Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, September 1, 2016

SIAPA MO1? KENAPA DOJ PUN TAK BERANI NAK NAMAKAN MO1?



Seronok benarlah para pendokong DAP dan penyokong Cap Bunga apabila Abdul Rahman Dahlan - sepertimana yang diputarbelitkan oleh Malaysiakini - 'mengesahkan' bahawa MO1 adalah Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Seolah-olah apabila 'terbukanya rahsia' tersebut, Najib Abdul Razak sedang terdedah untuk ditangkap dan didakwa oleh DOJ Amerika Syarikat. Seolah-olah Najib telah disabitkan dengan kesalahan memiliki aset di Amerika Syarikat dengan pembelian menggunakan wang 1MDB biarpun pada masa yang sama, 1MDB dalam kenyataannya yang disokong oleh DOJ Amerika Syarikat sendiri tidak memiliki sebarang aset dan pelaburan di negara terbabit.

Jho Low, Riza Aziz dan dua orang bekas eksekutif utama IPIC dan Aabar telah dinamakan oleh DOJ sebagai pihak yang menggunakan wang curi 1MDB untuk pelaburan dan pemilikan aset di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, 1MDB menegaskan bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang.


Mengapa DOJ Amerika Syarikat hanya menamakan MO1, bukannya Mohamad Najib Abdul Razak atau Perdana Menteri Malaysia atau Najib Abdul Razak?

Adakah kerana DOJ Amerika Syarikat bimbangkan ancaman keselamatan ke atas mereka? Adakah DOJ Amerika Syarikat bimbang tentera Malaysia yang diketahui kurang serba-serbi akan dihantar untuk menyerang Amerika Syarikat? Atau adakah Amerika Syarikat bimbangkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat terjejas sehingga menyebabkan ekonomi dan kewangan Amerika Syarikat akan terganggu?

Sudah tentu tidak!

Tetapi kerana MALAYSIAN OFFICIAL 1 bukanlah merupakan orang yang disiasat oleh DOJ Amerika Syarikat, mahupun oleh agensi-agensi perisikan dan penyiasatan negara tersebut.

Berdasarkan kertas siasatan DOJ, ramai lagi yang telah dirujuk oleh DOJ termasuklah MO1 tetapi tidak seorang pun dinamakan termasuklah MO1 sebagai subjek siasatan dan orang yang disaman sivil, apatah lagi harta-hartanya di Amerika Syarikat disita.

Siapa pun MO1 adalah tidak penting kerana MO1 tidak akan disapina sebagai saksi apatah lagi diseret sebagai orang kena tuduh. Malah disiasat pun, MO1 tidak terlibat.

Apa yang susah sangat hendak faham?

Itu yang dinyatakan oleh DOJ. Mengapa pula kenyataan DOJ itu tidak digunapakai? Aneh!!!


Dalam kenyataannya, Abdul Rahman Dahlan bertanya, mengapa DOJ tidak menamakan MO1 dengan nama sebenar sedangkan empat orang yang lain dinamakan. Bukankah lebih mudah untuk menyeret MO1 ke muka pengadilan sekiranya MO1 terlibat dalam penggubahan wang haram sepertimana yang difahami dan diimani oleh penyokong-penyokong Cap Bunga?

Dan kalau DOJ Amerika Syarikat sendiri tidak berminat hendak mendakwa, menyiasat mahupun menyita harta MO1 di Amerika Syarikat, mengapa pula di Malaysia, segelintir rakyatnya begitu sibuk nak tangkap MO1 atau mensabitkan MO1 sebagai terlibat dalam penggubahan wang haram?

Buat mahkamah sendiri ke?


19 comments:

Anonymous said...

Memang MO1 tidak bersalah di US tapi di Malaysia ini membuktikan membuktikan dia telah mencuri duit 1MDB dan masuk dalam akaun peribadinya sendiri bernilai berbillion RM. Bukan setakat tu, dia juga sudah membayar upah kepada konco-konconya atas usaha mereka menolongnya mencuri duit tersebut. Oleh kerana, bayarannya dimasukkan dalam akaun di US, jadilah mereka bersalah di US atas tuduhan pengubahan wang haram.

