Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, August 13, 2016

TUNGGU APA LAGI, BERAMBUSLAH SEGERA DARI UMNO... TAK MALU KE MAKAN DUA KOLAM?



Di sana sini semakin ramai yang menyuarakan agar penyokong-penyokong Mahathir dan Muhyiddin di dalam UMNO agar keluar beramai-ramai atau paling tidak pun menunjukkan diri agar lebih mudah dikenali sekaligus membolehkan mereka memberikan tumpuan seratus peratus kepada parti baru yang mereka sokong.

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Johari Baharom menghalau para penyokong Mukhriz Mahathir agar keluar dari UMNO dan berterus-terang tentang kedudukan mereka.

Beberapa orang pemimpin UMNO lain turut menyuarakan perkara yang sama, termasuklah Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Berhad) belum lagi diluluskan pendaftarannya tetapi sembang-sembang melangit tentang kehebatan parti politik baru itu, bagaikan ratib dan zikir para penyokongnya terutama sekali di media-media sosial.

Menariknya juga, parti baru itu tidak terlepas daripada kepompong UMNO dengan sebahagian besar daripada mereka masih berada di dalam UMNO, malah ada yang masih memegang jawatan dalam UMNO tetapi bersikap makan dua kolam kerana bimbang kehilangan banyak peluang dan kemewahan yang talian mereka ada pada UMNO.

Temberang kuat sana kuat sini, hakikatnya parti baru ini dan para penyokong mereka tidak ubah seperti dedalu di pokok jejawi. Bukan sahaja penumpang, tetapi juga penghisap darah. Gemuk dan subur kerana pokok yang ditumpang tetapi tidak mampu menjana kesuburan dan kekuatan sendiri.

Setakat ini, selain daripada ahli-ahli PERKASA, PRIBUMI belum berani mengisytiharkan kekuatan ahli-ahli mereka. Masih terlalu awal sebenarnya tetapi kalau cakap-cakap para penyokong diperhatikan, seolah-olah UMNO sudah kehilangan lebih 75% ahli kerana berpindah masuk ke dalam BERSATU yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin.

UMNO secara harfiah sejarahnya pernah berada dalam keadaan yang sama berulang-ulang kali dari tahun 1951 lagi. Paling ketara adalah pada tahun 1988 apabila sebahagian besar ahli-ahlinya berpindah ke dalam Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan menentang Mahathir yang hampir kehilangan kuasa. Pada tahun 1999 pula, hanya menerusi kerjasama dan 'perjanjian gelap' Mahathir dengan Suqui dan Dong Zhong menerusi 17 Perkara Tuntutan sahaja yang membuatkan Mahathir kekal memegang jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun UMNO kehilangan banyak kerusi tetapi majoriti dua pertiga dikekalkan dengan bantuan MCA, GERAKAN dan MIC di Semenanjung.

Tanpa Suqui dan Dong Zhong, 'penyatuan' seperti yang berlaku pada tahun 2008-2013 pastinya telah menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti pembangkang. Dan kalau bukan kerana perjanjian Mahathir-Suqui pada tahun 1999, sudah pasti sekolah-sekolah vernakular Cina tidak akan besar kepala seperti hari ini.

Persoalannya sekarang sejauh manakah keberanian dan kejujuran para penyokong Mahathir-Muhyiddin-Mukhriz dalam menangani permasalahan jiwa mereka sendiri? Adakah mereka akan terus berad di dalam UMNO walaupun mereka telah dihalau keluar berbanding menyertai segelintir lain yang berani mendahului dengan keluar dari UMNO dan mengisytiharkan diri sebagai ahli BERSATU walaupun parti tersebut belum diluluskan oleh ROS?


19 comments:

Anonymous said...

CARI MAKAN BOS...NAK TENGOK DULU...PERAHU MANA SENGET. LOMPAT PERAHU SEBELAH. JANJI NYAWA SELAMAT.

Anonymous said...

Dalam perpecahan UMNO kepada PKR, ada satu parti BABI yg menjadi penaung dan penggalak parti serpihan tersebut.
Dalam perpecahan PAS kepada PAN, ada satu parti BABI yg menjadi penaung dan penggalak parti serpihan tersebut.
Sekali lagi dalam pembetukkan parti serpihan UMNO yg baru ini, ada satu parti BABI yg memberi galakkan.

DAPIGS = PARTI BABI yg memecah belahkan Melayu hingga cina yg dulunya pendatang bertukar menjadi Tuan di Tanah Melayu!

Anonymous said...

Ok..aku berabus skrg jugak..

juragan69 said...

