Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 24, 2016

SELEPAS HILANG JAWATAN, BARU MUKHRIZ SIBUK NAK DEDAH ITU INI... KENAPA TAK TERUS JADI JURULATIH IKAN LUMBA-LUMBA SAJA?



Kehilangan jawatan utama boleh menyebabkan seseorang itu JATUH GILA, walaupun diberitakan dan dikhabarkan, dia tidak memerlukan wang ringgit lagi kerana dia sendiri tidur di atas, di bawah dan diapit kiri kanan dengan wang ringgit yang tidak terkira jumlahnya.

Jawatan utama bermakna KUASA!

Kehilangan kuasa boleh menyebabkan sel-sel otak tidak berhubung dan berfungsi normal.

Dan fenomena itulah yang sedang dihadapi oleh Mukhriz Mahathir yang baru sekarang ini baru sedar, bahawa Kedah mempunyai banyak daerah yang tidak pernah dikunjungi atau barangkali tidak diketahuinya.

Kuala Ketil... barangkali kalau ditanya Mukhriz, dia sendiri teragak-agak untuk memberitahu di mana kedudukan Kuala Ketil yang sebenarnya.

Mukhriz dalam usahanya untuk membuat pendedahan tentang 'ketirisan' dan 'pengkhianatan' yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini dalam isu tanah yang kononnya telah dijual kepada Negara China menerusi syarikat usahasama, sebenarnya mempamerkan dan memaparkan kedangkalan dan kenaifannya sendiri.

Anak lelaki Mahathir itu memukul canang tentang 'Skandal 1MDB-DuSable'. Tiga perkara utama dibangkitkannya sekaligus cuba menjustifikasikan tuduhan puaknya yang diketuai oleh bapanya sendiri, Dr. Mahathir bahawa 1MDB telah digunakan oleh Najib Abdul Razak untuk menggadai negara ini.

Mukhriz membangkitkan status tanah dan status pembayaran tanah dalam projek pembangunan tenaga solar di Kuala Ketil itu. Sesuatu yang langsung tidak disebut dan disentuh oleh Mukhriz ialah, BDB masih lagi merupakan pemilik tanah yang dipertikaikan itu. 1MDB menerusi anak syarikatnya, Edra Solar telah membayar 10% daripada nilai tanah sebagai deposit untuk setiap SPA tanah. Manakala bakinya 90% lagi hanya akan diselesaikan setelah CP dipenuhi termasuklah penukaran geran tanah.

Biarpun pegangan utama Edra dikuasai oleh syarikat dari China, tetapi tanah tersebut masih lagi kekal milik BDB memandangkan masih belum berlaku pertukaran hak milik tanah tersebut.

Isu kedua yang dibangkitkan oleh Mukhriz adalah harga tanah Kuala Ketil telah dinaikkan daripada RM33.4 juta kepada RM65 juta. Sebenarnya, pada asalnya status tanah tersebut adalah status tanah pertanian. Pihak 1MDB telah berunding dengan kerajaan negeri dan akhirnya BDB telah bersetuju untuk menukar status tanah tersebut dari tanah pertanian kepada penggunaan tenaga solar dengan kenaikan harga kepada RM65 juta. Kenaikan harga tersebut termasuklah pembayaran premium status tanah yang baru dan lain-lain kos berkaitan.

Tidak pula dapat dipastikan sekiranya, Mukhriz membayangkan tanah tersebut akan dikorek atau 'cut-and-paste' ke negeri China dari Kuala Ketil dalam usaha menjustifikasikan kecetekan fikirannya!

Isu ketiga yang dibangkitkan oleh Mukhriz ialah perubahan dari pembayaran USD95 juta tetapi akhirnya menjadi USD69 juta. Dengan kata lain, Mukhriz cuba menimbulkan persepsi bahawa lebihan tersebut telah 'digelap' atau disonglap untuk kepentingan Najib Abdul Razak.

Sedangkan harga asal untuk memiliki 49% kepentingan Yurus PE Fund dalam usahasama ini adalah USD95 juta. Namun, rundingan yang dibuat oleh 1MDB dengan pihak terbabit, akhirnya membawa persetujuan bahawa 1MDB hanya perlu membayar USD69 juta sahaja bukan USD95 juta seperti harga asal. Kejayaan 1MDB merundingkan harga dan mendapat diskaun USD24 juta merupakan satu kejayaan besar.

Sebagai seorang yang mempunyai jawatan-jawatan penting dalam pelbagai syarikat, 'kesilapan' yang dilakukan oleh Mukhriz ini amat memalukan. Dia seperti tidak memahami urusniaga muda seperti itu sedangkan dia sepatutnya lebih faham tentang perjanjian jual beli tanah, penukaran status tanah dan sebagainya. Justeru tidak menghairankan kerana selama 3 tahun memegang jawatan Menteri Besar Kedah, Mukhriz tidak berbuat apa-apa.

Barangkali akibat terlalu banyak disuapkan dan disediakan untuknya, selain perniagaaannya yang urusniaga hanya menggunakan 'kabel-kabel besar' membuatkan Mukhriz Mahathir tersangat tolol untuk tahu proses rundingan mendapatkan harga terendah dan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Jelaslah, memang tepat selama ini usaha menurunkannya daripada jawatan Menteri Besar Kedah kerana kelemahan diri Mukhriz sendiri. Dia terlalu 'pengantin' dan sifat 'pengantin' itu terbawa-bawa walaupun dia bukan lagi pemimpin atau ahli UMNO.

Boleh jadi, dia lebih baik mencuba nasib sebagai jurulatih ikan lumba-lumba sahajalah. Lagipun dia memang berminat sangat dengan ikan lumba-lumba!



4 comments:

Anonymous said...

Kau ni ambik artikel org copy paste..kau tau ke apa yg dia kata? Spin..

Anonymous said...

Klu masih mb skrg sah dah tak sebut dn komen itu ini mcm yg dibuat skrg.

Anonymous said...

hampir semua pemimpin yang terkeluar dari umno/bn akan menyanyi lagu dengan nada yang sama.bakpo jadi lagu tu.

Anonymous said...

itu sebab kena sepak dari jawatan mb. bongok sangat...menyusahkan orang. asyik nak ngempeng ajer...

 
Blogger Templates