Pelbagai reaksi yang diberikan berhubung penubuhan parti baru ini yang menjadikan Bumiputera sebagai sasaran utamanya. Ada yang mencemuh, ada yang mengejek, ada yang kata parti ini tidak akan berhayat panjang, malah tidak kurang juga yang menyokong dengan pendapatnya 'KAMI SUDAH TIDAK MENOLEH KE BELAKANG LAGI', walaupun hakikatnya BERSATU hanyalah sebuah parti yang dicipta untuk meletakkan legasi seorang individu sebagai puncak pemujaan terutama sekali dalam menyediakan si anak yang tidak mempunyai kebolehan mahupun ketahanan mahupun berfikiran strategik untuk menjadi pemimpin besar.
Hakikatnya, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti politik seandainya mempunyai cukup-cukup syarat. Selain parti-parti politik yang diketahui, terdapat banyak lagi parti-parti politik yang wujudnya hanya di atas kertas tetapi tidak terlibat dalam pilihanraya mahupun terpaksa beralih ke dalam bentuk NGO.
Bagi para penyokong, serangan demi serangan yang dibuat ke atas parti yang baru beberapa hari didaftarkan dan masih menunggu kelulusan ROS, tidak adil dan dirasakan melampau. Ada yang mengejek kononnya, BERSATU tidak kuat, maka tidak perlulah dipedulikan atau diperkatakan.
Namun sesuatu yang mereka tidak sedar selama ini ialah, serangan seperti itu adalah sesuatu yang lumrah dalam politik. Apabila Parti Negara ditubuhkan dan berpecah dari UMNO, serangan dibuat ke atas Parti Negara. Apabila PAS berpecah dari UMNO, PAS juga menjadi sasaran serangan sehinggalah kini. Semangat 46 dan PKR juga dilihat dan dianggap sebagai musuh utama sekalipun musuh sebenar yang dikongsi adalah DAP.
Sebenarnya jauh lebih baik berjuang di dalam sebuah entiti yang berasingan berbanding menjadi musuh dalam selimut seperti yang dilakukan sebelum ini. Apatah lagi sekiranya perjuangan itu adalah berdasarkan kepada kepentingan yang terjejas dan keperluan membalas budi orang yang telah telah menyelamatkan air muka selama ini.
Keputusan pilihanraya nanti adalah penanda aras kepada perjuangan yang diretorikkan sama ada ianya benar-benar dipercayai atau sebenarnya rakyat Malaysia hanya 'main-main'. Apatah lagi, tidak boleh ditolak juga tentang pengaruh daripada bekas-bekas pemimpin UMNO yang kini berada dalam BERSATU yang sedikit sebanyak akan mencorakkan PRU-14 walaupun mungkin tidak sehebat Semangat 46 dan PKR mahupun Parti Negara pimpinan Allahyarham Datuk Onn.
Bancian seperti yang dijalankan oleh Sinar Harian sebenarnya tidak banyak membantu memandangkan jumlah bancian tidak mewakili 1 peratus pun daripada keseluruhan pengundi. Apatah lagi telah dibuktikan bahawa hebat di media sosial, tidak bermakna hebat juga di atas kertas realiti.
Dan di sebalik keterujaan kononnya parti baru sedang mendapat sokongan yang amat menggalakkan, jangan pula dilupakan bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia dan pengundi pula semakin bosan dan jelak dengan permainan politik yang tidak berkesudahan kerana semuanya sekadar berpusat kepada kuasa dan penurunan kuasa.
Mujurlah tidak ada bancian untuk menentukan angka peratusan golongan yang semakin jelak dengan iklim politik di negara ini.
2 comments:
x kisahlah cap apa pun..yg penting umno mampos bersama panglima bugis..
admin dah senak perut ke. oeg rileks je admin pula ygmeroyan..kihkihkih
kita pakat2 tengok ramai2 unmo dan tok najib yang mampus atau perti madey yang yang masok liang lahad dulu.
Post a Comment