Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 8, 2016

TARIAN TANGO DAN CHACHA LIM GUAN ENG NAMPAK PINCANG WALAUPUN DIA CUBA RAIH SIMPATI BILA TEMBELANG DI HONG KONG PULA DIKOREK!!!



Lim Guan Eng memang ligat. Itu harus diperakui dan diakui. Di sebalik selaan tentang DATUK CHEAH yang dianugerahkan gelaran Datuk oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2013, Lim Guan Eng dan pasukannya masih sempat memikirkan kaedah untuk menutup ruang sembang tentang Datuk Cheah secara lebih meluas.

Siapa Datuk Cheah?

Datuk Cheah adalah pengurus dana yang berpangkalan di Hong Kong yang menyebabkan Lim Guan Eng dan Betty Chew sering ke Hong Kong atas urusan yang entah apa-apa. Tetapi biasanya, alasan yang diberikan adalah untuk menarik pelabur China ke Pulau Pinang, walaupun sehingga kini, jumlah pelabur yang ditarik oleh Lim Guan Eng masih belum menampakkan muka.

Mengapa Datuk Cheah dipersoalkan?


Sudah tentu kerana kekerapan hubungan antara Lim Guan Eng dan isterinya dengan lelaki tersebut yang memberikan layanan cukup istimewa kepadanya tanpa sebarang alasan yang dapat diberikan oleh Lim Guan Eng, apatah lagi Betty Chew.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam usahanya mendapatkan simpati, telah mengumumkan tentang bantuan pembesaran sekolah agama di Pulau Pinang. Seperti biasa, dia hanya mengumumkan angka untuk sekolah-sekolah agama yang cuba diperlihatkan sebagai besar, tetapi tidak pernah berterus-terang tentang bantuan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh yang jauh lebih besar berbanding peruntukan untuk sekolah-sekolah agama. Walhal peruntukan sekolah-sekolah agama tersebut, datangnya daripada KERAJAAN PUSAT, bukannya daripada Wang Kerajaan Negeri Pulau Pinang pun!

Atau barangkali kali ini kerana sudah terlalu hampir dengan pintu penjara, Lim Guan Eng mahu berjudi dengan cubaan mendapatkan simpati dan sanjungan daripada masyarakat pengundi beragama Islam?


Untuk lebih dramatik lagi, Lim Guan Eng telah mengumumkan penggantinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru iaitu Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Dia sendiri seperti pasrah yang dia akan dipenjarakan atas tuduhan melakukan rasuah dan salahguna kuasa, menerusi konspirasi politik yang mahu memadamkan kerjaya politiknya.

Hakikatnya, Lim Guan Eng sebenarnya cuba menutup tembelang yang lebih besar selain hartanah Jalan Pinhorn dan Taman Manggis!

Kita tengok sahajalah sejauh mana tarian tanggo atau zumba si Lim Guan Eng dalam usaha menyelamatkan dirinya dan isterinya...


2 comments:

Anonymous said...

Lim Guan Eng is good at fixing the blames but the worst at fixing the problems.

888jackaroo said...

Pelik. Jika tak silap, Pulau Pinang ada jawatan timbalan Ketua Menteri. Kenapa tidak diberikan kepada timbalan nya?
Adakah kerana dua2 nya bukan kaum Cina? Penyokong2 DAP dan seangkatan dengannya lepas ni, janganlah bercakap tentang Melayu yang kononnya rasist. Ibarat ludah ke langit, jangan lupa keluarkan kahak hijau sekali.

 
Blogger Templates