Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 10, 2016

MUFTI PERLIS SEWAJARNYA BERSARA DAN SERTAI PARTI CAP BUNGA SEBAGAI MURSYIDUL AM!!!



UMNO ada Biro Agama dan Ulama Mudanya....

PAS adalah Dewan Ulama dan Mursyidul Am...

PKR walaupun tidak ada Biro Agama dan ulama muda atau Mursyidul Am, tetapi masih tetap berbangga dengan BadrulAmin Baharom.

DAP boleh berbangga dengan Wan Ji dan Pegawai Penerangan berimej Islamik, Kapten (B) Zaidi.

PAN sebijik macam PAS dengan Mursyidul Amnya adalah Ahmad Awang.

Kecuali Parti Cap Bunga yang sekarang ini dilaporkan sedang giat menarik penyertaan Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian UMNO yang kecewa dan mencari jalan pintas untuk menjadi calon, tidak mempunyai seorang pun yang berwajah agama.

Kalau hendak dikatakan Cap Bunga tidak berminat dengan agama, baru dua hari lepas, Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Cap Bunga memberikan komen tentang tugu dan Islam. Anak perempuan Mahathir pun, sangat-sangat berminat dengan agama, walaupun minatnya lebih membela Kristian dan memperlekehkan umat Islam serta amalan dan undang-undang Islam yang diamalkan dalam takzir di negara ini atas nama liberalisme.

Tak kena kalau Mahathir dilantik sebagai Mursyidul Am Cap Bunga memandangkan Mahathir juga terkenal sebagai pemikir yang sentiasa mencari jalan menyanggah amalan-amalan serta kepercayaan-kepercayaan fiqh yang dianggapnya bertentangan dengan al Quran, sekaligus tidak memberikan imej baik di kalangan para penyokong yang rata-rata tidak berani menolak kepentingan Hadis di samping Al Quran.

Justeru, calon yang paling layak untuk menjadi Mursyidul Am Cap Bunga adalah seorang mufti yang sangat berminat dengan politik tetapi tidak berani duduk dalam dunia politik secara terang-terangan kecuali berselindung di sebalik jubah mufti yang mendapat tauliah daripada Sultan atau Rajanya.

Mungkin dengan kehadiran Mufti tersebut di dalam Parti Cap Bunga, akan lebih meyakinkan bahawa Parti Cap Bunga pimpinan Mahathir benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia dan rakyat negara ini selain memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.

Persoalannya sekarang ialah, beranikah mufti tersebut menanggalkan jubahnya dan menjadi orang awam berlidah agama untuk menyertai sebuah parti politik melihat kepada kecenderungannya selama ini?

Atau si mufti tersebut akan terus berselindung di belakang rajanya tetapi pada masa yang sama, melaksanakan taktik hit-and-run seperti yang diamalkannya selama ini?


13 comments:

Anonymous said...

Betul tu, lebih baik Dr Miza berpolitik secara full time macam Hadi Awang, dia pun ulamak jugak. So tak perlu lagi berkias kias macam sekarang... confused ceramah Dr Miza ni, ceramah agama ka, ceramah politik ka.

Anonymous said...

Suruh dia berusrah berdua duaan dengan Anuar dulu. Nanti mahir lah dia

Anonymous said...

Parti cap bunga lebih baik dari Parti Dedak Cap Lanun Bugis!!!

Unknown said...

Flyingkick belum dapat dedak lagi ke?

Sangkallah pandang asri dg perbahasan bernas bukan dg cara yg mengutuk tanpa isi langsung.

juragan69 said...

Hahaha....makin lama makin tk keruan bhai tfk..

Anonymous said...

Parti Dedak ada juga baiknya
Parti Jilat Kahak.....ish..ish...WEAK...MAIN JAUHX

Anonymous said...

Suruh Maza bahas pasal qunut cukuplah. Tak payah sebok pasal politik. Cakap lebih pun tak guna.

Anonymous said...

Derma politik adalah rasuah? Bergantung samada derma tersebut dari sumber mana atau ada strings attached ke dak. Sesuatu tuduhan yang belum dibuktikan dan dicanangkan adalah fitnah.

Anonymous said...

Maza sembang kemaih ketiak bau masam

Anonymous said...

Kasihan mufti yang gopoh seorang ni. Banyak kali dah dia gopoh keluarkan kenyataan berdasarkan hearsay. Dalam ceramahnya banyak kali dia menyeru agar seseorang itu mesti bercakap dengan bukti dan dalil kerana setiap tuduhan yang dibuat akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tapi nampaknya dia pula yang selalu fitnah manusia dan tuduh tanpa bukti yang konkrit. Memalukan betul mufti berfahaman Wahhabi Taimi seorang ini.

Anonymous said...

Maza ni...makan duit haram boleh pulak...yerlah duit gaji dia kerajaan Bn yang beri...dah tu dia tibai dan fitnah selamba dek jer....pemimpin.dan kerajaan yang beri dia gaji...nak tegur boleh tp bukan kat media sosial..nampak benor....dajalnya

Anonymous said...

Dia pakai jubah ke....? Kalau di Mekah pun dia sombong, inikan pula di Tanah Melayu ini. Orang sombong fit sebagai mufti ke...?

Anonymous said...

Aku ingat dari parti cap bunga elok tukar name parti cap mamak harbi komunis!!! ;-) ;-) ;-)

 
Blogger Templates