The Saviour said...

Anon 9:07PM

Anda seharusnya memberikan butiran yang lebih terperinci selain pengenalan diri supaya mudah dihubungi memandangkan anda mempunyai maklumat-maklumat yang tidak dipunyai oleh DOJ mahupun pihak berkuasa Malaysia. Apatah lagi, anda mengatakan, ada bukti MO1 mencuri duit 1MDB dan masuk ke dalam akaunnya walaupun pihak berkuasa Malaysia, bahkan pihak Arab Saudi sendiri mengesahkan sebaliknya. Lebih ketara lagi ialah, tuduhan MO1 telah membayar upah kepada konco-konconya untuk menolong dia mencuri duit itu.

Pastinya rakyat Malaysia, termasuk admin sendiri amat berpuas hati sekiranya bukti-bukti yang mensabitkan semua tuduhan itu diserahkan dan ditampilkan kepada awam agar perbuatan khianat seperti itu tidak dilindungi atau dibela.

Setakat ini yang ada hanyalah HEARSAY dan tuduhan rambang.

Anonymous said...

Admin..benang basah..berapa lama sangat la boleh terpacak..akhirnya terkulai juga nti bila hukum sunatullah berjalan...

Anonymous said...

Hanya dengar kate jer pon,sembang mcm dia ada bukti duit 1MDB msuk akaun pm?tak ada keupayaan dn kmahiran brfikir tahap tinggi puak2 nih,padan senang kne hasut.bongok

The Saviour said...

Anon 9:50 PM

Benang basah atau benang kering... berikan dan tampilkan bukti, maka blog ini akan menjadi blog pertama yang akan menyesah, menghentam, mengutuk bahkan mencerca Najib Abdul Razak...

Kalau setakat hearsay, maaflah terutama kalau ianya datang daripada Mahathir yang dia sendiri tidak berani memberikan dan menampilkan bukti, maaflah.

Sehingga setakat ini, walaupun duk pung-pang-pung-pang, malah menggunakan DOJ, SR mahupun NYT, ianya tidak lebih daripada sekadar HEARSAY atau khabar-khabar angin.

Anonymous said...

Patutlah Najib sayang sangat dengan pemakan dedaknya. Tahap IQ depa sangat tinggi.

Anonymous said...

Yg membela umno dan bn juga pm menggunakan otak utk berfikir.
Yg menyokong tun, tsmy juga mukriz atau pribumi adalah pentaksub yg xtau apa2.

Anonymous said...

Bukti 2.6b masuk dalam akaun telah diakui oleh AG dan PM sendiri. Sekarang terdapat 2 versi dimana AG dan PM berkata duit derma Arab dan DOJ pula mengatakan duit dari 1MDB.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat. Ini adalah kerana PDRM dan SPRM didapati tidak bebas dalam siasatan

Anonymous said...

Gelak besar US tengok kebodohan orang Malaysia. DOJ dah cerita pasal penyangak MO1. Menteri sendiri mengaku MO1 tu adalah PM. Penyamun terhebat di abad ini. Dia boleh menjadi penyamun kerana dikelilingi puak bodoh sombong yang berada dalam UMNO. Parti keramat yang sanggup bermati-matian melindungi penyamun negara sendiri.

Anonymous said...

Sebelum ni, apa yang kita tahu dari saman DOJ. MO1 membayar beberapa individu untuk memasukkan duit 1MDB dalam akaun peribadinya. Individu tersebut dibayar menggunakan akaun US. Nama mereka disebut sebab ianya tertakluk kepada kesalahan pengubahan wang haram. Dengan pengesahan dari Menteri UMNO ni bahawa MO1 adalah PM Malaysia, maka terjawablah bahawa penyangak itu adalah Najib. Sebagai individu biarlah mahkamah yang meghukumnya, tapi sebagai Perdana Menteri setiap rakyat berhak untuk menolaknya. Persepsi dunia terhadap PM Malaysia sudah menjadi sangat-sangat buruk. Persepsi tersebut juga adalah penyebabnya kita hanya mampu melihat nilai matawang kita menjunam teruk.

