Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, September 1, 2016

BAPA ADUN DAP SUNGAI PINANG YANG DIKEHENDAKI KERANA RASUAH, HILANG TIDAK DAPAT DIKESAN!!!



Kisah rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapa seorang ADUN DAP Pulau Pinang semakin menarik apabila sekumpulan penyokong membuat demonstrasi di hadapan pejabat ADUN tersebut, menyatakan sokongan kepadanya.

DAP Pulau Pinang telah menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk menyiasat kes rasuah tersebut kerana ia adalah trick GERAKAN untuk mengotorkan imej DAP yang anti-rasuah.

SPRM Pulau Pinang pada masa yang sama, telah mula bertindak dengan memanggil saksi-saksi dan mereka yang terlibat.



Terbaharu adalah ahli veteran media sosial DAP yang dikenali sebagai 'DAP Yeah' telah dipanggil oleh SPRM untuk disoalsiasat berhubung skandal rasuah rumah kos rendah. 'DAP Yeah' atau Chee Fa Chong merupakan mediator dalam klip video viral melibatkan 'mangsa penipuan' dan bapa ADUN DAP Sungai Pinang, Lim Keat Seong. Difahamkan juga, lebih ramai orang DAP akan dipanggil SPRM, termasuklah beberapa 'nama besar'.

Setakat ini enam orang telah dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan.

Lim Keat Seong kini menjadi buruan SPRM. Dan di sebalik kenyataan Pengerusi DAP Pulau Pinang, bahawa DAP akan bekerjasama dengan SPRM untuk kes ini, bapa Lim Siew Khim itu hilang dari radar dan ghaib seperti ditelan tanah. Kata Pengarah SPRM Pulau Pinang, Abdul Aziz Aban, Lim Keat Seong tiada di rumah.


Biarpun DAP seringkali melaung-laungkan mereka anti rasuah, malah dalam perutusan Hari Kebangsaannya, Lim Guan Eng juga menekankan perkara yang sama, nampaknya rasuah bukanlah isu utama dalam DAP selagi mana terkena ke batang hidung sendiri. Lim Guan Eng sendiri yang telah diseret dan dalam proses mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa, memilih untuk menyalahkan pihak lain, bukan dirinya walaupun kertas pertuduhan yang menyebabkan dia diikat jamin sebanyak RM1 juta, menyatakan sebaliknya.

Dengan 6 orang yang telah dipanggil soalsiasat dan memberikan keterangan, dan lebih ramai lagi yang akan dipanggil untuk kes rasuah melibatkan bapa ADUN DAP serta projek perumahan kos murah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, ianya masih belum cukup untuk menarik minat DAP walaupun pada masa yang sama mengatakan mereka akan membantu SPRM.

Barangkali apa yang berlaku kepada UMNO, cuba dielakkan oleh DAP. UMNO telah menyerahkan dan bekerjasama dengan SPRM, PDRM mahupun membenarkan PAC menyiasat kes-kes rasuah mahupun salahguna kuasa, terutama pada era Najib Abdul Razak, sekaligus membuatkan UMNO dicop sebagai pengamal rasuah.

DAP tidak boleh jadi macam UMNO yang dicop dan dilabelkan sebagai parti rasuah. Sebab itulah walaupun telah diseret ke mahkamah, Lim Guan Eng selaku pemimpin besar DAP berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalihkan amalan rasuah dengan menyalahkan pihak lain dengan alasan-alasan retorik politik.


No comments:

 
Blogger Templates