Sekarang pun, UMNO hanya menunggu masa untuk rebah. Mesyuarat-mesyuarat UMNO Bahagian dan Cawangan hampir tidak ada manusia melainkan kerusi-kerusi kosong sahaja. Dalam mesyuarat-mesyuarat yang sedang berlangsung di seluruh negara pun, terlalu ramai yang mengambil pendekatan Anina Saaduddin. Malah beberapa orang pemimpin kanan termasuklah Naib-Naib Presiden UMNO yang sedang kepanasan punggung kerana bimbang Mahathir akan menghukum mereka apabila berjaya menang 222-0 pada PRU-14 akan datang, sudah berkira-kira untuk mengisytiharkan keluar dari UMNO dan menyertai parti cap bunga raya Mahathir-Mukhriz-Muhyiddin.
Saki-baki pemimpin UMNO yang masih mengungkapkan yang UMNO tidak akan terjejas dengan kehadiran parti cap bunga raya, sebenarnya sedang mengelamun, ketakutan, bermimpi dan terpaksa mencipta cerita-cerita fantasi supaya nama dan kehadiran mereka akan terus kekal, sekaligus membolehkan mereka menyeberang ke parti cap bunga raya pada masa terdesak nanti.
Manakala semua penyokong kerajaan dan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden sepertimana yang dinikmati oleh Mahathir ketika bergelar Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dahulu, terpaksa dibayar dengan jumlah yang amat lumayan untuk mengekalkan sokongan mereka.
Realiti? Mimpi? Atau harapan yang menggunung?
Tidak salah memasang angan-angan. Tidak perlu berbayar pun kecuali kalau angan-angan itu disyorkan oleh Sanusi Junid, bekas Menteri Besar Kedah yang anaknya, Akramshah merupakan salah seorang pendiri parti cap bunga raya.
Realitinya, parti baru Mahathir-Mukhriz-Muhyiddin pasti akan mendapat sambutan yang sangat hangat daripada pengundi-pengundi di seluruh Malaysia walaupun dari kalangan bukan Bumiputera yang kehilangan banyak hak jikalau menyertai parti tersebut.
Caranya mudah...
Mahathir yang bungkam dan tidak pernah berani menyentuh tentang pendedahan-pendedahan skandal kewangan termasuklah mengggunakan kuasanya untuk menyekat siasatan Biro Penyiasatan Rasuah (BPR) seperti dalam kes Perwaja Steel, mula membuka mulut dan menyelesaikan segala misteri kewangan negara yang berusia lebih 30 tahun bermula dengan Maminco-Karusawa dan BMF-Carrian.
Mukhriz Mahathir boleh menggantikan atau mewakili bapanya untuk menceritakan dan menjelaskan kepada awam tentang perbuatan bapanya menggunakan wang negara terutama membabitkan Petronas, KWSP, Tabung Haji, KWAP dan sebagainya untuk kepentingan sekelompok manusia yang dikenali sebagai kroni Mahathir.
Pung-pang-pung-pang duk sembang pasal hebatnya parti cap bunga raya, tentang 1MDB, tentang RM2.6 bilion, tentang Najib yang kononnya menyalahgunakan kuasa... tetapi langsung tak berani bercakap tentang skandal-skandal kewangan besar sepanjang 22 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Bercakap buruk tentang Najib tidak akan menyelesaikan masalah kerana segala masalah yang disembunyikan oleh Mahathir selama ini, sudah terburai satu persatu. Seelok-eloknya untuk mendapatkan sokongan dan simpati daripada rakyat Malaysia, elok Mahathir atau wakilnya memberikan penjelasan kepada dakwaan-dakwaan yang bukan sahaja tidak berani dijawab oleh Mahathir tetapi juga menggunakan kuasa Kementerian Dalam Negeri untuk menyekat tuduhan-tuduhan tersebut daripada tersebar.
Beranikah?
10 comments:
Masa tun berkuasa dulu pun bukannya takdak salah urus tadbir...ada..tpi dia pandai sorok dn cantas org yg nak buka mulut. Betoi tak?
Kesian Umno..Hu Hu Hu .he he he..
Mahathir x buat business...
Yg diamanahkan buat kerja..x buat kerja betul..
Semua perniagaan nampak secara fizikal..dan x semua perniagaan akan untung atau bertahan lama..
Najib meniaga apa..?
Selamat meninggal UMNO..
Kami rindu Parti BERSATU.
Hidup Tun Mahathir.
Sudah lebih 40 tahun bersama UMNO.
Kini berubah angin kerana UMNO ramai pemimpin ego, ramai pemimpin rasuah, ramai pemimpin kaki bodek, ramai pemimpin "Yes" walaupun majoriti rakyat mengetahuinya perkara mungkar telah dilakukan oleh beberapa pemimpin tertentu.
Maka selamat tinggal UMNO.
Kami semua akan beralih kepada BERSATU.
In Syaa Allah, BERSATU dilandasan yang tepat dan benar.
Wait & see...apa akan terjadi pd umno..pru14....dikebumikan...rakyat dah meluat dan menyampah...
Tun M tak curi duit rakyat masuk akaun peribadi nya, biar anaknya berjudi dengan kafirun...
Aamiin..Harap2 mcm tulah..jom kita pakat sokong parti baru.
Maknanya bhai...klu zaman tun hilang berbillion akibat salahurus tadbir tp ahli umno ttp bodoh mnyokong dan pimpinan ttp pertahankn kezaliman tun hnya kerana tun presiden umno waktu tu dan hnya parti pmbngkang sahaja berani mngatakn tidak kpd tun...maka umno bersalahlh kpd rakyat dan rakyat (ahli umno)pula bersalah kpd pmbngkang kerana tidak mnyokong dan ttp pertahan presiden umno yg korup dan zalim. ..
adakah perkara yg sama berlaku kembali... ahli umno mmprtahankn seorg lg presiden umno 'tp dia pandai sorok dn cantas org yg nak buka mulut' betoi tak? (Copy lu nya ayat bhai)...sampai bila ahli umno digunakan utk kepentingan pemimpin dan keluarga mereka...betoi tak?
Aku takan sokong tun m yg sudah bersekongkol dgn komunis. Dapi sial nih halau aku dan keluarga dari kg dan aku tidak lupa. Pd aku tun m lagi terok penyakit hatinya dari limkomunis. Termasuk korang...
Termasuk korang pelacur kpd agama bangsa dan negara. Kuman2 d hati tun m sgt menebal..
Post a Comment