Wow bhai...sombong,bongkak dan egonya pemimpin serta pencacai umno(ahli lbh berakal)jgn ulangi kesilapan yg mmbuat ahli serta non party tmbh meluat bila melihat lbh sudu dari kuah...
Apakah dgn sombong mnybbkn umno semakin hebat..atau dgn bongkak umno semakin kuat dan dgn ego tk bertempat maka lbh ramai mnjd kawan rapat. ..bhai umno ciptaan manusia maka ketidaksempurnaan sesuatu yg pasti..jgn najib mnjd ikon yg mana teori RAHMAN benar belaka..
Tetapi manusia sprti lu peduli apakn..yg pnting ada 'sugar daddy' yg mmpu mmbyr atas pujian serta cacian lu kpd musuh...syabasss bhai jika ini pilihan lu sbgi pencari sesuap makanan...

juragan69 said...

Wow bhai...sombong,bongkak dan egonya pemimpin serta pencacai umno(ahli lbh berakal)jgn ulangi kesilapan yg mmbuat ahli serta non party tmbh meluat bila melihat lbh sudu dari kuah...
Apakah dgn sombong mnybbkn umno semakin hebat..atau dgn bongkak umno semakin kuat dan dgn ego tk bertempat maka lbh ramai mnjd kawan rapat. ..bhai umno ciptaan manusia maka ketidaksempurnaan sesuatu yg pasti..jgn najib mnjd ikon yg mana teori RAHMAN benar belaka..
Tetapi manusia sprti lu peduli apakn..yg pnting ada 'sugar daddy' yg mmpu mmbyr atas pujian serta cacian lu kpd musuh...syabasss bhai jika ini pilihan lu sbgi pencari sesuap makanan...

Anak Bukit Jelutong said...

Angkuh.

Anonymous said...

Dulu dengar guruh S46; diikuti guruh PKN dan sekarang ini guruh bersatu, apa tunggu lagi curahkan air ditempayan biar habis. Tapi ikutkan lojik masakan nak curah kasi kering kontang ... nanti kalau hujan tak turun, naya bro.

Anonymous said...

sabaq dulu, parti baru belum siap nanti bila siap kami pi lah. jangan dok risau.

Anonymous said...

Kalau ikhlas dan tidak ada udang di sebalik batu, pilihan yang bijak tentulah sama ada Pas atau Pan atau PKR atau paling cikai Dap. Tup tup buat pati cap udang.

Dengan itu apa yang rakyat fikirkan selama ini bahawa sandiwara ini bukan lah untuk selamatkan meshia tetapi pengisian tembolok pihak terbabit mungkin ada benarnya.

Anonymous said...

Buatlah kalau itu satu kepuasan tapi jangan nanti rumah siap pahat berbunyi. Menyosal ekau.

Anonymous said...

Malam hari gelap dan seram
Perut dialas kopi dan tepung talam
Kolam lama tempat melaram
Kolam baru tempat lepaskan geram

Ted Manoff said...

Anon diatas: tak perlu ayat2 simpati..Kalo teringin nak keluar keluar je..tak payah nak hamun perahu lama..duduk lah dalam perahu baru

Ted Manoff said...

Cherita orang kahwin dua..kutuk isteri lama pasal malas masak konon. .pasang satu lagi..dapat pulak isteri bukan setakat malas masak malah malas mengemas dan basuh baju..last2 sendiri jadi tukang masak dan pengemas rumah..lepas tu salahkan Takdir. .tuhan juga kena hamun..aduhai..nasib ngko Le labu ooi

Anonymous said...

Umno sebenarnya gentar dgn penghijrahan ahli2nya. Tu yg nak tahu berapa ramai yg nak blah. Biasalah orang politik cakap dihadapan khalayak memang berdegar degar tapi dalam hati siapa yg tahun. Nak tidur malam pun mungkin kena telan segemgam pil tidur baru boleh lelap terutamanya MO1 tu.

Anonymous said...

Kolam Besar, Kolam Kecik,
Kolam Besar Duit Banyak, Kolam Kecjk Duit Sikit

Suruh Madey tambah dedak lagi. Kutip dari Taikun2 yang dia semai dulu. Paling kurang pun Mokhzani kan ada!!!

Anonymous said...

Orang luar tak perlu lah kepoh2, tak perlu lah buat analisa nujum pak belalang....atau setakat pakar mee segera je. biarlah UMNO cara UMNO, PRIBUMI cara PRIBUMI.

Anonymous said...

Sombong sungguh.....

Anonymous said...

Xpa depa nk tgk insyaallah akan jd realiti apa yg pak baharom nk...sudah terang lg bersuluh

Anonymous said...

lagi cepat umngok jahanam ke lingkup lagi bagus sebab Pribumi pun berkemungkinan tak hidup lama seperti S 46 dulu, Kalau PAN bergabung dengan Pribumi agaknya boleh kah umurnya lebih panjang dari Islah, Hamim atau berjasa yang dah tak nampak batu nesannya ..

 
Blogger Templates