Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, August 12, 2016

HIDUP HANG SENDIRI PUN PAK HANG YANG ATUR, KEKAYAAN HANG PUN PAK HANG YANG ANUGERAH, ADA HATI NAK SEMBANG DERAS KA, MUKHRIZ!!!



Kalau tengok mukanya, tengok geraknya, tengok kelakunya - selain daripada sikapnya yang suka melihat orang lain sebagai tidak berharga - sudah pastilah ramai yang akan terpedaya. Terutama cakapnya yang lemah lembut dan seperti mendengar, tetapi sebenarnya lebih baik bercakap dengan dinding berbanding bercakap dengannya.

Belum pun lama lagi berita tentang kekayaannya yang luar biasa diumumkan oleh Bursa Saham Malaysia walaupun hakikat yang diketahui ialah datuk dari sebelah bapanya, tidak meninggalkan harta warisan yang bernilai berjuta-juta kerana hanya menjadi guru besar, Mukhriz bercakap tentang 'RASUAH DAN KETIRISAN NAJIB'. Mukhriz juga tidak mampu bercerita tentang datuk sebelah ibunya juga tidak meninggalkan banyak harta atau wang tunai yang membolehkan dia adik beradik hidup bermewah-mewah tetapi mereka adik beradik terkenal dengan perolehan ratusan juta ringgit setahun kalau tidak pun berbilion.

Kemewahan mereka adik beradik adalah pada ketika bapanya di puncak kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Dan teras perniagaan mereka hanyalah dengan projek-projek kerajaan.


Justeru, bagaimana agaknya syarikat-syarikatnya boleh menjadi terlalu berjaya dan dia sendiri terlalu kaya berbanding generasinya yang tidak berbapakan seorang Perdana Menteri 22 tahun? Adakah kerana mereka adik beradik telah menemui batil emas di mulut pelangi?

Mukhriz Mahathir hendak bercakap kononnya rakyat akan tanggung hutang-hutang yang dibuat oleh Najib?

Bagaimana dengan hutang Kerajaan Malaysia kepada syarikat-syarikat konsesi serta 9 orang taukeh Cina yang mengumpul kekayaan luar biasa besarnya sewaktu bapanya menjadi Perdana Menteri Malaysia? Bagaimana rakyat yang terpaksa membayar pelbagai kenaikan harga menerusi tekanan yang dibuat oleh kartel-kartel milik 9 orang taukeh-taukeh tersebut termasuklah kenaikan harga barang makanan secara mendadak?

Bagaimana pula dengan pegawai-pegawainya boleh menjadi kaya-raya walaupun dia hanya menjadi Menteri Besar Kedah selama 3 tahun walaupun tidak ada apa-apa yang dilakukan di Kedah selain daripada berlakon, pengantin dan menggayakan fesyen jubah dan kepiah putih yang sekarang ini sudah tidak wujud lagi pada dirinya?

Mukhriz hendak bercakap tentang rasuah?


Sepatutnya juga Mukhriz mewakili bapanya mendedahkan bagaimana keluarganya boleh menjadi kaya raya dan bagaimana mereka memperolehi bantuan terus daripada kerajaan yang bapanya adalah Perdana Menteri selain berapa jumlah wang Petronas, KWSP, Tabung Haji, Bank Pembangunan dan sebagainya untuk Mukhriz adik-beradik sebagaimana yang dilakukan oleh bapanya untuk bail-out syarikat perkapalan adik lelakinya yang sudah bankrap menggunakan wang Petronas? Sepatutnya juga Mukhriz Mahathir menceritakan dan menjelaskan tentang tuduhan Barry Wain dalam bukunya yang menuduh Mahathir telah menyalahgunakan RM100 bilion wang rakyat Malaysia.

Apa hasil yang diperolehi kerajaan daripada semua bail-out serta pembiayaan kerajaan ke atas 9 orang taukeh-taukeh Cina dan India yang merupakan kroni tegar Mahathir?

Mukhriz hendak berlagak suci? Hendak berlagak baik?

Hentikanlah....Dia bukan sahaja seorang Menteri Besar Kedah yang paling tidak guna, tetapi juga merupakan anak Mahathir yang paling cikai. Kalau bapanya tidak bantu dengan kontrak lumayan GLC, harus sekarang ini dia mungkin seorang peniup seruling dengan Kombo RTM. Kenapa tak bercakap, apa telah jadi dengan MBInc. Kedah? Mukhriz tahu atau tidak tentang hal tersebut?

Berhentilah bercakap tentang rasuah dan salahguna kuasa orang lain kerana berbanding Najib dengan 1MDBnya,  Mahathir lebih banyak dikaitkan dengan skandal kewangan negara semenjak awal dia mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Allahyarham Tun Hussein Onn.


20 comments:

Anonymous said...

hahaha kombo rtm tuh😜ingatkan pencacai angkat ta alif ya kap

Anonymous said...

Wow.. best nye ada parti baru.. BERSATU

sebelum ni.. dh byk kali igt kan pemimpin umno akan kesilapan dan kekurangan mereka.. namun, kebanyakkan luahan hati rakyat seperti tdk diendahkan..