Anonymous said...

Adakah ANDA pecaya bahawa DOJ AMERIKA ;

1) tidak BERANI menamakan SIAPAKAH gerangan MO1 itu??

kahkahkah
Hanya si TOLOL n si BAGHAL shja percya bhwa ianya adlah njib..

Mane BUKTI?
yiilek yen na deii..
Cittt poo dah.

Anonymous said...

Kenapa pula DOJ perlu menamakan MO1? Yang terlibat dengan pengubahan wang haram di US adalah barua-baruanya dan bukan MO1. Manakala, MO1 merupakan penyangak utama yang terpaksa diceritakan untuk melengkapkan kes pengubahan wang haram barua-barua tu. Kalau yang melibatkan MO1 dan 1MDB, Malaysia yang sepatutnya mendakwa individu dibelakang MO1. Tetapi, yang menghairan, isu yang melibatkan kepentingan negara dan 1MDB langsung tidak dipedulikan oleh pihak-pihak yang terlibat.
Secara anologinya:-
Rumah jiran kita dimasuki pencuri, jiran tersebut dapat menangkap pencuri tu dan memberitahu kita, barang kita pun ada kat pencuri tu. Tapi, kita pula marahkan jiran kita. Langsung kita tak minat nak tengok barang kita yang hilang atau nak dakwa pencuri tu. Malah, kita pula cerca jiran tu kerana tak bagitahu nama pencuri tu walaupun kita kenal pencuri tu. Itulah tahap kebodohan kita yang mengaku bahawa kita menggunakan otak untuk berfikir.

Anonymous said...

Presiden yang dipuja rupanya penyangak terhebat dunia. Perjuangan parti UMNO bukan untuk membela bangsa, agama dan negara, tapi sudah jadi perjuangan melindungi penjenayah yang menggunakan kebodohan dan kesetiaan ahli-ahli UMNO.

Anonymous said...

Tak sangka pula sampai tahap ni kebodohan pemakan dedak Najib ni. Memang tak dapat nak ditolong terangkan lagi. Memang hati sudah jadi batu, otak pun sudah beku. Pada puak ni, Najib adalah segala-galanya, tak ada Najib maka tak adalah apa-apa untuk diperjuangkan.

Anonymous said...

Padanlah pembangkang dari dulu tak diizinkan Allah untuk memerintah Malaysia. Dulu ada pemimpin mereka meroyan mengkafirkan orang Islam yang seagama dengan mereka. Sekarang meroyan dengan menyamakan orang lain dengan binatang yang memakan dedak. Tapi dari kelommpok yang mereka anggap pemakan dedak ini jugalah yang mereka akan cuba raih undi. Bangang tahap gaban mereka ini.

Anonymous said...

Jangan dilayanlah kepada penganalisa politik yang hanya berdasarkan pada HEARSAY. Buang masa je.

Anonymous said...

anon atas sekali tu pandai betul . dia jadi peguamcara , jadi saksi , jadi juri , jadi hakim sekaligus. nasib tak jadi polis dan pegawai penjara juga . nampak sangat tamak haloba membolot semua jawatan dalam mahkamah. mahkamah pun dia buat sendiri. hahahahaha...

yang anon 12.41 sept 2 , lagi lahanat . membodohkan org je keja dia . ini mesti spesis ketua demonstrasi tangkap MO1 . jenis bangang . sendiri bodoh , sendiri takde bukti , menuduh org lain aje keja dia. mmg dasar banjingan .

Anonymous said...

oii mangkok taik..Madey yg kata bijak sana pun ngaku HEARSAY aje itu ini..ko yg mkn nasi berlauk taik lg la bodoh lopong tak tau ape. kalau hebat ada bukti kemas buat ape buang masa bertahun reka cerita dan guling2 atas jalan. kecik2 tak mati ko ni. dah besar bodoh memalukan diri. otak besar akai takdak..puihh

Anonymous said...

bodoh lawak punya cite..byr org utk masuk kan duit dlm akaun???? byr sikit dan ko masukkan byk ko mahu ke? kahkahkah baik masuk terus dlm akaun

 
Blogger Templates