaji buta. SADA yang ditubuhkan pada zaman PAS sebagai Kerajaan Negeri Kedah, sudah terlalu banyak lemak.

Saranan atau usul kepada SADA, akan terus dipandang sepi kerana inilah buah politik yang teramat ampuh untuk membolehkan kaum oportunis untuk menyalahkan Ahmad Bashah yang baru 6 bulan mengambilalih jawatan Menteri Besar dan UMNO-BN secara keseluruhannya.

Kalau sistem paip usang di seluruh Kedah perlu diganti, pekerja-pekerja usang dalam SADA juga perlu dibuang dan digantikan dengan mereka yang benar-benar faham tentang industri air dan boleh bekerja, bukannya hanya pandai makan gaji buta dan kemudian melalak meminta bonus sepertimana yang mereka nikmati pada zaman pentadbiran Allahyarham Ustaz Azizan walaupun pada masa yang sama, rungutan orang ramai tentang mutu perkhidmatan air bersih yang teruk, kuat kedengaran.

1 comment:

Anonymous said...

buat ajelah kerja md bashah oooiii
kan ke dah pegang kuasa
kita tgk raya tahun depan keadaan mcm mana

 
Blogger Templates