Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 10, 2016

KALAU PENGERUSI BN NEGERI PUN DAH MULA SALAHKAN UMNO SEBAB GAGAL TAWAN PULAU PINANG, BERMAKNA APA?



Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang rupa-rupanya masih lagi hidup dalam angan-angan. Masih lagi dalam cubaan untuk tidak mengaku salah sebaliknya cuba melepaskan kesalahan tersebut kepada pihak lain sambil memberikan contoh Selangor dan Kelantan untuk menutup masalah partinya sendiri.

Tanpa sedikit pun menyebut bahawa UMNO bukan sahaja mengekalkan, tetapi juga menambahkan bilangan kerusi yang dimenangi, tetapi parti-parti komponen BN seperti GERAKAN, MCA dan MIC pula tidak sahaja kehilangan sebaliknya gagal mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi mereka sendiri.

Teng Chang Yeow dilihat cuba menyelar Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang menyeru agar jentera pilihanraya Barisan Nasional diperkukuhkan dan mengatur strategi yang lebih berkesan untuk menawan semula Pulau Pinang. (RUJUK SINI)

Menurut Teng Chang Yeow, kekalahan di Pulau Pinang adalah kerana UMNO. Para pengundi benci UMNO tetapi yang kalah adalah GERAKAN, MCA dan MIC. GERAKAN, MCA dan MIC tidak salah apa-apa.

Yang bekerja kuat adalah UMNO, tetapi yang hanya mahu menikmati hasil adalah GERAKAN.

Dan sekarang pun, kalau bukan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang digerakkan oleh Naib Presidennya, Huan Chen Guan, GERAKAN masih belum bergerak-gerak. Banyak isu yang telah dibangkitkan oleh PCM termasuklah isu skandal rasuah dan salahguna Lim Guan Eng serta pentadbirannya di Pulau Pinang, manakala GERAKAN pula sekadar claim credit atas kerja berat yang dilakukan oleh PCM.

Pandai Teng Chang Yeow bercakap kononnya, Zahid seharusnya tahu mengapa jentera pilihanraya terbaik UMNO pun gagal memenangkan Permatang Pauh pada PRK lepas. Begitu juga dengan Kelantan dan Selangor di mana UMNO-BN gagal menawan kedua-dua negeri tersebut.

Kesimpulan yang dibuatnya ialah, UMNO kalah kerana UMNO itu sendiri. Walaupun hakikatnya, UMNO tidak kalah, sebaliknya Barisan Nasional yang kalah kerana pengundi-pengundi Cina tidak mengundi MCA dan GERAKAN. Terbukti di Pulau Pinang, mana-mana kerusi yang ditandingi oleh GERAKAN, tertungging kepada DAP secara amat sadis.

UMNO sahaja yang perlu bekerja, sedangkan GERAKAN goyang kaki macam taukeh besar?

Pemimpin GERAKAN Pulau Pinang itu seharusnya sedar diri, menyalahkan UMNO kerana kegagalan mendapatkan undi daripada bukan Melayu untuk GERAKAN tidak akan membuatkan GERAKAN lebih kuat dan lebih berpengaruh.

Seharusnya GERAKAN dan Teng Chang Yeow belajar dari PCM dan Huan Chen Guan, bukannya sentiasa mengharapkan UMNO yang akan bekerja untuk mereka.

Atau sebenarnya, kenyataan Teng Chang Yeow itu tidak lebih daripada sekadar pre-empt untuk kemenangan DAP pada PRU-14 nanti?


8 comments:

Anonymous said...

Tak serik lgi ke umat melayu islam nak bgi dap berkuasa di penang. Cukuplah...

Anonymous said...

APEK CILAKA!JENIS KETURUNAN KURANG AJAR DAN BIADAP.

BALIK TONGSAN!!!!

Anonymous said...

Dah sampai masa pengerusi BN negeri di ambil alih oleh UMNO.. tak peduli siapa nak cakap apa.. terbukti Gerakan dan MCA tidak diterima di Pulau Pinang. Ganti sekarang sblum terlambat.. Tak tukar sekarang GE14 tentu kalah di sana.. Tukar sekarang belum tentu.

Anonymous said...

Melayu Pulau Pinang mana tau berpolitik, berboria, melepak pandai la. Orang Melayu Penang kalau bersembang... tangan berkuntau macam berkung fu.

Anonymous said...

Yang banyak kalah adalah kerusi Gerakan bukan UMNO.

juragan69 said...

Najib ada beran ke bhai...tngu je lh PAU klu nk dngr halilintar atau guruh dari bumi kelangit maka PWTC tmpatnya...last2 'CINA MAHU APA LAG I. ..'pastu minta ampun...

Anonymous said...

Teng dah insaf bahwa UMNO adalah Parti Pariah iaitu Parti Cari Makan.

Anonymous said...

Sekarang kita buat mcm gini mana bnyak pengundi Melayu kita letak Umno...mana banyak India kita letak Mic mana banyak cina kita letak mca atau gerakan...lepas tu kita tngok...selama ni cina ngn infia menang padal undi orang Melayu..sbb orang Melayu tak sanggup parti lain perintah termasuk selangor dan penang...tak percaya suruh Najib buat mcm tu cina mca ngn gerakan ni perasan mereka hebatkan so...biar kita tgok mereka berkuntau..kat tempat kaum mereka sendiri..baru adil...ni asyik salah Umno...

 
Blogger Templates