Lim Siew Khim, ADUN DAP Sungai Pinang pula dikaitkan dengan amalan rasuah menerusi bapanya yang bertindak sebagai orang tengah yang mengutip wang daripada orang miskin kononnya bagi memudahkan mereka memperolehi rumah murah.
ADUN Sungai Pinang itu bagaimanapun menafikan pembabitannya, malah menegaskan bahawa bapanya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi Kerajaan Negeri.
Lim Siew Khim dalam sidang medianya, menjaja air mata bagi mendapatkan simpati bersama-sama ibunya. Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang bapanya, Keat Seong mengutip rasuah daripada pembeli berpotensi.
Pastinya perhatian terhadap gejala rasuah yang didedahkan oleh Netizen ini akan segera diperlekehkan oleh para penyokong DAP, kononnya rasuah yang melibatkan bapa Lim Siew Khim itu tidaklah setara mana berbanding isu yang telah DAP panaskan terlebih dahulu, iaitu 1MDB dan RM2.6 bilion walaupun DAP dengan bantuan Cap Bunga masih tidak dapat menampilkan bukti tetapi disebabkan sensasi yang telah diterapkan lebih awal, maka ia dianggap sebagai penghapus dosa-dosa dan salahlaku DAP yang terdedah.
Bijak, tak?

Paling menarik ialah apabila Siew Khim mendakwa, dia hanya mengetahui kewujudan klip video tersebut apabila klip video tersebut viral di media sosial. Lebih menarik lagi ialah apabila dia 'tidak pasti' 100 peratus apa perbincangan yang sedang berlaku dalam klip video tersebut membabitkan bapanya.
Yang terlibat adalah bapanya sendiri, yang dikaitkan adalah nama dan kedudukannya sebagai Wakil Rakyat DAP, yang menjadi umpan adalah perumahan kos rendah yang kononnya bakal dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng.
Namun dalam reaksinya, sama seperti para pemimpin DAP yang terkantoi, GERAKAN dipersalahkan bagi melindungi perbuatan rasuah tersebut.
ADUN Seri Delima, RSN Rayer yang juga merupakan peguam Siew Khim mengancam untuk menyaman GERAKAN sekiranya parti tersebut meneruskan tuduhan rasuah yang mencemarkan nama Siew Khim.
Menurutnya, 'serangan' GERAKAN itu tidak berasas dan tidak munasabah.
Bagaimanapun, Ketua Jawatankuasa Anti Rasuah dan Tanah GERAKAN, Hng Khoon Leong tidak mempedulikan ancaman Rayer sebaliknya mengatakan itu adalah SOP DAP untuk melindungi salahlaku yang sedang berlaku dan berleluasa dalam parti yang mengetuai Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ancaman untuk menyaman adalah SOP DAP untuk menghentikan sebarang pendedahan yang akan menjejaskan parti itu. Para pemimpin DAP seharusnya berasa malu dengan diri mereka sendiri kerana terpaksa menggunakan kaedah sebegitu sedangkan mereka juga yang berlagak seolah-olah mereka sangat bencikan rasuah, kata pemimpin GERAKAN itu.
Semenjak semalam, klip video berdurasi lima minit menjadi viral di media sosial, mempaparkan Keat Seong, 68, sedang berurusan dengan beberapa orang mangsa yang cuba ditipu dalam usaha mendapatkan rumah kos rendah di Pulau Pinang.
Lim Siew Khim, ADUN DAP Sungai Pinang
Dalam video klip tersebut, beberapa orang mangsa telah menuntut wang yang telah mereka bayar daripada Keat Seong selepas bapa Siew Khim gagal mengotakan janjikan untuk mendapatkan rumah untuk mereka.
Para 'pelanggan' Keat Seong diberitahu, mereka perlu membayar RM260 bagi borang yang menjamin pemerolehan unit mampu milik dan kos rendah. Sepatutnya, sebaik-baik sahaja wang tersebut dibayar, unit yang dijanjikan perlu terjamin untuk mereka.
Kegagalan Keat Seong yang dipanggil 'Uncle Lim', membuatkan dia diserbu dan berpeluh-peluh untuk menjawab desakan para 'pelanggannya'.
Pastinya perhatian terhadap gejala rasuah yang didedahkan oleh Netizen ini akan segera diperlekehkan oleh para penyokong DAP, kononnya rasuah yang melibatkan bapa Lim Siew Khim itu tidaklah setara mana berbanding isu yang telah DAP panaskan terlebih dahulu, iaitu 1MDB dan RM2.6 bilion walaupun DAP dengan bantuan Cap Bunga masih tidak dapat menampilkan bukti tetapi disebabkan sensasi yang telah diterapkan lebih awal, maka ia dianggap sebagai penghapus dosa-dosa dan salahlaku DAP yang terdedah.
Bijak, tak?
6 comments:
Rasuah walau siapa pun yg melakukannya adalah salah disisi undang2 dan juga agama.
Btul tu August 30, 2016 at 1:01 AM....ni sembang cam peguam negara tapi rasuah billion2 tu dok sorok bawah kapet...puihhhh la woiii...ludah muka sendiri.....
btul tu August 30, 2016 at 1:01 AM....harap jgn lak projibo lupakan rasuah billion2 tu yea...hahahahha...ngata orang tapi sendiri duk spin rasuah najib....gi luar umah ludah ke langit yea....
MANUSIA YG BERTUHANKAN WANG MANA ADA UNDANG2 DAN AGAMA, CARA MEREKA SEMUA HALAL..
ini bukan rasuah, bagi orang cina ini cari makan nama nye..........
Zaman tun hingga kini isu rasuah tak habis2. Yg cakap org tu rasuah org ni rasuah pun turut rasuah sama...adoii...terukla ini mcm.
Post a Comment