Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 1, 2016

SILA BETULKAN SERANGAN KE ATAS 1MDB SEMULA, TAKTIK MENFITNAH ROSMAH MANSOR DAN KDYMM SULTAN PAHANG DAH MAKAN DIRI BALIK!!!



Puak ProTun sepatutnya hanya menumpukan pada satu-satu isu sahaja terutama sekali isu 1MDB, Jho Low dan Riza Aziz. Nak lagi sedap, patut juga berterus-terang bagaimana 1MDB telah menyebabkan taukeh-taukeh kapitalis yang menjadi pengugut kepada kerajaan Malaysia, tersangat sakit hati memandangkan 1MDB telah mencantas dan merampas kebahagiaan dan kemewahan mereka sebelum ini.

Dan elok juga puak ProTun terangkan kerugian yang dialami oleh 'rakyat' daripada 'skandal 1MDB' terutama yang membabitkan SUPERBUMIPUTERA yang hidup kaya meliana bermula pada zaman 22 tahun pemerintahan, terutama sekali anak beranak dan kaum puaknya yang banyak menjadi vendor dalam GLC. Dan elok juga puak ProTun mendapatkan penjelasan daripada Mahathir mengapa agaknya, sepanjang 22 tahun pentadbirannya, kekayaan negara hanya berkisar di kalangan orang yang sama sahaja, terutama sekali yang membabitkan Ananda Krishnan, YTL dan Berjaya Group.



Ni tidak... mereka terlalu teruja untuk menjadikan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor sebagai bangkai yang menjijikkan dan hina sehingga akhirnya menggunakan kaedah fitnah untuk melaksanakan tujuan tersebut. Dan lebih menakutkan lagi ialah, fitnah tersebut turut membabitkan KDYMM Sultan Pahang.

Adat manusia dan makhluk baru, tidak sempurna dari semua segi. Tetapi melakukan fitnah untuk tujuan meraih persepsi jahat ke atas orang-orang tertentu, hanya menunjukkan kelemahan individu pembuat fitnah itu sendiri.


Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas si pembuat fitnah. Ada pembuat fitnah yang sudah pun u-turn. Ada yang terpaksa memadamkan posting asal dan memuatnaikkan posting baru sambil bertanya tang mana yang dia buat fitnah. Ada yang masih beranggapan, mereka akan terselamat selepas beberapa nama akan dipanggil oleh pihak berkuasa untuk sesi temuramah dan bual mesra. Malah ada yang sudah mula terkesot sambil mencari-cari helah untuk memberi alasan kononnya akaun Facebook mereka kena godam oleh orang-orang tertentu yang bertujuan untuk menfitnah mereka.

Ada juga yang cuba menghalalkan perbuatan tersebut dengan mengejek-ngejek, kononnya sebarang kata-kata negatif terhadap Rosmah Mansor akan dibela dan dikenakan hukuman. Malah ada yang berkata, si pembuat fitnah tidak boleh dipersalahkan kerana kebencian melampau ke atas Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak membuatkan walaupun mereka tidak bercakap pun, 'rakyat' akan membuat fitnah ke atas mereka.

Kalau nak bermain politik sekalipun, tak payahlah buat benda-benda mengarut macam ni. Tumpukan sahaja kepada isu-isu sebenar, isu-isu yang lebih besar membabitkan kepentingan rakyat - tak kiralah sama ada ianya betul atau sebaliknya. Ini tidak, Rosmah Mansor yang dijadikan bahan sedangkan Rosmah Mansor bukannya mana-mana Ahli Parlimen atau ADUN mahupun Senator.




Bercakap kononnya Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri sebenar Malaysia, siapa pun boleh bercakap. Lidah memang tidak bertulang. Jari memang tidak berotak. Tetapi menuduh sesuatu, perlu disertakan dengan bukti-bukti kukuh, bukan setakat 'kau tengoklah', 'orang kata', 'Tun kata'... dan sebagainya.

Kepada mereka yang berkenaan, berani buat beranilah tanggung. Anda boleh mendapatkan sokongan daripada sesiapa pun, tetapi yang pasti, apabila anda berada di bilik soal jawab, anda akan bersendirian bersama-sama dengan tukang soal. Semasa di mahkamah, para penyokong sekadar boleh mendengar dan mengadakan mahkamah di Facebook, tetapi mereka tidak boleh membuat keputusan TIDAK BERSALAH dengan pintu dan lantai penjara.

Maka, bersedialah untuk makan ditanggung oleh rakyat Malaysia di balik tirai besi...


2 comments:

Anonymous said...

Periksalah terlebih dahulu kesahihan mana mana berita dan siapa yang bawak berita berkenaan. Kalau tidak, kalau berita itu palsu, anda berkemungkinan jadi pengikut puak 'karnival' (puak pemakan daging saudaranya sendiri). Dan kalu siasatan membuktikan anda telah melakukan karnivalisma, anda mungkin diperam lama lama, jauh dari internet supaya pemulihan penuh dapat dilaksanakan. Ingat sebelum kena, dah kena toksah dok ingat ingat.

Anonymous said...

Pada para memfitnah jawablah nanti diPadang Mahsyar. Aduh azabnya. Bukan boleh dinafikan seperti didunia.

Sendiri buat sendiri tanggung.

 
Blogger Templates