Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, September 16, 2016

PERGINYA SATU LAGI PERMATA UMMAT... KEMBALINYA MURSYIDUL AM PAS KEPADA RABB-NYA!!!



Al-Fatihah...

Innalillahhi wainna ila hirrojiun...

Perginya seorang lagi murabbi buat umat Islam di Malaysia...


Berita sedih yang diterima dari awal pagi, diselang-seli dengan ketidaktentuan dan teori yang pelbagai, ditambah dengan kecelaruan daripada berita-berita FB dan WhatsApp, akhirnya disahkan oleh salah seorang anak Allahyarham Tuan Guru Haji Harun Din Al-Hafiz, bahawa Mursyidul Am PAS itu sedang dalam keadaan kritikal dan kemudian menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.10 pagi waktu Malaysia.

Sebelum itu, Hamdi Haron, salah seorang anak lelaki Allahyarham Tuan Guru Harun Din melalui satu pesanan WhatsApp kepada Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan memaklumkan, keadaan bapanya yang sangat kritikal serta mengalami pendarahan teruk.


"Baba dalam keadaan koma, tolong sampaikan pada tuan guru ( Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan pemimpin PAS, doktor kata sudah tiada harapan. Pendarahan teruk, sekarang guna sokongan hayat, hanya tunggu masa untuk cabut mesin dan biar Baba pergi menemui Rabbul Alamin (Tuhan) dengan aman."

Pesanan yang sama memberitahu setakat 6.04 pagi ahli keluarga masih menunggu masa untuk mencabut sistem sokongan hayat Haron Din.

Haron Din dilaporkan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat pada 2 April 2012. Pada Mac lalu, Haron menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara.

Negara kehilangan seorang lagi PERMATA. Hilang seorang lagi penghafaz al Quran. Hilang seorang lagi murabbi.


“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta mencabutnya dari hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ‘ulama. Kalau Allah tidak lagi menyisakan seorang ‘ulama pun, maka manusia akan menjadikan pimpinan-pimpinan yang bodoh. Kemudian para pimpinan bodoh tersebut akan ditanya dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ عَنِ الدَّنَسِ ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَقَالَ وَأَعِذْهُ مِنَ النَّارِ

1 comment:

Anonymous said...

Ya Allah...ampunkanlah dosanya dan tempatkan dia bersama ahli syurga.

 
Blogger Templates