Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, September 2, 2016

ADUH!!! KETUA GERAKAN MAHASISWA TANGKAPMO1 RUPA-RUPANYA PELAJAR KECICIRAN!!!



Memang benarlah seperti yang diperkatakan bahawa pelajar-pelajar universiti yang terbabit aktif dalam gerakan anti kerajaan mahupun demonstrasi jalanan, malahan yang sememangnya diketahui 'menyambung pelajaran' di Sekolah Demokrasi DAP, sebenarnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang bukan sahaja tidak cemerlang, tetapi selayaknya dibuang daripada IPTA tempat mereka menimba ilmu.

Tempat dan biasiswa atau pinjaman tabung pendidikan PTPTN mereka, seharusnya diberikan kepada pelajar-pelajar lain yang lebih cemerlang dalam bidang akademik, memandangkan universiti bermakna akademik walaupun kegiatan bukan akademik juga merupakan 'pengkhususan sampingan' tetapi tidak diambil kira sebagai kecemerlangan.

Maka tidak hairanlah juga, mereka ini sangat pandai bercakap kerana cakap-cakap pandai sebenarnya boleh digunakan untuk melindungi masalah mereka dalam bidang akademik.


Ironinya, mereka ini cuba menonjolkan diri sebagai barisan pelapis kepimpinan negara. Mereka giat mempengaruhi orang ramai kononnya sebagai mahasiswa mereka sangat tahu tentang apa yang berlaku, walaupun hakikatnya pointer dan CGPA mereka menunjukkan mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa, kecuali sebagai burung kakatua yang mengajuk tanpa faham apa yang dituturkannya.

Dalam Gerakan #TANGKAPMO1, ketuanya yang mendapat pujian besar dan hebat daripada taukeh-taukeh besarnya dalam DAP, Anis Syafikah merupakan contoh terbaik untuk menunjukkan bagaimana pelajar-pelajar yang bolehlah dikatakan sebagai keciciran biarpun kursus yang diambilnya hanyalah linguistik, mudah dipergunakan dan dikeledaikan oleh pihak yang berkepentingan untuk mencari pengaruh Melayu-Bumiputera terutama generasi mudanya.



Amat malang, IPTA yang seharusnya menjadi tempat untuk menyaring dan menternak generasi pelajar yang cemerlang, bertukar menjadi kandang pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk belajar, tetapi menggunakan label sebagai pelajar-pelajar IPTA untuk bergiat dalam bidang politik, bertentangan dengan aspirasi serta maksud sebenar mereka selaku pelajar.

Gerakan pelajar mungkin akan lebih dihormati sekiranya yang terlibat dan terbabit dalam gerakan tersebut terdiri daripada mereka yang cemerlang latarbelakang akademiknya, bukannya sebagai penumpang di dalam IPTA dan mengharapkan ehsan serta kuota Bumiputera yang kemudian mereka cuba nafikan dan pertahankan diri.

IPTA seharusnya menjadi tempat untuk membiakkan kecemerlangan, bukannya dipenuhi dengan pelajar-pelajar seperti Anis Syafiqah dan kawan-kawannya. Mereka seharusnya dikeluarkan daripada mana-mana IPTA agar mereka boleh menyambung pelajaran ke IPTS pula. Kekosongan yang mereka tinggalkan, membolehkan pelajar-pelajar cemerlang yang tidak dapat tempat di IPTA kerana diisi oleh pelajar-pelajar seperti Anis Syafiqah dan kawan-kawannya.

Tidakkah golongan seperti Anis Syafiqah sedar yang mereka sebenarnya menzalimi dan merampas hak orang lain?


21 comments:

Anonymous said...

Kikkiiki bapa borek anak rintik...anwar aljubori dapat genral degree klas 3 jer... kursus sejarah tulin... masa tu MCKK plak tu... masa tu klu LCE gred 3 pun layak jadi akauntan..jurutera dll....
skg mahasewel ikut jejak langkah yg sama... lemah dan kursus yg ditawar pun tak beberapa cerdik..

minta UM dedah keputusan anwar ibrahim.. ibrahim ali... hisyamuddin rais half way dah bungkus....sistem penggal plak tu... 1 tahun honeymoon akhir penggal baru exam pun tak bole score...

pandai dan cemerlang menipu dan auta jer puak ni...

Anonymous said...

Kan dah ckp...mereka ni...memang dah sure muka budak tak lepas nak dpt first degree honest... Sebab tu untung2 boleh jadi mcm adam adli.atau dyana orang sponsor belajar p london...tp malang Anis ni tak cun ingatkan ambil tesl ke...ni bahasa Arab.pun teruk..ingat..adavorang mcm Zairil tu nak ambik anis ni mcm dia guna dyana...jgn mimpilah anis kamu ni bakal jadi mac Hisammuddin Rais..ayam berak kapur jer

Anonymous said...

Patut la pun. Rupanya si baghal. Apa nak hairan...diaorgkan anak2 babi peliharaan dapigs laknatullah.

Anonymous said...

Budak budak yg bodoh piang dgn otak lembu macam ni memang senang jadi babi dan lembu,... Eloknya tajaan mereka ni di tarik balik dan beri pada yg memerlukan,...

Anonymous said...

