Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 3, 2016

TINDAKAN SKMM TERLALU LEMBUT TERHADAP JUDI ONLINE, WALAUPUN IANYA SEMAKIN MENJADI-JADI!!!



Kalau semuanya nak harapkan aduan, baru nak bertindak, jawabnya memang tidak akan ke mana-manalah undang-undang negara ini. Penguatkuasaan sekadar berdasarkan aduan. Tak ada aduan, bermakna tak adalah tindakan.

Dengan kata lain, bila tak ada aduan, kesimpulan mudah yang dibuat ialah, tiada sebarang masalah dan kalau ada pun masalah, ia akan ditepi dengan label, hanya remeh, renyah dan mengada-ngada.




Sudah ramai pengguna telefon bimbit yang merungut nombor telefon mereka telah dicabuli dengan iklan-iklan judi online. Bagaimana sindiket-sindiket judi tersebut memperolehi nombor telefon mereka, hampir tidak ada jawapan, terutama sekali daripada TELCO.

Selain judi online, turut mencabul adalah peniaga insuran yang akan menyamar sebagai kakitangan bank yang seringkali digunakan oleh pemilik nombor telefon. Kononnya mereka mewakili pihak bank walaupun sebenarnya mereka tidak ada kena-mengena dengan bank, melainkan memperolehi nombor telefon pelanggan yang sepatutnya dirahsiakan oleh pihak bank.

Di mana fungsi SKMM dalam hal ini?




Cukupkah dengan hanya menyekat, memansuh dan menyita nombor-nombor telefon yang berkaitan dengan sindiket judi, tetapi pada masa yang sama, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap sindiket tersebut yang boleh menggunakan nombor baru tanpa sebarang sekatan?

Kalau PBT dan PDRM tidak mampu menghapuskan dan menangani masalah premis judi haram dengan saling tuding menuding menyalahkan antara satu sama lain, nampaknya SKMM juga tidak kurang cacatnya dalam tindakan mereka yang lebih kepada LAKONAN semata-mata.


Maka tidak hairanlah mengapa terlalu banyak kes-kes berkaitan POTA yang dibiarkan begitu sahaja oleh SKMM.

Mengapa agaknya, semua agensi penguatkuasaan tidak boleh digembeleng untuk  memerangi sebagai contohnya sindiket judi online ini dan menangkap dalang serta taukeh besarnya?

Ada apa-apa cerita lain di belakang kisah ini?


No comments:

 
Blogger Templates