Barangkali kalau Mahathir masih lagi berkuasa, harus juga dia memanggil Sidang Dewan Rakyat tergempar untuk meluluskan akta yang tidak membenarkan raja-raja Melayu mengata dirinya.
Mujurlah yang memimpin kerajaan sekarang adalah Najib. Walaupun pelbagai keburukan daripada sikap lemah-lembut dan keterbukaan keterlaluan Najib termasuklah membenarkan kebebasan bersuara yang bukan-bukan, tetapi setidak-tidaknya, belum ada lagi akta yang mengehadkan kuasa raja-raja mahupun titah raja-raja yang diusulkan atau diluluskan oleh Parlimen pada zamannya.
Selepas jatuh air muka apabila penghadapannya dan acumannya kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak berjaya memandangkan akta yang diluluskan pada zamannya sendiri membuatkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh berbuat apa-apa, titah daripada KDYMM Paduka Sultan Johor pula tidak ubah seperti menabur garam di atas luka berdarah.
Memang sangat pedih apabila KDYMM Sultan Johor yang menitahkan rakyat agar tidak mempedulikan 'orang tua' yang sudah hilang akal ketika menyentuh hal perpecahan di kalangan rakyat.
Sebenarnya, ada kebenaran daripada titah KDYMM Sultan Johor itu. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri, Mahathir sebenarnya sudah banyak melakukan jasa kepada negara ini walaupun jasa-jasanya mungkin boleh dipertikaikan antara kepentingan negara dan kepentingan tembolok kroni. Namun yang pasti, Mahathir berjasa dalam mengubah banyak perkara di negara ini walaupun akhirnya rakyat juga yang terpaksa membayar harga mahal daripada perubahan berkenaan.
Tidak selayaknya untuk melayan orang tua itu dengan layanan seperti sekarang kerana dia barangkali melakukan segala-galanya di luar kewarasan dan sedarnya. Usianya yang lanjut dan tenaganya yang semakin berkurang, seharusnya membuatkan kita menghargainya semasa dia masih ada. Cerita-cerita tentang PERJUANGAN RAKYAT, hanyalah momokan daripada orang sekelilingnya yang sedang mencari kepentingan diri setelah kepentingan mereka dipotong atau dimansuhkan oleh pentadbiran pada hari ini.
Sebagai seorang tua yang sudah nyanyuk, maka sewajarnya Mahathir dibiarkan sahaja selagimana dia tidak melakukan sesuatu yang memudaratkan diri atau orang lain. Tetapi kalau sudah terlalu mudarat, sewajarnya juga pemerintah sekarang perlu memikirkan kaedah TAHANAN DALAM RUMAH demi menyelamatkan dirinya sendiri sepertimana yang dilakukan oleh SUHARTO TERHADAP SOEKARNO di Indonesia.
9 comments:
Siapa OTHA1 (Orang Tua Hilang Akal) tu? Mari kita cari dan tangkap OTHA 1.
Perkasa? PBBM? mana satu ni..
salam
bro...pmo dah betulkan surat yang berterabur, u tak nak tukar juga ke...
bila masa tun tubuh parti pribumiperkasa malaysia...bila masa parti tun ada perkataan perkasa...
parti pribumi singkatannya ialah ppbm...bukan pbbm...tu tun yang buat ke...deklarasi tu pun bukan usaha parti bersatu ataupun pbbm dakwaan pmo @ najib tu...
gie7
mcmana rakyat yg tahu tak hilang akal kalu negara hutang berbillion2
RM jatuh GST tujuan nk byr hutang , akal tunm waras terbaik diusia 91th kita belum tahu Allah tahu
AYOYO...KADAWALE....
Adakah orang itu keturunan China atau keturunan India mari yennadei?
surat tu Agong keluarkan atau najib yang keluarkan? mana pergi kakitangan istana? hmm....
orang tua tu dah HILANG AKAI dari asal asyik lupa jer....
Akalnya tgh berfikir cara komunis.
Post a Comment