Tak tau nak kata apa. kesian pun ada. Apa agaknya yang mereka dapat? Dapat tangkap Pokemon ke dapat tangkap MO1? Orang nak masuk U, depa pun nak masuk U. Alih-alih dapat masuk U, nak tunjuk besar kepala pulak. Umur baru setahun jagung, jalan hidup pun tak tahu mana hala tuju, dah nak cari glamer cara cenggini. Mungkin la kot dorang ni yang tak berapa nak cerdik akal bila dok buat cenggini dorang fikir lepas ni dok ada la orang nak ambik dorang kerja lepas keluar U, yang pasti bukan kerajaan la kot yang nak ambik dorang ni kerja. hahahaha... Apa pun aku nak gak la bagi kredit sikit atas usaha tak berapa nak cerdik dorang ni di atas keberanian dorang ni semua. Kenkadang kan memang cenggini la aku rasa, orang yang akal pendek ni memang pandai dia dok ada kot lain. hahahaha

Anonymous said...

Tangkap mereka ini terajang keluar dari universiti dan sumbat masuk ke dlm lokap. Kemudian tarbiah mereka habis2.

Anonymous said...

Itulah yg dinamakan pelarian. Kepala otak dah malas nk terima akademik, maka untuk terus survive dalam hidup ialah jadi belaan parti politik. Rujukannya ialah dyana sofea tapi lupa nk kaji nasib lain2 belaan politik pembangkang. Hampir semuanya tenggelam dalam parit kena kencing.

Anonymous said...

Masih student tunjuk anti rasuah yg menebal. Esok lusa pegang jawatan lupa halal haramnya. Ikuti contoh terbaik politikus mirip islamik Aljuburi.

Anonymous said...

At the end of his first year he was selected as an editor of the Harvard Law Review based on his grades and a writing competition.[60] In February 1990, his second year at Harvard, he was elected president of the law review, a full-time volunteer position functioning as editor-in-chief and supervising the law review's staff of 80 editors.[61] Obama's election as the first black president of the law review was widely reported and followed by several long, detailed profiles.

Komen:

Untuk jadi jagoan, nilai ke arah itu harus ada dalam diri dan bukan dibina menerusi dokongan dan pujian berlebihan dari pihak berkepentingan.

Anonymous said...

MO1 penyamun terhebat di abad ini. Kita patut bela penjenayah ni. Lagi pun inilah perjuangan UMNO. Bukan main sakit hati sesiapa yang suruh tangkap MO1 ni. Tahap IQ orang UMNO jauh lebih rendah dari Mahasiswa ni.

Anonymous said...

Puak UMNO ni memang bodoh. MO1 tu penyamun terhebat negara. Bukankah MO1 tu yang patut diterajang. Apa pula salahnya Mahasiswa ni mendesak supaya ditangkap MO1 tu. Sebagai individu MO1 boleh tunggu sehingga dia didakwa di mahkamah. Tapi, sebagai presiden dan PM, tidak sepatutnya UMNO terus menjadi tunggul dan masih menerima pemimpin sebegini. Presiden parti bukan hak individu, jadi kalau dah nampak dia tidak amanah, patut diturunkan bukan perlu tunggu sampai ke mahkamah. Nampaknya ahli UMNO ni memang bodoh, tak dapat bezakan antara hak individu dengan hak jawatan.

Anonymous said...

time dia org buat demo tu bagus korang pamerkan sekali result student2 ni..
baru berakal sikit.Bukanya apa,utk kebaikan mereka jgk..

Anonymous said...

Apa nak hairan..bebudak ni klau buat filem nasi lemak tentu ada pak menteri sponsor...

Anonymous said...

Apa nak hairan..bebudak ni klau buat filem nasi lemak tentu ada pak menteri sponsor...

Anonymous said...

KOT MANO2 PUN MERIKA LEBIH CERDIK DARI ABE MAT SABUN

Anonymous said...

Kalau ada masalah biarlah MO1 selesaikan. Tak mungkin mahasiswa boleh selesaikan dan kalau diharapkan PO1 nanti mereka kata itu bukan masalah mereka.

Anonymous said...

Kami orang Umno tak bodoh...kami ni cerdik dan pandai guna akal..Allah dah pesan jgn menyebar fitnah hukumnya lebih besar dari membunuh.. So kau yang kata Umno ni bodoh dah cukup bukti ke..kata Pm Najib tu songlap duit... Tunjuklah..siarkan kat media biar semua orang nampak bukti...ni tidak asyik ulang benda yng dah basi..minta bukti senyap...dahlah..takut kau muflis nanti kat padang mahsyar... Kesian kau

Anonymous said...

Yang mengerakkan dunia bukanlah lulusan universiti cam edison,jobs dsbnya lagipun di Malaysia universiti adalah tempat pembiakan nyamuk UMNO.Kalau ada segelintir yg menentang perasuah mrk adalah dikalangan manusia yg terpilih membawa obor kebenaran sebab majoriti adalah munafik.

Anonymous said...

Setiap manusia ada sifat kemunafikannya termasuk kamu klau kamu manusia. Termasuk tun m kemunafikannya sudah keluar yg dia sorok selama ini. Dia sudah angkat diri jadi tuan komunis chinpeng mamak. FAKE.!!!

Anonymous said...

Tahap iq komunis mcm kau la..bkn sj iq lembab hati busuk sbb sudah bertuankan komunis.

Anonymous said...

Tahap iq komunis mcm kau la..bkn sj iq lembab hati busuk sbb sudah bertuankan komunis.

 
Blogger Templates