Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 3, 2016

UHHH... NAMA SAJA TANAH MELAYU, KETUANAN MELAYU TAPI PENGUASAAN TANAH, BOLEH TEPUK DAHI!!!



Seringkali kita mendengar kisah-kisah sedih daripada CHAUVINIST, kononnya negara ini amat RASIS dan hanya memberikan keistimewaan kepada Melayu dan Bumiputera sahaja. Justeru, mereka menuntut hak sama rata seperti Melayu dan Bumiputera, malah menuntut agar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan tentang hak-hak keistimewaan Melayu-Bumiputera segera dimansuhkan kerana ia adalah satu bentuk kezaliman kepada bukan Melayu-Bumiputera.

Hakikatnya dan realitinya adalah bertentangan sama sekali dengan apa yang dikempenkan oleh puak-puak tersebut.

Dengan penguasaan dari segenap segi, termasuklah sektor politik yang menyaksikan mereka membonekakan pemimpin-pemimpin Melayu-Bumiputera dari pelbagai parti politik, termasuklah parti pemerintah menerusi penyaluran dana, menyebabkan KETUANAN MELAYU, dan MELAYU-BUMIPUTERA sebagai rakyat majoriti tidak lebih daripada sekadar bahan jenaka dan bahan kutukan sahaja.

Kalau hendak dikatakan mereka mewarisi tanah yang luasnya beratus-ratus ribu ekar dari zaman kolonial, amatlah tidak munasabah kerana kebanyakan tanah pada waktu itu adalah milik Raja-Raja Melayu, dan British tidaklah seperti DAP yang sembrono bertindak memindahkan status tanah kepada taukeh-taukeh dari puak imigran agar tidak mewujudkan masalah dengan raja-raja. Status tersebut termasuklah tanah-tanah kampung baru yang diwujudkan oleh Harold Briggs yang berstatus pajakan 99 tahun. Begitu juga dengan estet-estet dan tanah-tanah lombong. Semuanya berstatus pajakan yang ada datelinenya.

Tanah merupakan bidang kuasa di bawah Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan pula hanya boleh menggunakan Kanun Tanah Negara sekiranya bertujuan membina prasarana seperti jalanraya, landasan keretapi, sekolah, hospital dan sebagainya. Pun begitu, masih tetap tergantung kepada budi bicara Kerajaan Negeri juga.


Kaum marhein boleh berasa cukup hairan bagaimana individu-individu yang tertera dalam gambarajah di atas mampu memperolehi dan memiliki tanah yang berkeluasan ratusan ribu ekar. Adakah mereka membelinya secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit? Atau mereka mendapat keistimewaan daripada para pembesar yang terhutang budi atas dana yang disalurkan untuk tujuan politik mereka semenjak negara ini diperkenalkan dengan pilihanraya demokrasi bermula dari tahun 1955 dahulu?

Sebelum ini, di sebalik laungan keramat 'HIDUP MELAYU' dalam Perhimpunan Agung UMNO atau 'BERSAMA ISLAM' apatah lagi 'PERJUANGAN RAKYAT', kisah bagaimana individu-individu tersebut memiliki tanah berkeluasan yang tidak mampu dibayangkan atau diangan-angankan, tidak pernah muncul. Malah kebanyakan orang Melayu-Bumiputera seperti sudah pasrah bahawa mereka telah pun kembali dijajah apatah lagi orang Melayu-Bumiputera mempunyai prinsip hidup yang amat ringkas - ada rumah, ada isteri, ada kereta berjenama mewah sedikit, ada duit sedikit di dalam kocek dan tabungan, cukup makan pakai, boleh buat kenduri dan boleh pergi Makkah - TERLALU MUDAH DIGULA-GULAKAN dan DIPESONGKAN PERHATIAN mereka dengan isu-isu yang dipolitikkan.

