Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 8, 2016

MAMPUKAH NAJIB MENGHALANG BUDIMAN MOHD ZOHDI, AHLI PARLIMEN SUNGAI BESAR DARIPADA DICANTAS OLEH PUAK UMNO SELANGOR PADA PRU AKAN DATANG?



Tontoni klip video di atas...

Memang sekali imbas, seolah-olah Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO mengiktiraf gerak kerja yang dilakukan oleh Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar.

Tetapi itu cerita dalam bentuk teori.

Secara realiti yang tersirat ialah, Najib sebenarnya cuba mengiktiraf Budiman Zohdi sebagai calon yang berwibawa yang boleh diketengahkan dalam PRU-14 nanti di Selangor. Sekaligus menyita peluang-peluang yang cuba dijolok oleh pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan kewujudan Budiman Zohdi yang meraih populariti di kalangan para pengundi menerusi sua muka dan ramah-tamahnya, selain kehadirannya di kawasan yang diwakilinya.

Selangor mempunyai banyak isu yang perlu diketengahkan. Namun nampaknya, modus operandi UMNO-BN Selangor, kekal di takuk lama walaupun sesekali Pengerusi Perhubungan Negeri berbunyi juga, tetapi gagal disambut dan digegakgempitakan oleh ADUN-ADUN apatah lagi Ketua-Ketua Bahagian di seluruh Selangor.

Mungkin kerana Hari Raya AidilFitri yang disambut terlalu panjang di Malaysia, membuatkan mereka kebanyakannya masih tersandar kekenyangan dan tidak mampu berfikir bagi memenangkan parti yang mereka wakili.

Apatah lagi, sudah menjadi trend, apabila sesuatu pilihanraya dimenangi, maka berkokok berderailah semua pakat mengaku, merekalah yang empunya kerja tetapi apabila dalam mengatur gerak kerja, mereka seperti kura-kura yang diketuk kepala, sentiasa bersembunyi di dalam cengkerang.

Tatkala parti-parti lain, khususnya DAP sedang giat memastikan para pengundi kekal memilih mereka, UMNO-BN pula kekal pula dengan sikap goyang kaki dan enggan bekerja keras walaupun sudah dua penggal mereka sekadar meneguk air liur kempunan dan kemudian memberi alasan, peruntukan tidak sebanyak sebelum Selangor berjaya dirampas oleh Pakatan.

Winnable Candidate dan Wannabe Candidate sekarang ini sedang berperang antara satu sama lain. Namun dalam apa keadaan sekalipun, yang pasti akan menonjol adalah Wannabe Candidate yang sudah tentu ada kabel, ada pengaruh, ada wang ringgit dan sentiasa mencanangkan mereka ada pengaruh yang sangat besar di kalangan akar umbi.

PRU-12 dan PRU-13 seharusnya sudah menjadi teladan yang besar dan pahit kepada UMNO-BN Selangor membabitkan pemilihan calon. Persoalannya sekarang ialah, mahukah di kalangan warlord-warlord UMNO Selangor mahu mengalah dan mengurangkan besarnya ego di kepala masing-masing untuk menjadi calon atau menaja calon yang juga proksi mereka?

Berapa kerat daripada kalangan pemimpin UMNO-BN Selangor yang benar-benar berada di Kawasan walaupun mereka tidak lagi menjadi ADUN atau Ahli Parlimen atau calon-calon pilihan mereka kalah pada PRU lalu selain daripada majlis rumah terbuka di bangunan UMNO?

Berapa kerat daripada mereka yang benar-benar disukai oleh pengundi dan penduduk berbanding mereka yang terhegeh-hegeh mendabik dada kononnya mereka mempunyai akar umbi yang kuat?

Dan berapa ramai pula calon-calon yang dimahukan oleh pengundi akan dikerat, ditendang dan diketepikan bagi memberi laluan kepada calon-calon pilihan warlords UMNO seperti para PRU lalu yang akhirnya menyaksikan jumlah penguasaan kerusi DUN dan Parlimen UMNO-BN di Selangor amat menyedihkan?

6 comments:

Anonymous said...

Winnable candidate liability Lanun Bugis!!!

You must go demi Parti dan Bangsa!!!

Anonymous said...

Mesti mampu..

Lanun Bugis byk duit berbillion hasil dari merompak duit rakyat.

Tabur jer dedak pasti ayam2 datang makan dan dgr cakap!!

Anonymous said...

Sekarang bukanlah yang dulu. Sekarang rasa-rasanya lebih tenang kalau nak dibandingkan dengan apa yang dilalui sewaktu 2regim2 menguasai federasi dan Darul Ehsan. Kalau tak salah baca, tidak ada pembesar utama negeri yang di pilih oleh ketua 2regim2 yang tak buat kerja malah semuanya boleh dikatakan cekap buat kerja tapi apa yang rakyat tak pernah lupa ialah selain buat kerja depa juga buat macam macam HAI. Masala, tul.

Anonymous said...

Jangan pakai tuduh jer..ada bukti report sprm lah...pung oang. Pung pang kat blok...buat apa..umno tetap pilihan ku berbanding dgn pkr kat Selangor lagi banyak masalah yang terbaru kes tanah payavindah wetland...siap lah kau azmin....report sprm jadi guan engblah kau

Anonymous said...

Blogger koman yang dah tak berapa nak laku..nak cari makan dengan waibi budiman lak kot ni..kahkahkah

888jackaroo said...

Setelah diteliti sedalam2nya, aku berpendapat Najib terpaksa menipu sebelum terbongkarnya kebenaran tentang duit 2.6B dalam accountnya. Pada mula aku juga marah tentang pembohongan itu. Namun setelah dikaji, ada kemungkinan pembohongan itu terpaksa dilakukan demi menjaga kedudukan negara. Mana mungkin Obomba mengajak Najib main golf hujung 2014 dikala Kelantan banjir besar? Tentu ada sesuatu yang diinginkan oleh Obomba yang tidak dapat dikompromi oleh Najib. Duit 2.6B itu menjadi peras ugut yang paling hebat selain dari "kes-kes" besar (kapal hilang/tembak jatuh dll) yang menjadi perhatian dunia. Mungkin juga benar duit 2.6B itu didermakan oleh orang yang ingin melihat Islam "naik". Duit sebanyak ini tidak mungkin dapat ditutup dari perhatian orang ramai. Jadi kenapa perlu juga masuk dalam account peribadi?? Tentulah tujuannya bersifat rahsia.
Jika hendak di"klepet" pun 2.6B tu, sekurang2nya orang bodoh pun akan guna account orang lain.
Kalau lihat dari segi "straight view" nampak memang Najib bersalah. Cuma view aku lain sikit.
Apa pun, ini hanyalah pandangan peribadi aku...

 
Blogger Templates