Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 10, 2016

LAGI CERITA TENTANG PARTI BARU MAHATHIR-MUHYIDDIN DENGAN PELBAGAI TEORI MENARIK!!!



Selepas Muhyiddin mendaftarkan parti PRIBUMI atau BERSATU milik Mahathir semalam, terdapat banyak perbincangan menerusi Facebook mahupun menerusi grup-grup WhatsApp. Sesetengahnya memang sangat panas. 

Ini termasuklah: 

- Logo diciplak daripada Bendera Hong Kong. 

- Bunga di dalam logo tersebut diciplak daripada logo Malaysia Gay and Lesbian Club (MGLC) sekaligus mendorong spekulasi siapakah di kalangan 7 orang anggota pengasas yang telah merekabentuk logo tersebut di mana majoriti rasa syak jatuh kepada anggota paling muda dalam jawatankuasa pertama itu. 

- Sin Chew pula melabelkan parti baru itu sebagai 'Parti Rasis Mahathir'. 

- Sesetengah orang ketawa kerana Mahathir gagal mengawal UMNO sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ke atas PKR. Muhyiddin pula tidak berkeupayaan menjadi Presiden dan Mukhriz gagal untuk dipilih sebagai Naib Presiden. Jadi, mereka memutuskan untuk mencipta parti sendiri bagi membolehkan Mahathir berkuasa dan mengawal sepenuhnya di mana Muhyiddin menjadi Presiden dan Mukhriz pula akan menjadi Naib Presiden. Masalah selesai!

- Dengan membenarkan bukan Bumiputera menyertai parti itu sebagai anggota bersekutu, ia merupakan ciplakan secara terus daripada PAS yang mempunyai 'Kelab Penyokong PAS'. Daripada reaksi yang ditunjukkan kebanyakan bukan Bumiputera marahkan Mahathir kerana melayan bukan Bumi sebagai warga kelas kedua di mana mereka hanya boleh menyertai tetapi tidak dibenarkan mengundi ataupun bertanding dalam pemilihan parti. Mereka hanya boleh jadi penonton. 

- Perkataan 'Pribumi' tidak wujud dalam kamus rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka, sekaligus menunjukkan ia bukanlah istilah terpakai dalam Bahasa Melayu. Sebaliknya perkataan 'Peribumi' wujud tetapi ia merupakan istilah dalam bahasa Melayu Indonesia. Sekaligus menyebabkan para netizen mempersoalkan mengapa pemilihan istilah Indonesia lebih digunapakai oleh sebuah parti yang ditubuhkan dan beroperasi di Malaysia. 

Namun terdapat dua isu besar yang tidak kurang menariknya: 

1) Syed Saddiq sentiasa mempromosikan dirinya sebagai seorang muda yang penuh idea dan bersikap multi-cultural tetapi berakhir sebagai salah seorang pengasas parti rasis pada abad ke-21. Parti itu langsung tidak sama seperti UMNO atau PBB memandangkan UMNO dan PBB tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya di negara ini sebaliknya, kedua-dua parti trsebut bertanding di bawah logo BN yang merupakan gabungan pelbagai parti, sekaligus berbeza sama sekali berbanding Pribumi atau nama lainnya, BERSATU.

Menyedihkan, parti tersebut dikatakan amat sesuai untuk golongan muda di Malaysia. 

2) Fakta yang diketahui tetapi tidak mengejutkan ialah, PRIBUMI didaftarkan selepas perbincangan dengan PKR, DAP dan BERSIH, sekaligus bermakna, PKR, DAP dan NGO-NGO tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dengan rasisme walaupun mereka kerapkali menuding jari ke arah UMNO, MCA, MIC dan PBB sebagai pengamal rasisme.

Ini juga bermakna, PKR, DAP dan sekongkolan mereka adalah hipokrit yang sebenarnya tidak peduli pun tentang rasisme bagi mencapai cita-cita mereka mengaut kuasa dan kekayaan. Tetapi demi menghalalkan sikap hipokrit mereka, tuduhan kerap dilemparkan kepada pihak lain walaupun sebenarnya merekalah pengamal tegarnya.

LIM SIAN SEE


9 comments:

Anonymous said...

Bukan saja di situ ada "doctor in the house" tapi di situ juga ada "Malay archaic dictionary in the house"! Boleh katakan macam macam ada.

Anonymous said...

apa2 pun yg admin pulak meroyan terlebih ni kenapa?..heeee

Anonymous said...

Berapa hari agaknya parti baru ni boleh hidup..

Anonymous said...

Parti ini akan hidup selagi Pengerusi nya hidup....lepas tu tak tahu lah macamana... mungkin akan die natural death.

Anonymous said...

Kenapalah ambik pot sgt ttg Parti Bersatu ni? Baru daftar je pun bukannya lulus sbg parti lagi. Berlebih2 sgt nak ulas proNajib dgn parti ni. Drpd logo, warna, rekaannya, hubungkait dgn logo lain pun nak ambil kira. Takkan ke mana parti ni. Kecoh sgt.. Kdg2 aku rasa blog2 proNajib ni sebenarnya perisik utk Tun Mahathir.Ulasan2 yg diberikan semuanya buat org ramai bertambah menyampah dgn Najib. Ko ni admin musuh dalam selimut Najib ke? Sama je dgn Snapshot, Cucu Tok Selampit & MyKMU..

kassim said...

InsyaAllah Parti Bersatu akan hidup LAMA menggantikan parti najib yang akan ke liang lahad. Amin.

kassim said...

1)Tan Sri Muhyiddin cuba nasihat. Jumpa face to face. najib marah. Pecat Muhyiddin dpd jawatan TPM.
2) Lepas tu digantung jawatan Timbalan Presiden.
3) Lepas tu pecat Muhyiddin dpd UMNO.
4) Cabar Muhyiddin suruh tubuh parti baru. Gelakkan Muhyiddin.
5) Muhyiddin dan rakan-rakan sambut cabaran dan tubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
6) Sekarang tuduh Muhyiddin pecahkan undi Melayu.
InsyaAllah PARTI NAJIB akan terkubur dan ditalkinkan pada PRU 14.
Ahli2 UMNO (dulu) TELAH/SEDANG DAN AKAN tinggalkan parti najib. Sila semak keahlian yang ada. Takde 3 juta lagi. Amin dan Shukur Alhamdullillah.

Jangan dilayan komen-komen pemakan dedak. Parti Najib dan penyokong-penyokongnya dah panik.
Parti Bersatu insyaAllah akan jadi yang terbaik menggantikan parti najib.

Anonymous said...

Parti bersatu adalah parti serpihan komunis dapigs. Yg ex pm sanggup lacurkan agama dan bangsa sbb memain peranan sebagai pm d blkg takbir bersama limkomunis.

Anonymous said...

Tak amiin...lepas ni cucuk mata tu dgn garpu nak akhiri cerita parti serpihan komunis...

 
Blogger Templates