Anehnya, orang Melayu-Bumiputera pula yang paling kuat melalak apabila harga rumah melantun-lantun naiknya dan kemudian marahkan kerajaan kerana gagal mengawal harga rumah, padahal harga rumah mahupun hartanah lain, ditentukan oleh sekumpulan pemaju-pemaju hartanah yang berselindung di belakang sebuah organisasi yang disebut sebagai PERSATUAN. Marah mereka tidak ditujukan kepada tempat yang betul. Mereka tidak marahkan pihak yang telah diberikan 'KEISTIMEWAAN' yang begitu besar dengan pemilikan tanah, tetapi marahkan kepada Kerajaan yang sudah tentu tertakluk kepada perjanjian, konsesi dan sebagainya, malah individu-individu yang memegang kuasa, terikat pula kepada budi baik yang ditabur sebelum itu.


Samalah seperti GST, rata-rata menyalahkan kerajaan sebagai punca kenaikan harga barang. Mereka pada masa yang sama, sangat kuat membela puak yang tidak mahu membayar cukai kepada kerajaan yang akan dipulangkan kembali kepada mereka dalam bentuk kemudahan dan pembangunan prasarana. Mereka buat-buat tidak nampak yang harga barang dikawal dan dinaik sesuka hati oleh kartel-kartel dan persatuan-persatuan yang mempunyai seribu satu macam helah untuk menghalalkan pencatutan. Sedangkan pada masa yang sama, pihak berkuasa seperti KPDNKK dan Kastam tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan retorik. Lebih-lebih lagi sekiranya ada orang politik yang telah buncit perut, turut membela puak ini dengan seribu satu macam alasan termasuklah alasan yang paling popular, 'DEMI RAKYAT'. Kalau ada pun penguatkuasaan, yang mampu mereka lakukan adalah dengan menyerbu peruncit-peruncit. Orang tengah dan pemborong yang menaikkan harga barangan dengan alasan GST, tetap terselamat.

Maka tertanya-tanyalah kita, perjanjian apakah yang telah dimeterai sehingga membolehkan mereka memiliki tanah seluas ini? Siapakah yang membenarkan mereka memiliki tanah seluas itu? Apakah balasan yang diterima oleh kerajaan-kerajaan negeri daripada penganugerahan yang amat luar biasa ini di dalam sebuah negara bersaiz kecil seperti Malaysia?

Mengapa juga, mereka seperti golongan yang tidak boleh disentuh dan kekayaan aset mereka, langsung tidak disebut oleh mana-mana orang politik termasuklah dari kalangan DAP dan PKR, apatah lagi golongan ProTun dan Pakatun yang seronok berkempen atas nama 'RAKYAT'?


4 comments:

Anonymous said...

Ini baru bab tanah. Tak cerita lagi pemilikan syarikat2 besar dlm bursa malaysia..tak cerita lagi komposisi kaum yg.menjawat jawatan tinggi dlm syarikat2 tersebut..tak cerita lagi perbezaan gaji antara kaum..ada banj yg berlandaskan Islam tapi tengok kakitangan Islam diperingkat pengurusan boleh dikira dgn jari..kerajaan dan pihak yg berkuasa mcm tak ambil peduli..perkara ni dah lama dibincang,ditulis tapi mcm tu jugak tak da tindakan..cuma masa pehimpunan umno ada yg cakap hal ini tapi mcm bukan perkara besar, lepas perhimpunan hal ni pun senyap...

Anonymous said...

Sispa yg menerajui negara dari awal, kenapa dengan rela bulih meluluskan apa saja yg mereka mohon, bulihkah meteka memiliki jika tidak ada pemerintah yg meluluskan, tidak mungkin mereka menjarah macam tu saja. Sedang kaum melayu diawal pemerintahan "melayu" dulu pun bila nak memohon apa2 pun samada tanah atau memulakan pernigaan apa yg "melayu" sda ditempat berkuada kata *ada modal...berapa banyak duit....bulih ke melayu berniaga* itulah terpancul dari mulut "melayu" atas sana. Sedang mereka yg dulu pun bukan lahir dari perut mak mereka membuak2 bawak harta..soallah lah dan jawablah sendiri wahai "melayu"

Anonymous said...

Melayu di atas melayu di bawah melayu di kiri melayu kanan.Masih ada 'mujur' kalau tak pakai blh.

Anonymous said...

Kenape komen saya tidak publish, racist ke saya,

 
Blogger Templates