Hari tu bukan main gah, garang dan gagah perkasa lagi. Konon-kononnya PAS Selangor sudah berkubur dan semua penyokong PAS telah beralih kepada PAN. Konon-kononnya PAN sekarang adalah satu kuasa besar di Selangor dan PAS tidak berhak lagi berada dalam Kerajaan Negeri Selangor.
Sembang punya sembang, cakap besar tentang Pilihanraya Negeri yang dituntut oleh DAP Selangor, rupa-rupanya PAN yang kecut telur. Hanya keputusan Azmin Ali yang kurang yakin dengan kekuatan yang dimilikinya kini terutama persekongkolan dengan Cap Bunga, memberikan kelegaan besar kepada Khalid Samad dan partinya, PAN.
PAN sendiri mempunyai kerusi Parlimen dan DUN Selangor atas tiket PAS. PAN tidak berdiri di atas kaki sendiri. Hampir kesemua pemimpin PAN mempunyai hubungan akrab dengan DAP, bahkan sanggup bergalang tubuh semata-mata untuk membela DAP.
Justeru apabila Khalid Samad menyatakan, pilihanraya negeri hanya akan menyebabkan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAN kalah kerana PAS yang sudah pasti tidak akan bersama-sama mereka, hanya menunjukkan teori selama ini tentang kaitan antara PAN dan DAP adalah benar.
Kepentingan DAP sedang dijaga oleh PAN dengan sebaik-baiknya. Permusuhan antara PAS dan DAP sebenarnya tidak melegakan PAN, apatah lagi dengan kemunculan Cap Bunga yang diuwar-uwarkan mendapat sambutan hebat di Selangor, sekalipun tenaga kerjanya adalah tenaga kerja UMNO sebelum ini yang tidak pandai dan malas buat kerja.
Cakap-cakap besar dan retorik selama ini, rupa-rupanya tidak dapat menyembunyikan kebimbangan kehilangan kawasan mahupun kehilangan kerusi yang diidam-idamkan kerana setiap pakatan bererti wujud pembahagian kerusi. Dan telah terbukti, dalam pembahagian kerusi, DAP tidak pernah bertolak ansur, sebaliknya seringkali mendesak agar pihak komponennya yang bertolak ansur dengan mereka.
Kita tunggu pula apa ulasan Cap Bunga Selangor!!!
3 comments:
cap bunga jadi cap taik jelah . org dah nampak permainan dia ke mana hala tujunya . PAN pun sama. haiwan belaan DAP. dua2 parti takde maruah . parti pencuri .
ciss... ada sesiapa yang percaya dakwaan di atas ni ? seluruh dunia nampak betapa kukuh dan kuatnya Amanah bila bergabung dengan Pribumi Bersatu dan dengan tonggak oleh DAP tiada satu pun parti politik di Malaysia ni yang mampu mengenepikan Pakatan Harapan ni. HANYA ORANG BODOH DAN BUTA HATI YANG SENGAJA TIDAK MAHU MELIHAT KEKURANGAN DAN KELEMAHAN SENDIRI
Cakap berdegar degar.. Ekor bergelumang tahi
Post a Comment