Dek kerana itulah, umat Islam seringkali diperingatkan agar sentiasa menginsafi diri dan seringkali mengingati hari kematian. Mereka yang sedikit 'istimewa' diberikan kemudahan penghapusan dosa pada usia-usia tua apabila mereka mula bermain tahi sendiri atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, NYANYUK.
Setiap apa yang Allah Taala jadikan, sekalipun buruk dan cukup hina pada pandangan kita, sebenarnya mempunyai hikmah-hikmah yang cukup besar. Kerana itulah, kita seringkali diperingatkan oleh Allah Taala menerusi al Quran (kalau rajin bacalah, bukan sekadar hearsay), supaya memerhatikan alam sekeliling dan alam kejadian supaya kita dapat membesarkan-Nya.
Ada dua perkara yang seringkali tidak begitu dititikberatkan malah langsung tidak dipedulikan oleh mereka yang mengaku beragama Islam iaitu TALBIS dan GHURUR.
Apa itu TALBIS dan GHURUR?
Talbis bermakna, menampakkan kebatilan dalam bentuk kebenaran atau menutup kebenaran atau haq dengan kebatilan. Manakala ghurur pula adalah kebodohan yang menimbulkan keyakinan bahawa yang batil itu adalah yang benar dan yang hina itu adalah yang bagus.
Kedua-duanya berlaku kerana wujudnya keraguan. Kedua-duanya berlaku dalam keadaan bertambah atau berkurang, bergantung kepada kadar kesedaran dan kelalaian manusia, kemahiran dan kebodohannya.
Pada ketika-ketika tertentu dalam kehidupan manusia, terutama pada akhir-akhir hayatnya, atau ketika sedang menjalani rutin keuzuran akibat usia tua, terdapat pelbagai gangguan yang menutup lubang-lubang kebenaran, sekaligus menimbulkan keraguan termasuklah terhadap Rukun Islam dan Rukun Iman. Maka tidak hairanlah apabila dalam sesetengah kes, ada orang yang pada sihatnya, dilihat cukup terhormat dan dimuliakan, tetapi pada akhirnya dia berada dalam TALBIS DAN GHURUR IBLIS seperti yang berlaku kepada Ghulam Ahmad Qadiani, pendiri agama Qadiani yang asalnya adalah seorang Syiah pencinta Inggeris dan turut mengamalkan serta mempraktikkan solat hanya pada tiga waktu manakala hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam-Imam muktabar serta mempunyai sanad-sanad sah, ditolak.
Justeru, apa yang berlaku, jadikan sebagai iktibar, bukannya sebagai bahan momokan kerana kita mungkin akan berhadapan dengan situasi yang sama dalam momen-momen tertentu hayat ini. Dan semoga Allah Taala melindungi kita daripada berada dalam bala ini.
CUCU TOK WAN
4 comments:
Dalam konteks bipartisan tak mungkin A tidak pernah berbuat 'salah' pada B dan begitu juga mana mungkin B tak buat salah pada A.
Kalau A adalah budiman akan dipohonlah kemaafan dari B dan juga kalau B adalah budiman akan dipohon kemaafan dari A.
Bahaya woo
Aku tak sokong cara Tun berpolitik...Aku sinis dgn tuduhan melampau Tun terhadap PM aku... Aku tak suka cara Tun melbatkan diri dgn mereka yg dikenal pasti parasit Negara.. Tapi aku lebih takut Allah dan sayang (utamakan Rasul saw)..maka Aku doakan agar Tun diberi hidaya dan cepat sembuh...semoga seluruh Umat Islam dipelihara dari fitna..
anon 4:09 PM
Aminnnn... majoriti umat Islam di Malaysia juga berkongsi perasaan dan harapan seperti anda.
Post a Comment