Malah, byk pulak pemimpin dipecat.. tp sebelum ni atas sebab tiada parti yg sesuai utk diundi.. maka, undi jugak la umno@bn dlm pru lepas..

Tp kali ni.. dgn tertubuhnya parti baru.. BERSATU (arap diluluskan oleh ROS).. maka, selamat tgl la kpd umno@bn..

Tuan blogger nk tulis apa tulis la.. dulu kami @ rakyat biasa penyokong umno@bn tiada pilihan lain.. tpksa jg undi umno@bn.. tp kini, BERSATU pilihan di hati..!!!

Tuan blogger.. nak ckp apa.. nk tulis apa.. nak kutuk apa.. kutuk la..

Tetapi BERSATU tetap dihati..!!!

Anonymous said...

ok mukriz dah hang tibai
now u cakap pasal najib
pasal ku nan
khairi

ok 3 dulu

Anonymous said...

Riuh ANC hanya satu lagu. Riuhnya reformasi di sokong oleh 6 kotak bahan bukti.

Anonymous said...

Cakap tak guna, mana tindakan Najib tangkap Mahathir Ali Baba ini.

Anonymous said...

Haramjadah punya botak.
Tak sedaq diri.
Keturunan mamak lanun.

Anonymous said...

...dah mula dah... dengan dua ekoq bawah insiders trading kat Malaysia, dan sekoq lagi wanted criminal kerana menipu di India, tu belum macai sekoq2 dalam gomen dan GLC kena kuis keluaq... orang makan dedak, dia hendak juga, tapi kahak, tu yang bebal bertingkat2 tu..

Anonymous said...

Blogger Goblog!!!

Cukop la si Lanun Bugis jahanamkan UMNO ni kau pon nan jahanamkan UMNO jugak ka!!!!???

Cukop2 la makan dedak tu dan berhentilah mementingkan diri sendiri !!!

Ingat Bangsa dan Negara!!

Anonymous said...

hahaha..admin ni dah meroyan teruk ni..jilatlah lendir najib sblm kering..takut ke dgn parti bersatu?
jom kita pakat sokong bersatu..kita buat pembaharuan

Anonymous said...

Dia cuma nak ambil alih peranan umno. Bukannya nak lakukan yang lebih baik.
Kalau macam tu sama je.Rasuah dan kroni tetap berleluasa.

Anonymous said...

Sekurang2nya ada jugak satu lagi parti menambah bilangan untuk menyapu si Kanun Bugis Nyut Nyut!!!!

Anonymous said...

Tak perlu tangkap..buang masa Polis sahaja..dia akan terlungkup sendiri

Anonymous said...

PM najib orang nya penyabar dan berjiwa pemaaf...sbb tu Tun Mahadey dok maki dok fitnah... PM Najib boleh selamba jer...ziarah. MAHADEY kat Ijn...tapi dasar orang tua tak sedar diri dalam dok sakit tu boleh ajak berdebat....aduh...ingatkan ajak pg buat haji ke...buat kenduri doa selamat ke...ni tak...ingat nak berkuasa jer....itulah.. Di usia dah maghrib tu.cukup2lah politik...

dina said...

tu lah dari dulu saya tengok mukriz ni macam takde action.
nampak baik lah....tapi lembik sangat sampaikan semua hal kehidupan dia bapak dia yang kena push atau guna nama. tak pernah lah bagi apa2 statement yang bijak. macam khairy..paklah dah lama resign dan low profile but kj manage to build a name for himself on his own. kj does things that other vips dont do......he models cat walk....do push ups on air....marathon...debates....interact positively with young and old....oppositions, ngos and royalties.
mukriz?.... like mentioned in the article ...act mcm pengantin jer.......:)

Anonymous said...

Berambus la kau sorang2...kahkahkah

Anonymous said...

Kau nak berambus pergi la berambus sorang2..bahalul

Anonymous said...

seronok kan...bila ada tukang jilat bontot. apa lagi bila peler selalu kena jilat. terasa nyut nyut siboboi ni. lahir pun atas sudu emas. sembang tak mau kalah. agak2nya kalau bapak aku pm pun...macam tu kot. masyuuukkkk....

Anonymous said...

sebab bapak aku bukan pm... aku nak belikan cucu bot remote control pun tak bolih.
siboboi selamba jer bolih belikan anak kapal layar untuk anak. nasib la kau anak bekas pm. hu hu hu....

Anonymous said...

Baru pecat anak dia dari jadi MB macai pemakan dedak dah riuh macam cicak senak perut. Itu belum tangkap Madey mau cicak pecah perut.

Dulu bolehlah 22 tahun berkuasa bila rakyat bersuara sahaja masuk sangkar ISA. Apa dia buat pemakan dedak main angguk sahaja, sekarang bila dah senak perut berkokok hingga keluar taik kapur padan muka. Najib tak perlu risau, jika perlu buat macam Madey buat kepada penentang dia dulu kami tetap sokong sepenuhnya.

Mereka2 ini dah senang hingga 7 keturunan makan duit rakyat pun tak habis.

Anonymous said...

doa org2 yg penah madey zalimi dah mula berlaku satu persatu... family ini akan jd cth kpd umat bagaimana org yg zalim menerima pembalasannya.. smpi skrg bumi masih tak nak terima..

 
Blogger Templates