Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 19, 2016

ARAHAN JEFF OII SERAH DIRI, TIDAK LEBIH DARIPADA SEKADAR SATU JENAKA SADIS!!!



Arahan Ketua Polis Negara yang mengarahkan agar Jeff Oii menyerah diri dan memberikan keterangan kepada polis secara sukarela, sebenarnya tidak lebih daripada satu tindakan berdasarkan undang-undang, tetapi pengakhirannya telah boleh dijangka dan diramal.

Awal sebelum itu, tiga orang individu termasuklah bekas wartawan bernama Sidek  Kamiso telah ditahan oleh polis. Seperti biasa, ahli keluarga dan dalam cerita Sidek Kamiso, isterinya menjadi histeria seolah-olah penangkapan Sidek Kamiso adalah pengakhiran dunia serta membuktikan kezaliman kerajaan negara ini. (RUJUK SINI)

Dan seperti dijangka, majistret membuat keputusan untuk menolak permohonan polis mereman Sidek Kamiso serta seorang penghina Allahyarham Datuk Dr. Haron Din Al Hafiz yang lain atas alasan, 'WUJUD SALAHGUNA PROSES MAHKAMAH' untuk polis mendapatkan reman terhadap Sidek Kamiso.

Keputusan mahkamah dan hakim, terutama apabila kes tertentu melibatkan para pemimpin dan penyokong pembangkang, seperti sudah dapat dijangka. Ia samalah seperti keputusan seorang hakim yang membenarkan penggunaan Kalimah ALLAH oleh Herald Tribune atas alasan-alasan yang sangat ganjil tetapi cuba disandarkan kepada undang-undang dan Perlembagaan walaupun Perlembagaan Malaysia jelas tidak berpihak kepada keputusan berkenaan.

Jadi, kalau ada yang terkinja-kinja dengan arahan Ketua Polis Negara kepada Jeff Oii, eloklah berfikir dan kenangkan sejenak bilamana 'WUJUD SALAHGUNA PROSES MAHKAMAH' yang sedang berleluasa tanpa ada sebarang tindakan mahupun teguran kerana ada klausa yang melindungi mereka.

Akhirnya nanti yang kekal bersalah adalah PDRM dan Kerajaan Malaysia pula akan diarahkan untuk membayar gantirugi kepada mereka yang ditangkap dan dibicarakan dengan keputusannya, tidak didapati bersalah!


No comments:

 
Blogger Templates